Sunday 7 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 8

Bab 8


Perkahwinan aku dan Iskandar telah genap setahun. Kami masih belum mendapat apa-apa perkhabaran positif mengenai cahaya mata. Masih belum ada rezeki buat kami untuk menghadiahkan cucu buat ibu Iskandar.

Tetapi ibu Iskandar tidak pernah menanyakan soalan-soalan mengenai anak kepada kami berdua. Aku juga tidak pasti samada ibu ada bertanyakan pada Iskandar ataupun tidak. Yang pastinya, ibu Iskandar tidak pernah bertanya pada aku soal menimang cahaya mata. Bukan aku tidak mahu, tapi usaha kami masih belum berhasil. Mungkin Allah masih belum beri rezeki ini, tetapi doa tetap kami panjatkan.

“Abang…ibu ada tanya pasal anak tak?.” Aku mencuit perbualan bersama Iskandar yang sedang sibuk mengadap komputernya.
“Ehmmm…ada…tapi lama dah, masa kita mula-mula kahwin dulu…kenapa sayang tanya?.” Iskandar menjawab tetapi masih dengan komputernya.
“Takdelah…dah setahun kita kahwin…risau jugak ibu nak sangat cucu…kita belum success…” Aku mengeluh lembut.
“Belum ada rezeki…Allah belum beri lagi, sabarlah…kita berdua ni subur, sebab sayang pernah ada anak, dan abang pernah bakal menjadi ayah…jangan risau…cuma, belum ada rezeki je…” Iskandar memandangku dari kerusinya dan tersenyum. Aku masih duduk di atas tilam sambil melipat kain.
“Saya tahu tu…cuma, risau apa pulak kata ibu…nanti dia ingat kita sengaja nak lambat-lambatkan dapat anak…” Aku menambah sambil membalas senyumannya.
“Sayang…please jangan buruk sangka dengan ibu…ibu bukan macam tu…abang tahu hati dia.” Iskandar memujukku. Dia memang sangat memahami hati ibunya.
“Maafkan saya abang…bukan itu maksud saya…kalau boleh, esok juga saya nak mengandung tapi…” Tak sempat aku menghabiskan dialog, Iskandar datang memelukku.
“Dahlah…kita usaha je…terus berusaha…jangan putus asa…sampai kita berjaya okey?.” Iskandar berbisik lembut padaku. Aku terkedu dan terdiam dengan belaiannya. Sesungguhnya, kami hanya mampu berusaha, moga Allah memberi jalan untuk kami memperolehi zuriat yang soleh dan solehah.


****

Tahun ini merupakan tahun gemilang buat adik iparku, Najwa. Dia bakal memiliki ijazah pertama doktor perubatannya pada akhir bulan ini. Aku amat gembira dengan pencapaiannya walaupun Najwa bersikap dingin denganku.

“Ibu…nanti masa Najwa konvo, please jangan invite abang Is eh?.” Najwa memulakan bicara bersama ibunya semasa pulang bercuti.
“Kenapa pulak ni?...apa salahnya abang Is nak ikut…” Ibu berkerut dahi keliru dengan kata-kata Najwa sebentar tadi.
“Najwa malas nak tengok muka kak Kathy tu…” Najwa membalas tanpa berselindung.
“Apa masalah awak ni Najwa?...apa salah kak Kathy tu pada kamu?.” Ibu meneruskan soalan kekeliruannya.
“Takde apa…saja…malas nak tengok…meluat dan menyampah!.” Najwa membuat mimik muka meluatnya.
“Ibu tak ajar awak jadi kurang ajar macam ni tau…apa salah kak Kathy pada kamu sampai kamu meluat dengan dia?.” Ibu meninggikan suaranya.
One fine day, ibu akan tahu jugak…siapa sebenarnya kak Kathy tu…penjenayah besar tu ibu…be carefull…” Najwa menjawab sambil bingkas bangun meninggalkan ibunya dalam tanda tanya. Ibu menggelengkan kepalanya tanda tidak berpuas hati dengan sikap dan tindakan Najwa.

“Is…nanti kamu ikut ke majlis konvo Najwa?.” Ibu menyoal Iskandar yang sedang duduk diruang tamu rumah mereka.
Not surela ibu…why?.” Iskandar membalas ringkas.
“Najwa ada ajak kamu?.” Ibu menyoal lagi.
“Takde pulak…bila konvo dia?.” Iskandar menyoal kembali.
“Hari selasa depan…jam 10:30 pagi…ada kes ke?.” Ibu menambah.
“Errr…yup, Is ada court masa tu…kes rayuan…tak dapat joint la kot?...tapi, nanti Is tanya Kathy…if dia free, Is suruh teman ibu…” Iskandar memberi pandangan.
“Errr…tak payahlah…kalau kamu busy, takpe…ibu pergi sendiri…jangan susahkan Kathy, dia pun maybe ada hal.” Ibu cuba mengelak.
“La…apa salahnya Kathy ikut, at least dia boleh teman ibu…” Iskandar kelihatan pelik dengan jawapan ibunya.
“Takpe…Isman ada, dia akan teman ibu…jangan risau.” Ibu sekali lagi berdalih.
“Ikut ibulah…kalau nak, Is boleh beritahu Kathy…dia boleh je ambil cuti.” Iskandar menambah.
“Ke…Najwa yang tak bagi Kathy ikut?.” Iskandar menambah spontan. Ibunya terkedu dan kelihatan resah dengan kenyataan ‘perangkap’ dari Iskandar.
“Sudahlah…jangan dikeruhkan lagi keadaan yang dah keruh…nanti jadi lain, ibu malas nak tengok Najwa tu merajuk-merajuk.” Ibu membalas telahan Iskandar.
“Is tak fahamlah dengan Najwa tu…apa sebab dia tak suka sangat dengan Kathy entah?.” Iskandar mengeluh pilu.
“Sudahlah Is…ibu rasa, kita doa je la…semoga dibukakan pintu hati Najwa tu…” Ibu memandang Iskandar dengan pandangan simpati. Iskandar hanya mampu tersenyum. Sesungguhnya, ibu dan Iskandar amat mengerti dengan situasi yang sedang dialami oleh keluarga mereka. Dalam hal ini, masing-masing cuba untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.


****

“Iskandar…you kahwin dengan bekas client you ke?.” Dato’ Harith memulakan bicara ketika mereka sedang berbincang di pejabat Iskandar.
“Yup…mana Dato’ tahu?.” Iskandar menyoal kembali.
Well I am your client and mestilah I tahu…” Dato’ Harith menambah.
“Apa lagi yang Dato’ tahu pasal wife I?.” Iskandar cuba meneka.
“Tak…I rasa you ni seorang yang tabah dan cekal…you sanggup ambil perempuan yang dah jadi janda and ada kes berat…” Dato’ Harith seakan memerli Iskandar. Iskandar kelihatan berang dengan kata-kata Dato’ Harith sebentar tadi.
“Dato’…I really respect you because you’re my client and please respect me back as your lawyerotherwise, Dato’ boleh cari lawyer lain.” Iskandar sangat tegas dengan kenyataannya.
Rilex young manI know your father sebelum you wujud lagi dalam dunia ni…tapi, I rasa you silap pilih wifeI mean, as lawyer macam you, boleh cari wanita yang sepadan dengan younot that lady yang dah memang banyak masalah!.” Dato’ Harith terus mengeluarkan kata-kata kesatnya. Iskandar semakin berang dengan tindakan Dato’ Harith yang padanya sangat melampau!.
“Dato’…pleaseshe is my wife and I love her so much…Dato’ tak tahu hujung pangkal cerita, then jangan buat cerita…sepatutnya, Dato’ sokong saya.” Iskandar semakin hilang sabar.
I know her storyla yang I cakap macam tu…” Dato’ Harith kembali menyakitkan hati Iskandar.
I am sorry Dato’...i think I can’t be your lawyer anymoreplease leave my office…” Iskandar lantas berdiri seakan menghalau Dato’ Harith dari pejabatnya. Dia sangat tegas dengan pendiriannya.
Well Iskandar…Thanks for your kind co-operationhey, best women will win la…” Dato’ Harith menepuk-nepuk bahu Iskandar seolah memerlinya. Iskandar hanya mencuka dan diam seribu bahasa. Kalau bukan dia kawan bapanya, mungkin sudah lebam dikerjakannya. Dato’ Harith benar-benar menguji kesabarannya.

Malam ini Iskandar hanya diam mencuka. Sepatah yang aku tanya, sepatah juga yang dijawabnya. Aku jadi gulana dalam sikapnya terhadapku sejak akhir-akhir ini.

“Abang…kenapa ni?. Boleh share masalah abang dengan saya?.” Aku cuba memujuknya.
“Takde apa…sayang tidur dulu…” Iskandar berlalu keluar dari bilik dan meninggalkan aku keseorangan.

Sesungguhnya, aku hanya mampu berdoa semoga Iskandar dapat berkongsi apa juga masalahnya denganku. Tetapi, dalam keadaan dia yang acuh tidak acuh ini, aku mengambil keputusan untuk tidak banyak bicara. Aku takut jika terlebih soal, Iskandar akan naik angin dan berang. Biarlah tunggu masa anginnya surut, baru aku mulakan langkah bertanya padanya.


****

“Is…apa kamu dah buat pada Dato’ Harith?...dia kan bestfriend papa?...kes dia tak settle lagi, kamu dah surrender ke?.” Ibu menyoal Iskandar bertalu-talu menerusi talian telefon di pejabatnya.
“Ibu…dia kurang ajar dengan Is…mana Is tahan…” Iskandar cuba menjawab.
“Is…dia banyak tolong business arwah papa tau…ibu seganlah dengan sikap dan perangai kamu ni…apa masalah ni?.” Ibu seakan tidak berpuas hati.
“Alah…malaslah Is nak cerita hal ni…ibu bukan tak tahu Dato’ Harith tu…mulut cakap lepas je…tak reti nak jaga hati orang…” Iskandar cuba menolak telahan ibunya.
“Pasal Kathy kan?...” Ibu membalas ringkas.
“Yelah…Kathy tu kan wife Is…mestilah Is pertahankan dia…” Iskandar membalas.
“Ibu malas nak cakap banyak…please minta maaf dengan Dato’ Harith, harini jugak…if not, jangan panggil ibu ni…ibu.” Ibu terus memutuskan taliannya. Iskandar terkedu dan kelu dengan kata-kata ugutan dari ibunya. Keadaan yang keruh semakin keruh dengan sikap dan perangai manusia yang tidak pernah ‘senang’ dengan kehidupan orang lain!.


****

Aku termenung dimuka jendela bilikku. Termenung memikirkan sikap Iskandar sejak akhir-akhir ini yang semakin dingin dan terus-terusan tidak menghiraukanku. Ianya semakin menjadi tanda tanya mengapa dan mengapa Iskandar bersikap demikian sedangkan aku sudah jenuh menanyakannya.

“Abang…please…saya tak sangguplah hidup dalam keadaan abang macam ni.” Aku cuba menyelami hati Iskandar yang dari tadi sedang asyik mengadap komputernya.
“Apa yang tak okey…abang okey je.” Iskandar menjawab acuh tak acuh.
“Dengan orang lain abang boleh tipu, dengan saya tak boleh abang…abang dah macam taknak layan saya…kenapa abang?.” Aku merayu jawapan darinya.
“Sayang nak abang cakap macam mana…abang ada banyak problem kat office…abang serabut…” Iskandar cuba berdalih. Aku dapat merasakan itu bukan jawapan yang sebenarnya.
Please abang…” Aku merintih sekali lagi dengan nada lembut.
“Abang rasa sayang yang kena faham abang…jangan serabutkan lagi keadaan boleh tak?...please give me a time to think…” Iskandar meninggikan sedikit suaranya dan memandangku dengan pandangan yang amat serius. Aku juga memandangnya dan hati ini menjadi sebak dengan tidak semena-menanya. Aku takut dan risau dengan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Adakah dia juga seperti Khalil?.
“Takpelah abang…saya faham…” Aku bingkas bangun dan meninggalkan Iskandar di bilik. Langkahku susun untuk ke laman rumah di bawah sekadar untuk meredakan hati yang sedang berkaca. Iskandar hanya memandangku dengan dahi berkerut. Tiada sebarang kata-kata balas darinya.

Banyak perkara bermain dimindaku kini. Aku sudah kehilangan segala-galanya dalam hidup, ibu, ayah, Saiful, Zara dan Khalil yang dengan mudahnya meninggalkan aku. Aku tidak mahu Iskandar juga turut ingin meningalkanku sama sepertimana Shuhada, kawan baikku sendiri. Amat perit takdir ini tetapi aku perlu kuat. Jika ini takdir yang Allah telah tetapkan untuk diriku, aku tetap bersedia menerimanya walau dalam apa jua keadaan.


****

“Ibu…biar Kathy siapkan sarapan pagi harini…ibu rehat sajalah.” Aku memulakan bicara pagi ahad yang suram ini. Ibu sedang sibuk menyiapkan bahan-bahan untuk menyediakan sarapan pagi.
“Takpelah Kathy…ibu dah biasa masak-masak ni…Is dan bangun tidur?.” Ibu menyoalku.
“Dah ibu…Is tengah baca paper kat bilik.” Aku menjawab lembut.
“Biarlah Kathy yang buat…dah lama Kathy jadi menantu ibu, biarlah ibu berehat pulak…makcik Esah boleh tolong Kathy.” Aku menambah. Ibu masih tetap memotong bawang dan tidak menghiraukan kata-kataku. Aku jadi serba salah kerana ibu melayanku seakan acuh tak acuh pagi ini.
“Kalau Kathy nak masak…nanti masak masa lunch…ni ibu dah prepare bahan, ibu nak goreng bihun…Is suka makan bihun.” Ibu menambah. Aku hanya mengangguk tetapi tetap membantunya apa yang patutku bantu.

Ibu tidak banyak bicara seperti kebiasaan. Dia hanya tunduk seolah memberi sepenuh perhatian kepada perkara yang sedang dilakukannya. Aku jadi buntu dan bingung dengan sikap Iskandar dan ibu terhadapku sejak akhir-akhir ini. Masing-masing seolah menyimpan satu rahsia besar yang aku tidak boleh mengetahuinya.

“Abang…jom sarapan…ibu dah siap masak.” Aku menyapa Iskandar yang sedang ayik membaca surat khabar.
“Okey…kejap lagi abang turun.” Iskandar menjawab ringkas. Dia langsung tidak memandangku, tidak seperti kebiasaannya, dia akan terus memandangku apabila aku menyapanya. Aku menghampiri Iskandar dan cuba untuk menarik lengannya dengan manja.
“Jomlah abang…nak dokong, saya tak larat…” Aku sekali lagi menarik lengannya.
“Ish…apa ni?.” Iskandar menepis tanganku. Aku kaget dan terkejut.
“Kan abang cakap kejap lagi abang turun…apa nak paksa-paksa ni?.” Iskandar menjawab sambil bingkas bangun meluru ke bilik air. Aku terkejut dengan dengan kata-kata Iskandar. Dia tampak berang dan marah dengan diriku.
Sesungguhnya apa yang terjadi amat sukar digambarkan dengan kata-kata. Ini semua mematahkan semangat dan asaku untuk meneruskan penghidupan yang akan datang.


****

“Abang…Najwa nak jumpa abang masa lunch boleh?.” Najwa berkata dengan nada lembut di talian bersama Iskandar.
“Ada apa?...nanti datang office abanglah…” Iskandar menjawab ringkas.
“Yelah…tapi kak Kathy tak datang kan masa lunch kan?…malas nak jumpa dia.” Najwa mengomel.
“Takkan dia nak datang time office hour…dia pun banyak kerja kat kolej.” Iskandar membalas.
“Okeylah…Najwa datang pukul 1:00 ni…abang tunggu kat pejabat tau.” Najwa membalas dan kemudian mematikan talian. Iskandar hanya menggelengkan kepalanya dengan asakan dari adiknya sendiri.

“Hai abang…busy ke?.” Najwa masuk ke pejabat Iskandar dan terus duduk di kerusi dihadapan Iskandar.
Busyla…biasalah, macam nilah…Najwa boleh keluar pulak masa lunch ni?.” Iskandar memandangnya yang dari tadi melilau memandang sekeliling pejabat.
“Cantik pejabat abang ni…dah lama Najwa tak datang sini…dah banyak perubahan.” Najwa menjawab sambil tersenyum pada Iskandar.
“Oh ye…Najwa oncall semalam. So, harini off.” Najwa menambah.
So, datang ada apa ni?...ada gossip ke?.” Iskandar menduganya.
“Yup…kat rumah susah nak borak macam ni…abang kan ada queen control?.” Najwa mengeluarkan kata-kata sinisnya. Iskandar memandangnya dengan tenungan yang tajam.
“Ada apa ni?...abang tak suka Najwa layan kak Kathy macam ni…apa salah dia pada Najwa?.” Iskandar membidas telahan Najwa.
“Ye…memang dia ada salah dengan kita bukan dengan saya…abang Is, Najwa nak tanya…kenapa abang beriya nak kahwin dengan dia?.” Najwa cuba menduga Iskandar.
“Apa salah dia?...abang kahwin dengan dia sebab abang suka dan sayang dengan dialah…apa soalan macam ni?.” Iskandar cuba menjawab.
“Abang Is…dia tu pernah kena tangkap sebab ambil rasuah, lepas tu husband dia tinggalkan dia sebab dia main kayu tiga and anak dia meninggal sebab dia ambil mudah untuk jaga anak dia…” Najwa berkata dengan nada yang cukup marah.
What?...Najwa, abang ni lawyer dia!...abang yang handle kes dia…dia bukan macam yang Najwa cakap tu.” Iskandar menempelak tuduhan Najwa.
“Abang, you better be carefull…Najwa malulah ada kakak ipar yang macam tu…orang sekeliling akan mengata kita abang!.” Najwa sekali lagi menambah.
“Najwa, kita tak berhak menghukum orang tanpa usul periksa…dari mana Najwa tahu berita palsu ni semua?.” Iskandar menyoalnya.
“Itu abang tak perlu tahu…it’s not palsu…semua tu benar sebab Najwa boleh google nama dia…just a single click, semua maklumat Najwa dapat.” Najwa semakin berani menjawab abangnya.
Please…dari berita dari reporter and news, Najwa dah 100% percaya?...pity of you my sister…orang bijak pandai macam awak ni cepat percaya news…tak boleh fikir dengan mata akal dan iman?.” Iskandar menjawab panjang lebar cuba membela nasib isterinya.
Well…kalau takde angin masakan pokok boleh bergoyang abang Is…” Najwa menjawab sinis.
“Itu pepatah lama yang dah lapuk…Najwa kalau nak tahu cerita sebenar, abang boleh cerita, jangan dengar ‘radio karat’ semua ni…” Iskandar memandangnya sambil menghela nafas yang panjang.
Actually, dari dulu lagi Najwa tak suka dengan dia…macam nak mengada dengan abang.” Najwa menambah.
“Okey abang faham dah…sebab Najwa dari awal tak suka dengan kak Kathy, so, bila dengar je cerita tak baik tentang dia, terus jump into conclusion, betul tak?.” Iskandar membidas dengan hujahnya yang tersendiri.
NopeI’m not like that…Najwa nilai semua tu. But one day, abang akan sedar apa yang Najwa cakap tadi. Walau apa pun, Najwa tak berganjak dari pendirian Najwa!. Salah means salah!.” Najwa menegakkan pendiriannya.
“Kita tak berhak menghukum orang…look, Allah sendiri Maha Pengampun dan nabi kita Muhammad pun sudi ampunkan umatnya…so, siapa kita?.” Iskandar sekali lagi menambah sambil mengingatkan Najwa.
“Abang, pleaseI know you are lawyer…tapi, itu tak beerti abang boleh stop pendirian Najwa just like thatlook, kalau abang degil jugak, yes, memang Najwa tak kisah tapi jangan haraplah Najwa nak respect both of youand one more thing, boleh tak abang pindah ke rumah yang abang baru beli tu?...Najwa malas nak balik rumah ibu kalau perempuan tu ada kat rumah.” Najwa menjawab lantas bingkas bangun untuk meninggalkan pejabat Iskandar.
“Najwa…please, jangan ikutkan sangat perasaan marah dan geram tu…” Iskandar membalas lantas merenung tepat ke wajah adiknya yang sangat disayanginya itu. Najwa hanya memandang dengan pandangan yang tajam lantas meninggalkan Iskandar dalam keadaan terpinga-pinga. Persoalan yang bermain diminda Iskandar telah terungkai tetapi tiada jalan penyelesaian ke arah kebaikan buat keluarganya. Iskandar buntu antara pendirian dan takdirnya!.


****

“Lambat abang balik harini?...banyak kes ke?.” Aku cuba memulakan bicara setelah melihat Iskandar membuka pintu bilik kami. Iskandar hanya membatu tidak menjawab.
“Abang dah makan?.” Aku sekali lagi menambah. Iskandar terus meletakkan begnya diatas meja belajar dan melulu masuk ke bilik air. Dia langsung tidak memberi respon kepada pertanyaanku sebentar tadi.

“Abang…kenapa ni?.” Aku mencuba sekali lagi menyoalnya. Pada fikiranku, mungkin dia tenang sedikit selepas keluar dari bilik air. Iskandar lantas memandangku dan tersenyum. Aku membalas senyumannya dan tiba-tiba hati ini berkaca.
“Maafkan abang…abang buntu dan bingung.” Iskandar cuba menjawab.
“Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan abang.” Aku merayunya. Mata ini bergenang dan hanya menunggu saat untuk jatuhnya airmata membasahi pipi.
“Sayang takde salah dengan abang…abang je yang bingung.” Iskandar sekali lagi berkata lesu.
“Dah lebih dua minggu abang jadi macam ni…dengan saya abang macam hilang mood…saya takut abang.” Kali ini airmata ini tidak dapat dibendung lagi, ia menitis dengan pantasnya. Iskandar menghampiriku dan mengusap rambutku serta mengelap airmataku yang jatuh dipipi.
“Abang sayangkan sayang…abang tak peduli apa orang nak cakap tentang sayang or tentang pernikahan kita…abang jujur cintakan sayang…tapi hati abang diserang perasaan curiga dan tidak tenteram.” Iskandar berkata sambil matanya memandang tepat ke arah mataku. Aku amat pilu dan sayu dengan kata-katanya.
“Abang…saya pun sayangkan abang…dalam dunia ni, saya hanya ada abang dan kakak saya. Semua yang saya sayang dah tinggalkan saya!...semua abang!...saya takut kalau abang pun sama nak tinggalkan saya, mana lagi tempat saya nak menumpang kasih dan sayang?...takkan ada lelaki lain yang sudi menerima saya sebagai isterinya.” Aku membalas kata-katanya dengan perasaan hiba.
“Maafkan abang sayang…” Iskandar memelukku erat. Kami sama-sama menangis semahu-mahunya. Sesunguhnya, hanya Allah sajalah tempat untuk kami mengadu dan perkahwinan ini juga adalah percaturan dari takdir Allah. Aku berdoa semoga Allah memelihara perkahwinan kami sehingga ke hujung nyawa kami.

“Abang minta maaf sebab buat sayang risau.” Iskandar menyapaku yang dari tadi membelek buku nota diatas katil. Pagi ini aku ada mesyuarat penting di kolej dan aku perlu menyemak semula keperluan yang perlu diselesaikan sebelum bermula mesyuarat. Aku lantas memandang Iskandar dan terus tersenyum padanya.
“Takpe abang…lepas ni jangan dengar cakap orang lagi…abang lagi tahu saya dari orang lain kan?.” Aku membalas kata-katanya.
“Takdelah…kadang-kadang termakan jugak kata-kata orang...susah nak tetapkan pendirian.” Iskandar menambah sambil membetulkan ikatan tali lehernya.
“Kita sama-sama berdoa semoga Allah sentiasa pelihara kita.” Aku memberinya semangat.
“Dah, jom turun breakfast…saya nak ke kolej awal harini, ada meeting penting.” Aku menambah sambil mengambil beg bimbitku. Iskandar hanya mengangguk tanda setuju.

Pagi ini ibu tiada di meja sarapan, tidak seperti kebiasaan. Aku dan iskandar tercari-cari ibu kerana biasanya dia ada menunggu kami dimeja.

“Makcik Esah…mana ibu?.” Iskandar menyoal makcik Esah.
“Puan Sri pergi rumah Najwa malam tadi…tuan Iskandar tak tahu ke?.” Makcik Esah menjawab sambil menghidangkan bihun goreng diatas meja.
“Eh…kenapa ibu tak maklum pada Is?...dia pergi pukul berapa?.” Iskandar kelihatan keliru dan sedikit berkerut dahinya. Aku hanya memandangnya.
“Puan Sri pergi dalam pukul 10 malam…dia drive sendiri.” Makcik Esah menambah.
Confiusla…kenapa ibu tak beritahu Is?.” Iskandar memegang dahinya tanda dia keliru dengan kelakuan pelik ibunya sejak akhir-akhir ini.
“Takpelah…nanti tuan call la dia…malam tadi pun dia tergesa-gesa…makcik pun dia tak pesan apa-apa.” Makcik Esah sekali lagi menambah. Iskandar hanya menganggukkan kepalanya seraya memandangku. Aku juga keliru dengan perubahan sikap ibu sejak kebelakangan ini.


****

“Assalamualaikum ibu…ada kat rumah Najwa ke?...nanti call Is okey lepas dapat message ni.” Iskandar meninggalkan pesanan suaranya dalam peti simpanan suara milik ibunya.
“Abang call dari pagi tadi…si Najwa pun abang call…dua-dua masuk voice mail…macam mana ni?.” Iskandar meluahkan perasaan risaunya ketika kami sedang duduk di ruang tamu pada malam ini.
“Abang tahu rumah Najwa ke?.” Aku cuba memberikan pendapatku.
“Manalah abang tahu…dia duduk kat area HUKM tulah rasanya sebab dia kan bertugas kat HUKM.” Iskandar membalas sambil membelek telefon bimbitnya.
“Risau pulak abang ni…pagi tadi call Isman, dia pun tak tahu apa-apa.” Iskandar menambah.
“Takkan sebab saya ibu dan Najwa jadi macam ni?.” Aku cuba menduga.
“Takdelah…Najwa tu peliklah…susah nak describe dia.” Iskandar menempelak telahanku.
“Saya dapat rasa lain sejak dua menjak ni…ibu pun layan saya nak tak nak…Najwa pulak memang dari dulu tak layan saya.” Aku menambah.
“Sayang…cuba bersangka baik.” Iskandar memujukku.
“Saya risau abang…disebabkan saya, family abang jadi macam ni.” Aku sekali lagi menduganya.
Nopebe strong…takde masalah yang tak dapat diselesaikan. Esok abang ke HUKM tanya staf kat sana mana alamat Najwa.” Iskandar cuba mencari jalan penyelesaian.
“Makcik Esah…ada ibu call tak harini?.” Iskandar menguatkan nada suaranya agar makcik Esah boleh mendengar pertanyaannya. Makcik Esah bergegas ke ruang tamu apabila mendengar Iskandar menyoalnya.
“A…a…ada tuan, tapi Puan Sri tak bagi beritahu pada tuan.” Tergagap-gagap makcik Esah menjawab.
“Apa?...ibu call cakap pasal apa?.” Iskandar kembali menyoal.
“Dia hanya beritahu yang dia sihat. Dia kata nak tenangkan fikiran.” Makcik Esah menjawab jujur. Dia kelihatan amat takut dan gugup.
“Dia beritahu tak bila nak balik rumah?.” Aku pula menyoal makcik Esah.
“Takde Dr Kathy…dia cuma cakap, jangan risau dan jangan cari dia.” Makcik Esah menjawab pertanyaanku. Iskandar kelihatan tidak berpuas hati.
“Kenapa ibu buat macam ni?...ada dia beritahu apa-apa pada makcik?.” Iskandar menyoal balas.
“Takde pulak tuan…makcik kalau borak dengan Puan Sri pun pasal bunga dan masakan…itu saja.” Makcik Esah menjawab ikhlas. Sememangnya aku sedia maklum, makcik Esah ini jujur orangnya. Dia hanya berbual dengan aku sekiranya perkara ini betul-betul penting dan menarik minatnya. Selain dari itu, dia memang jarang bercakap.
“Takpelah makcik.” Iskandar meruntun pilu. Dia kelihatan putus asa setelah mendengar penjelasan makcik Esah tadi. Makcik Esah berlalu semula ke dapur untuk menyambung kerjanya. Aku hanya memandang Iskandar yang terpinga-pinga memikirkan apa sebenarnya yang berlaku.
“Esok abang pergi jelah ke HUKM, tanya dimana rumah Dr Najwa…at least bila jumpa abang boleh pujuk ibu.” Aku cuba memberi pendapat.
“Yup…memang esok abang akan ke HUKM.” Iskandar membalas.
“Saya minta maaf abang.” Aku sekali lagi pilu dengan apa yang terjadi pada keluarganya kini.
“La…pasal apa nak minta maaf?.” Iskandar membulatkan matanya.
“Pasal saya, ibu merajuk?.” Aku menduga.
“Hai…entahlah…tak fahamlah…kalau susah sangat, kita pindahlah kat rumah abang tu, nak?.” Iskandar memberikan cadangan.
“Saya bukan taknak pindah, tapi dulu abang yang beriya nak duduk di sini…tapi, kesianlah kat ibu, nanti kalau kita pindah, dia tinggal seorang.” Aku menolak cadangan Iskandar.
“Alah, rumah abang dalam kawasan ni jugak…anytime boleh jenguk ibu.” Iskandar menambah.
“Ikut suka abang…saya ikut je…sebab syurga saya bawah tapak kaki abang…tapi, abang kena utamakan ibu dulu.” Aku mengingatkannya.
“Abang tahu…abang nak tanya terus terang dengan ibu.” Iskandar menambah. Aku hanya mengangguk tanda setuju.


****

Hari ini Iskandar tidak bekerja kerana ingin menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ibunya. Dia harus segera ke HUKM bagi mendapatkan alamat rumah adiknya, Najwa. Dia perlu menyelesaikannya demi perkahwinan yang dibinanya atas dasar kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi. Dalam hal ini, Iskandar perlu adil diantara kasih sayang seorang anak kepada ibunya dan suami kepada isterinya.

“Maaf puan…saya Iskandar Naim bin Tan Sri Ahmad, abang kepada Doktor Nurul Najwa binti Tan Sri Ahmad, boleh saya tahu kat mana pejabat dia?.” Iskandar menyapa seorang staf yang bertugas di kaunter pertanyaan HUKM.
“Oh…Doktor Najwa ke?...dia di klinik 33, encik pergi terus je, pejabat dia di sana.” Jawab seorang wanita, staf di kaunter pertanyaan itu.
“Terima kasih.” Iskandar terus berlalu menuju ke klinik 33 seperti yang dimaksudkan oleh wanita itu tadi. Berpandukan tanda arah hospital, Iskandar mengatur langkah berhati-hati agar tidak kelihatan seperti tergesa-gesa.

Excuse me…di sini ke office Doktor Najwa?.” Iskandar menyapa seorang jururawat yang sedang bertugas di klinik tersebut.
“Yup…ada apa encik?.” Jururawat itu membalas.
“Boleh saya berjumpa dengan dia…urgent.” Iskandar menambah.
“Maaf encik…Doktor Najwa bercuti sejak semalam lagi. Ada hal katanya.” Jururawat itu menjawab.
“Berapa lama dia cuti?.” Iskandar menyoal lagi. Jururawat itu kelihatan pelik dengan soalan Iskandar yang bertalu-talu itu.
“Maaf, encik ni siapa?.” Jururawat itu menyoal kembali.
“Saya abang dia…boleh beri alamat rumah dia tak?.” Iskandar terus kepada tujuannya ke klinik ini, untuk mendapatkan alamat rumah Najwa.
“Apa yang boleh encik buktikan yang encik ni abang Doktor Najwa?.” Jururawat itu menambah. Iskandar lantas mengeluarkan kad pengenalannya yang tertera namanya. Jururawat itu membelek kad pengenalan Iskandar.
“Kenapa encik tak tahu rumah adik encik sendiri?. Maaf saya bertanya sebab perkara ini personal Doktor Najwa, nanti saya yang disalahkan pulak.” Jururawat itu seolah-olah pelik.
“Ada masalah sikit dan kami memang tak berapa tahu alamat masing-masing. Saya ada hal yang nak diselesaikan. Saya mohon sangat.” Iskandar menjawab dan merayunya. Jururawat itu memandangnya dengan pandangan kesian lantas menghulurkan sehelai kertas yang tertera alamat rumah Najwa.
“Terima kasih nurse.” Iskandar lantas berlalu pergi. Jururawat itu hanya menganggukkan kepalanya. Iskandar berasa puas kerana berjaya memperolehi alamat rumah Najwa. Kata hatinya ‘hari ini juga aku mesti selesaikan semua masalah’.

Iskandar segera memasukkan alamat rumah Najwa didalam system GPSnya. Dia memandu berpandukan panduan dari GPSnya dan dalam masa setengah jam, alamat yang dimaksudkan telah berjaya ditemui. Iskandar nampaknya sangat berpuas hati kerana kelihatan kereta Najwa dihadapan rumah tersebut dan bisik hatinya yang Najwa ada didalam rumah. Dia dengan langkah yang berhati-hati turun dari kereta dan berjalan menuju ke pagar rumah teres yang disewa oleh Najwa itu. Ditekannya loceng berkali-kali dan akhirnya kelibat Najwa kelihatan di pintu rumah.
“Eh…macam mana abang Is tahu rumah Najwa ni?.” Najwa berkata setelah pintu dibuka. Iskandar hanya tersengih.
“Abang kan lawyer…semua dalam tangan.” Iskandar membalas.
“Banyaklah…mesti pergi hospital eh?.” Najwa menduganya seraya menjemput Iskandar untuk masuk ke dalam rumahnya.
“Mana ada…adalah…secret…ibu ada eh?.” Iskandar menyoalnya.
“Ada…masuklah.” Najwa membalas. Iskandar lantas memasuki rumah Najwa dan kelihatan ibunya sedang duduk dikerusi ruang tamu.
“La…ibu buat apa kat sini?.” Iskandar menyapa ibunya yang kelihatan tidak menghiraukan kehadirannya.
“Awak tu ibu nak tanya…kenapa datang sini?.” Ibunya menjawab sinis.
“Is cari ibu…” Iskandar membalas sambil duduk disebelah ibunya.
“Kenapa sampai cari ibu ni?.” Ibunya sekali lagi menduganya.
“Kenapa ibu buat Is dan Kathy macam ni?.” Iskandar menyoal terus-terang pada ibunya.
“Ibu buat?...ibu buat ke atau Is yang buat ibu?.” Ibunya menyoal kemudian.
“Apa maksud ibu?. Is tak fahamlah…apa yang kami dah buat?.” Iskandar memang ingin tahu apa sebenarnya yang bermain dibenak ibunya.
“Jawapannya ada dalam diri kamu Is…tak perlu ibu nak explain.” Ibunya mengeluh.
Pleasela ibu…jangan berteka-teki macam ni…kalau ibu tak explain, sampai bila perkara ni takkan settle.” Iskandar merayu. Sementara Najwa berpeluk tubuh memandang Iskandar dengan perasaan berbaur hampa dan kecewa.
“Abang Is…dah berapa lama abang Is kenal kak Kathy tu?.” Najwa pula bersuara.
“Semenjak abang handle kes dia…why?...something wrong with her?.” Iskandar membalas pertanyaan adiknya itu.
“Takdelah…kalau dah kenal lama, macam mana abang boleh jadi suka kat dia?...Najwa agak peliklah…” Najwa menambah.
“Kamu ni dah termakan ubat guna-guna dia agaknya Is…ibu pun rasa perkara yang sama.” Ibu kembali bersuara.
“Ibu…apa yang ibu cakapkan ni?...syaitan mana dah merasuk ibu dengan Najwa ni?.” Iskandar seakan bersuara keras.
“Abang Is…cuba open your eyes…nama dia terpampang dalam internet pasal kes rasuah dia tu…lepas tu boleh cakap pulak takde saudara mara. Kalau abang Is nak tahu, sepupu dia adalah seorang nurse kat hospital Najwa…cerita kak Kathy tu dari A sampai Z Najwa tahu.” Najwa memberanikan diri berkata. Iskandar memandangnya, kali ini dengan pandangan yang sangat marah.
“Apa yang Najwa tahu?...tell mepleaseeverything….biar abang Is betulkan mana yang tak betul tu…Najwa kalau hanya dengar dari sebelah pihak tanpa usul periksa, itu fitnah namanya!...nak tahu dosa fitnah?...please google it!.” Iskandar berdiri mengadap Najwa dan suaranya memang agak tinggi pada ketika ini. Najwa menjelingnya.
“Sudahlah Is…Najwa…ibu peninglah…pasal Kathy kamu berdua bertengkar!.” Ibu sekali lagi bersuara.
“Ibu…Is nak kita settlekan semua ni harini jugak…Is nak tahu kenapa ibu taknak balik rumah?. Itu rumah ibu, bukan rumah Is…kalau ibu tak suka Is, Is boleh keluar harini jugak ibu…” Iskandar merayu ibunya.
“Is…kenapa disebabkan Kathy, Is kurang ajar dengan Dato’ Harith…tak baik dengan adik-beradik…lepas tu ibu dengar Shuhada pun dah taknak kawan dengan Is…betul kan?.” Ibunya menambah dan cuba menjawab persoalan yang bermain diminda Iskandar ketika ini.
“Is tak kurang ajar pun dengan Dato’ Harith tu ibu…dia cuba menghina Kathy!...Kathy tu wife Is…Is kena pertahankan dia. Dengan adik-beradik ni Is pun tak faham…Isman okey je dengan Is cuma Najwa ni je yang tak reti nak hormat Is dan Kathy. Yang pasal Shu tu…kalau ibu nak tahu, dia tak suka Kathy kahwin dengan Is, bukan sebab apa.” Panjang berlejar jawapan bagi persoalan ibunya itu. Semua terdiam dan membisu mendengarkan jawapan dari mulut Iskandar.
“Najwa tak sukalah sikap dan perangai orang macam tu dalam family kita.” Najwa pula berkata dengan sinisnya.
“Dia manusia jugak Najwa…” Iskandar mula berlembut.
“Ye…Najwa tahulah manusia…takkan abang nak kahwin dengan monyet kot?.” Najwa membalas kasar.
“Tapi…disebabkan perangai busuk dia tu…Najwa rasa family kita pun terkena tempiasnya, sebab abang dah kahwin dengan dia.” Najwa menambah.
“Apa perangai busuk dia?...cuba beritahu abang.” Iskandar cuba menenangkan keadaan.
“Ish…malaslah nak jawab banyak kali.” Najwa mengipas-ngipas badannya tanda rimas dengan soalan yang sama dari mulut Iskandar.
“Tapi kak Kathy tak buat dik…abang lawyer dia, sure abang tahu semua hal…abang selidik kes tu satu-persatu bukan nak bela dia bulat-bulat…abang bukan bodoh dik.” Iskandar bernada lembut.
“Habis tu…kenapa husband dia ceraikan dia?. Anak dia pulak meninggal masa dia jaga, bawa malapetaka betul…ni dah kahwin lebih setahun, takde mengandung-ngandung lagi?.” Najwa semakin berkasar. Lontaran bahasanya amat tidak disenangi oleh Iskandar.
“Najwa…tak baiklah cakap macam tu…ibu tak ajar kamu cakap perkara tak baik…cakap tu doa tu, kamu belum kahwin lagi, tak baik.” Ibunya pula cuba menenangkan keadaan yang sememangnya sedang rancak panas membara.
“Ibu…pleaselah…Najwa memang tak bolehlah tengok dia tu kat rumah ibu…sakit hati Najwa ni…dia ingat, dengan gelaran Doktor Falsafah yang dia ada tu, dia boleh buang semua tanggapan masyarakat terhadap dia?.” Najwa mempertahankan kata-katanya sebentar tadi. Iskandar hanya memandangnya dengan pandangan tajam. Disaat ini, mahu saja ditamparnya mulut celupar adiknya itu tetapi memandangkan dia amat menghormati ibunya, niatnya itu dibatalkan.
“Ibu…jom kemas barang-barang ibu…Is nak bawa ibu balik rumah. Is tak sangguplah mengadap muka manusia yang penuh dengan hasad dengki ni.” Iskandar berkata seraya cuba menarik lengan ibunya. Ibunya hanya terdiam.
“Apa abang Is ni…ibu nak duduk rumah Najwa, biarlah!...Najwa boleh hantar kalau ibu nak balik nanti.” Najwa cuba menepis tangan Iskandar yang bersungguh menarik lengan ibu mereka. Dengan tidak semena-mena ibunya menangis.
“Korang memang dah tak sayangkan ibu…sanggup buat ibu macam ni…” Ibu bersuara sambil menangis. Iskandar terduduk dan tersembam ke lantai dan seraya melulut ke arah ibunya. Nyatanya Iskandar amat sedih dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi.
“Maafkan Is ibu…Is tak bermaksud nak buat ibu macam ni…Is sayangkan ibu dunia dan akhirat. Is hormat ibu sebab syurga Is bawah tapak kaki ibu. Tapi, pleasela ibu…please terima Kathy dalam family kita.” Iskandar merayu semahu-mahunya.
“Is janji…Is akan jumpa balik Dato’ Harith, Is akan terus jadi lawyer dia.” Iskandar menambah.
“Sudahlah Is…marilah bawa ibu balik rumah…maafkan ibu Najwa…ibu tak sebelahkan awak mahupun Iskandar. Ibu nak jadi neutral dan ibu rindukan rumah ibu sebab itulah satu-satunya kenangan ibu dengan arwah papa kamu.” Ibu bingkas bangun meninggalkan Najwa dan Iskandar diruang tamu. Ibu segera ke bilik mengemas pakaiannya dan bersetuju untuk mengikut Iskandar pulang ke rumah. Najwa hanya menjeling dengan keputusan ibunya itu.
‘Ish…semua orang nak bela dia…peliklah, ilmu hitam apa yang dia pakai entah!’ Najwa mengomel dalam hatinya.

Iskandar berjaya memujuk ibunya untuk pulang ke rumah. Sesungguhnya, aku amat terharu dengan sikap Iskandar pada keluarganya. Dia amat mengambil berat masalah dalam keluarga terutama yang melibatkan ibu dan adik-beradiknya. Aku memang sangat kagum dengan pendirian Iskandar.

“Ibu…Kathy minta maaf…disebabkan Kathy, family ni jadi macam ni.” Aku memulakan bicara semasa kami sedang menjamah makanan malam dimeja.
“Takde apalah Kathy…ibu okey…Kathy takde salah dengan ibu pun.” Ibu menjawab lembut. Iskandar memandangku lantas menyentuh tanganku tanda dia menyuruhku bersabar.
“Ibu…Is rasa, lebih baik Is dan Kathy pindah saja…at least Najwa boleh balik rumah ibu ni.” Iskandar memberikan pendapatnya. Ibu hanya menundukkan wajahnya.
“Nanti…sekali-sekala kami datanglah jengok ibu.” Iskandar menambah.
“Sebenarnya, ibu tak sanggup nak tengok kamu berdua pindah. Ibu nak kamu berdua duduk sama dengan ibu kat rumah ni. Tapi…” Ibu tidak menghabiskan kata-katanya.
“Takpe ibu…for time being, biar kami duduk dirumah Is…biar keadaan sejuk sikit.” Iskandar sekali lagi menambah.
“Ikutlah kata hati kamu Is…ibu tidak menghalau.” Ibu kelihatan sebak dengan kata-kata yang dikeluarkannya. Matanya seolah berkaca.
“Sudahlah ibu…jangan bersedih…nanti kami datang jengok ibu selalu.” Aku cuba menenangkan ibu.
“Ibu sedih sebab Najwa macam ni…kalau ikutkan takde masalah pun.” Ibu menambah lembut.
“Kita doakan dia ibu…Is tahu, Najwa tu budak baik tapi maybe sebab dia tertekan.” Iskandar mencelah.
“Betul jugak tu…kita sama-samalah berdoa untuk dia.” Ibu sekali lagi menambah.

Aku dan Iskandar mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah yang telah dibeli oleh Iskandar sejak 5 tahun yang lalu. Rumah yang agak besar disebelah kawasan kediaman Kelab Golf terkemuka di Kuala Lumpur. Aku hanya bersetuju dengan cadangan Iskandar untuk berpindah kerana menurut Iskandar, kami perlu beralah demi meredakan keadaan yang sedang bergelora ini. Ini juga demi memanjangkan lagi hubungan keluarga Iskandar.

Weekend ni kita pindah. Sayang jangan risau, rumah abang tu fully furnished. Semua abang dah beli tahun lepas sebelum kita kahwin. Ingat nak pindah terus lepas kahwin.” Iskandar menyapa aku yang sedang membelek buku nota diatas meja belajar.
“Saya follow je abang…asalkan ibu tak kecil hati, saya okey je.” Aku membalas.
“In Sha Allah…ibu pun dah beri green light. Biarlah keadaan reda sikit, tunggu Najwa tu berubah, baru kita fikir macam mana nanti.” Iskandar memberi cadangan.
“Abang, saya ni takde apa-apa…saya ikut je apa cadangan abang…baik pada abang, baiklah pada saya.” Aku berkata lembut. Sememangnya aku tidak bisa menolak mahupun membantah keputusan Iskandar, aku hanya mampu menuruti saja. Iskandar adalah suamiku, justeru, aku harus menyokong apa juga tindakannya.
Thanks sayang…” Iskandar tersenyum memandangku. Aku turut membalas senyumannya.


****

Hari ini aku dan Iskandar akan berpindah ke rumah kami. Tidak banyak barang yang kami bawa, hanyalah beberapa buah beg yang berisi pakaian, buku dan fail-fail pejabat Iskandar. Ibu kelihatan sugul ketika Iskandar memasukkan semua beg ke dalam kereta.

“Maafkan ibu Is…Kathy.” Ibu menegur kami.
It’s okey ibu…Is nak ibu bahagia, itu je.” Iskandar menyentuh jari ibunya. Aku hanya tersenyum memandang mereka. Iskandar memang sayang dan hormat pada ibunya itu.
“Nanti selalulah datang sini.” Ibu berkata sambil memandangku.
“In Sha Allah ibu…jangan risau okey.” Aku menyakinkannya.
“Jangan risau ibu…hujung minggu sure kami datang.” Iskandar menambah.
“Takkan hujung minggu je?.” Ibu sekali lagi menambah.
“Ibu…Is kerja kadang-kadang tak tentu masa…Kathy pulak sibuk nak masuk semester baru ni…so, weekend je kami free.” Iskandar menjelaskan kepada ibunya akan situasi kami yang agak sibuk sejak akhir-akhir ini.
“Makcik Esah kan ada…” Iskandar sekali lagi menambah.
“Takpelah…tapi, jangan tak datang langsung pulak.” Ibu mengeluh.
“La…Is anak ibu…takkan Is tak datang, bukan kami tinggal jauh pun.” Iskandar meyakinkan ibunya. Aku hanya memerhati gelagatnya.
“Nanti ibu pujuk Najwa tu…” Ibu memujuk kami.
“Ala…takde apalah tu…nanti okeylah dia tu.” Iskandar berkata memujuk hati kami yang sebenarnya sangat berkecil hati dengan sikap dan tindakan Najwa.
“Kita doalah sama-sama. Ibu tahu hati anak-anak ibu.” Ibu berkata sebak. Ibu kelihatan sebak memikirkan sikap anak-anaknya.
“Kalau arwah papa kamu ada lagi…sure dah kena marah Najwa tu.” Ibu menambah.
“Sudahlah ibu…doa saja senjata kita. Is pun bukan suka kami bermasam muka macam ni. Is pun akan cuba cari jalan untuk selesaikan masalah Najwa ni.” Iskandar memujuk ibunya. Kami semua terdiam membisu seribu pengertian. Harapannya hanyalah untuk memujuk hati Najwa untuk berubah dari bersikap sedemikian.

Setelah selesai meletakkan semua beg didalam kereta, kami bersalaman. Aku dan ibu menangis semahu-mahunya umpama mahu berpisah buat selama-lamanya. Aku berasa sebak dan pilu kerana terpaksa meninggalkan ibu sendirian dirumah. Walaupun dia ditemani oleh makcik Esah, ianya tidak sama dengan kasih sayang dari anak-anak. Kami berjanji dengan ibu untuk selalu menjenguknya apabila kami mempunyai kelapangan. Ibu hanya mengangguk tanda setuju dan tiada apa yang boleh kami katakana kecuali, inilah satu-satunya harapan untuk mengembalikan kebahagiaan keluarga ini. Jika kami masih tinggal dirumah ibu, sudah tentu Najwa tidak akan pulang menemui ibunya.

AKU dan Iskandar mengemas sedikit pakaian yang kami bawa dari rumah ibu. Rumahnya yang agak besar ini harus mempunyai pembantu rumah yang boleh menyiapkan kerja-kerja pembersihan rumah sehari-hari.

“Abang ingat kita kena cari pembantu rumahlah. Kita dua-dua kerja, siapa nak kemas rumah?.Takkan nak dibiarkan berhabuk?.” Iskandar memberikan cadangannya.
“Maksud abang maid ke?.” Aku cuba meneka.
“Yelah…takkan nak suruh PA abang kemas rumah?.” Iskandar berseloroh.
“Tahulah…yang saya maksudkan, maid Malaysia ke Indonesia?.” Aku agak marah dengan gurauan Iskandar itu tadi.
“Abang taknaklah orang Indonesia…nanti banyak masalah.” Iskandar mencelah.
“La…amik orang Indonesialah yang paling senang…mana nak cari orang Malaysia nak jadi maid sekarang ni?...diaorang lagi selesa kerja jadi salesgirl.” Aku memberikan pendapatku.
“Kalau dapat macam makcik Esah best kan?.” Iskandar mencekak pinggangnya.
“Saya kesianlah tengok orang tua…makcik Esah tu dah kerja dengan family abang sejak dia muda lagi.” Aku mengomel. Tak sampai hati rasanya jika Iskandar ingin mengambil orang tua sebagai pembantu rumah.
“Okeylah…nanti abang tanya client abang…manalah tahu ada budak-budak kampung ulu mana yang sanggup jadi pembantu rumah.” Iskandar memandangku.
“Boleh je…tapi jangan cari yang comel…tergugat saya nanti.” Aku pula berseloroh.
“Ke situ pulak sayang ni…sayang abang lagi comel, takde siapa boleh fight.” Iskandar menghampiriku. Rambutku disentuhnya dan aku terpana dengan usikan manjanya.
“Siapkan kerja dulu abang…nanti bersepah bilik kita ni.” Aku menolaknya dengan manja. Iskandar terus juga seakan ingin memelukku.
“Ini boleh sambung nanti.” Iskandar berbisik lembut.
“Abang ni…mengada tau!.” Aku cuba melepaskan pelukannya.
“Ini rumah kita, dah takde sekatan…” Iskandar membulatkan matanya. Aku menjelirkan lidah mengejeknya.
Sorry darling…bendera merah.” Aku menepisnya.
“Okey, kalau macam tu lepas sayang habis period ni, kita kerja keras…abang teringin nak ada baby.” Iskandar merayuku.
“Abang…kita hanya mampu merancang, semuanya Allah yang tentukan.” Aku memujuknya.
“Yelah…memang semua Allah tentukan tapi kita kena usaha.” Iskandar menambah.
“Okeylah…saya kalah.” Aku menyerah dengan kata-kata Iskandar. Sememangnya dia seorang peguam yang pandai bermain kata-kata. Aku sering tewas dengan permainannya.

Kami menyambung mengemas dibahagian dapur pula. Rumah Iskandar ini tidaklah berhabuk sangat kerana sentiasa dijaga rapi oleh Iskandar. Setiap dua minggu dia akan mengupah orang untuk membersihkan rumahnya ini. Aku bersyukur kerana Iskandar sudi menerima aku untuk sama-sama tinggal dalam rumahnya ini.

Thanks abang sebab sudi bawa saya tinggal dengan abang dalam rumah abang ni.” Aku bersuara ketika kami duduk berehat di ruang tamu tingkat atas rumah ini.
“Kenapa sayang cakap macam tu?...sayang kan isteri abang, apa yang abang punya adalah milik sayang jugak.” Iskandar memujukku.
“Takdelah…saya ni takde apa-apa, semua bergantung pada abang.” Aku menambah.
“Ini tanggungjawab abang sayang…abang perlu sediakan semuanya untuk sayang…makan, pakai, tempat tinggal everythingso, please jangan cakap sayang menyusahkan abang.” Iskandar berkata lembut sambil matanya memandangku.
“Yelah…disebabkan saya, abang terpaksa pindah dari rumah ibu…saya seolah-olah memutuskan hubungan abang dengan ibu.” Aku merintih.
“Sayang…ini semua bukan sebab sayang…kita nak pulihkan keadaan…nak sedarkan Najwa.” Iskandar menghampiriku lantas membelai jari-jemariku.
“Saya harap abang terima saya seadanya saya.” Aku berasa sedih dan pilu diatas kesudian Iskandar menerima aku apa adanya.
“Sayang…kita saling memerlukan, jodoh ini Allah dah tentukan, semua takdir yang Allah beri ada hikmah disebaliknya…sudah, jangan sedih-sedih.” Iskandar memujukku.
“Saya sayangkan abang.” Aku tersenyum padanya.
“Abang pun sayangkan sayang…sepenuh hati abang…tak percaya, try belah dada abang.” Iskandar berseloroh. Aku hanya tersenyum dengan gurauannya. Iskandar memang pandai mengambil hatiku. Cepat saja surut perasaan sedih dan pilu ini tatkala Iskandar membuat bahasa lawaknya.

Aku sangat bahagia apabila bersama Iskandar. Aku sangat cintakan Iskandar kerana dialah suami, sahabat dan teman baikku dikala susah mahupun senang. Aku berdoa semoga Allah tidak lagi menguji aku dengan ujian keretakan hubungan aku dan Iskandar. Aku rela diuji dengan ujian sehebat ujian ketika aku dituduh mengambil rasuah suatu ketika dulu tetapi janganlah aku diuji dengan perkahwinan ini. Aku sesungguhnya amat berharap agar kami dikurnikan cahaya mata supaya rasa kasih dan cinta dalam hubungan ini akan terus mekar mewangi. 

No comments:

Post a Comment