Saturday 6 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 7

Bab 7


Hari-hari yang ku lalui kini bertukar bahagia. Aku akan dinikahkan dengan pilihan hatiku sendiri, seorang lelaki yang sangat penyayang dan begitu mengambil berat. Hidupku kini sepenuhnya untuk dirinya dan tiada apa yang bisa memisahkan kami kecuali Allah SWT.

Kami hanya bernikah sekadarnya, tidak lebih dan tidak kurang. Hanya sebuah majlis kecil yang dihadiri oleh pihak keluarga Iskandar. Tiada yang sudi hadir bagi pihakku kerana nyatanya aku memang sudah tiada sesiapa lagi di dunia ini kecuali kakakku. Tetapi, apakan daya, dia jauh di luar negara, masakan dia boleh menghadiri majlis kami ini. Aku akur dengan apa jua ketetapanMu ya Illahi.

New whatsapp message

Sayang…abang berdebarla…masa first nikah dulu tak rasa macam ni pun…

It’s okey abang…janganlah gabra sangat…banyakkan berdoa moga dipermudahkan.

Thanks sweetheart…kejap lagi sayang akan jadi milik abang sepenuhnya… J

Thanks sebab abang sudi menerima saya seadanya…


“Assalammualaikum Shu…” Aku cuba menelefon Shuhada pagi sebelum aku diijabkabulkan dengan Iskandar.
“Waalaikummussalam…” Shuhada menjawab lembut.
“Shu…kau tak datang ke?...aku dah nak nikah jam 10:30 pagi ni…” Aku merayunya.
“Aku tak sihatla Kathy…rasa pening dan loya tekak…anyway, aku doakan korang bahagia hingga ke akhir hayat…” Shuhada membalas. Aku begitu sedih dengan kenyataannya. Dia seperti mencipta alasan untuk tidak hadir ke majlisku.
Thanks Shu…la, kesiannya kau…takpelah kalau macam tu…nanti masa majlis kenduri kesyukuran kau datang okey?.” Aku menambah.
“In Sha Allah…tak janji…kalau aku takde apa-apa, aku datang…eh dahla, kau kan nak nikah…aku taknak ganggu…bye.” Shuhada dengan tergesa-gesa menghentikan talian telefon sebelum aku sempat menjawab. Hatiku amat terguris dan mahu saja aku menangis diketika ini tetapi memandangkan ini adalah majlis berhargaku, aku biarkan hati ini saja yang menangis.


****

“Alhamdulillah…sah…semua saksi setuju?.” Ujar kadi yang telah menikahkan kami sebentar tadi. Semua saksi menganggukkan kepala tanda bersetuju. Perasaanku diketika ini hanya Allah yang Maha Mengetahui antara berdebar dan gembira. Iskandar menoleh ke arahku dan tersenyum sambil sempat mengenyitkan matanya. Aku hanya tertunduk malu.

Iskandar menyarungkan cincin berlian yang dihadiahkan kepadaku sebagai tanda membatalkan air sembahyang. Kini kami sudah sah bergelar suami dan isteri. Iskandar mengucup dahiku dengan penuh rasa kasih dan sayang. Dengan sungguh tidak disangka, airmata ini mengalir dan kali ini kerana begitu gembira dengan rahmat ini. Iskandar mengesat airmataku yang jatuh dipipi.

“Sayang…kenapa ni?. Janganlah menangis…sayang dah jadi wife abang…abang akan jaga sayang sepertimana abang jaga diri abang sendiri.” Iskandar berbisik lembut kepadaku. Tanggannyaku cium dan ku salam.
Thanks abang atas perkahwinan ini…saya akan cuba menjadi isteri yang terbaik buat abang.” Aku tersenyum gembira padanya. Iskandar turut membalas senyumanku. Hati ini umpama bunga yang sedang mekar berkembang, gembira dan sangat terharu dengan keikhlasan Iskandar memperisterikan diriku.

Kami bersalaman bersama semua ahli keluarga Iskandar yang hadir. Ada yang datang dari jauh dan tidak kurang juga keluarga yang tinggal berdekatan dengan rumah ibu Iskandar. Ibu Iskandar memelukku dengan erat dan dia juga menangis gembira.

“Tahniah Kathy…Iskandar…ibu doakan kamu berdua cepat dapat anak…ibu dah tak sabar nak timang cucu…” Ibu Iskandar mencium kami berdua. Terharu rasanya atas layanan yang diberi oleh ibu Iskandar ke atasku yang hanyalah berstatus janda.
Thanks ibu…” Aku menjawab lembut.

Ibu Iskandar sempat menjemput semua ahli keluarga untuk hadir ke majlis doa kesyukuran kami yang akan diadakan pada hari sabtu ini. Majlis yang hanya sekadar kecil-kecilan ini hanya akan dihadiri oleh kaum keluarga dan kenalan rapat kami.

Iskandar membawaku pulang ke rumah ibunya. Hari ini adalah hari yang paling bahagia dalam hidupku sementalah aku kini sudah bergelar isteri seorang jejaka yang sangat kacak, penyayang, sangat mengambil berat dan yang pasti sudi menerima diri ini seadanya.

“Bila sayang nak pulangkan kunci rumah sewa tu?.” Iskandar menyoalku sebaik kami tiba di rumah ibunya.
Next week kot. Baju-baju semua tak kemas lagi. Abang…esok saya balik rumah saya boleh?...nak kemas semua barang-barang, nanti nak kena bawa sini kan?.” Aku membalas.
“La…takkan esok nak balik…pindah akhir bulan ni jelah…nanti ibu cakap apa sayang dah nak balik rumah…” Iskandar memberikan pendapatnya. Kami terus menuju ke bilik Iskandar ditingkat atas. Agak berat kaki ini melangkah kerana masih berdebar dengan pernikahan ini. Ahli keluarga yang lain belum lagi sampai dirumah.
“Okeyla…err, abang…saya seganla nak tukar baju ni…boleh ke…” Aku menarik lengan Iskandar. Dia tersenyum memandangku. Aku merasa jengkel dengan senyumannya itu.
“Sayang ni wife abang ke apa?...ini bilik abang la…ibu siap dah kemas cantik-cantik nak bagi sayang tidur dalam bilik ni…” Iskandar menambah sambil terus menarik tanganku. Aku tersentap dengan usikannya. Malu ah!

Bilik Iskandar sangat luas dan mendamaikan. Ibu telah menghias cantik bilik ini seperti bilik di sebuah hotel bertaraf 5 bintang. Aku jadi malu dan berasa tidak selesa kerana susah juga mahu biasakan diri setelah lama menjanda!.

“Kejap lagi abang nak mandi dengan sayang boleh?.” Iskandar mengusikku yang dari tadi malu-malu membuka pakaian nikahku. Sebentar tadi, aku hanya menukar pakaianku di dalam bilik air dan Iskandar tersengih memandang perbuatanku.
“Ish…malulah…” Aku membalas lembut sambil menyapu lembut kapas basah bagi menanggalkan kesan solekan di wajahku.
“Mana boleh ingkar arahan suami…berdosa tau…” Tiba-tiba Iskandar mendatangiku dari arah belakang seraya memeluk pinggangku. Aku terkedu dengan usikan Iskandar. Aku lemas dalam belaiannya. Akhirnya aku mengaku kalah dan mengikut arahannya. Iskandar berjaya menakluki hatiku kerana aku juga tenggelam dalam nafas cintanya. Kami sama-sama lemas dalam pelukan asmara dan indahnya saat manis malam pertama bergelar isteri dapatku rasakan. Walaupun aku hanyalah seorang janda, tetapi hembusan nafas kali pertama bersama dengannya membuatkan aku merasa ini adalah kali pertama aku dirangkul dengan penuh kasih sayang yang tidak bertepi. Iskandar, kaulah wiraku buat hari pertama kami ini!

Malam ini aku malu untuk makan malam bersama ibu dan adik-beradik yang lain kerana banyaknya ‘gigitan asmara’ yang Iskandar kenakan pada leherku. Malunya jika mereka mengata yang bukan-bukan pada diriku.

“Jom sayang…ibu dah panggil dari tadi nak ajak dinner sekali…” Iskandar menarik tanganku.
“Ala…abangla ni…banyak sangat bite ni…penuh satu leher saya…malula…” Aku mengeluh manja.
“Ya Allah…kita kan dah kahwin…bite tu biasalah…malam ni abang tambah lagi…” Iskandar mengusikku. Aku mencebik!.
“Boleh tak abang cakap saya pening…” Aku mencari alasan.
“Sayang…jomlah…tak bestla, nanti ibu cakap apa pulak…” Iskandar sekali lagi menarik tanganku. Akhirnya aku akur dengannya. Kami sama-sama turun ke bawah untuk menikmati hidangan makan malam bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain.

“Ha…jom makan…tadi makcik Esah masakkan ikan pari bakar…jom dinner.” Ibu mengajak kami.
“Sedapnya makcik Esah masak…ibu tak masak?.” Iskandar menyoal ibunya seraya duduk di kerusi meja makan. Aku turut duduk disebelahnya. Ibu Iskandar memandangku dengan wajah terpinga dan kemudian dia tersenyum.
“Kathy malu apa ni?...” Ibu seolah mengusikku.
“Eh…mana ada…takdelah ibu…Kathy okey je…mana Najwa?.” Aku mengalih jawapan.
“Najwa dah balik rumah dia…ada group study malam ni katanya.” Ibu menjawab ringkas. Najwa memang seperti bersikap dingin denganku.
“Amboi…dari balik lepas nikah tadi terus tak keluar bilik ke?...pukul berapa sampai rumah tadi?.” Ibu menyoal kami.
“Sampai rumah pukul 2 petang ibu…lepas tu solat zuhor…lepas tu honeymoon tapi dalam bilik jelah…kan ibu dah hias cantik-cantik…tadi pun ingat taknak keluar…tapi dah ibu ajak dinner…hehe…” Iskandar tersengih seperti kerang busuk. Aku jadi malu dengan kata-katanya. Yang nyatanya, ibunya sangat sporting dalam hal ini.
“Patutla banyak tanda merah…alhamdulillah, lepas ni ibu dah boleh jadi nenek…” Ibu Iskandar menambah. Aku hanya tersipu-sipu malu.
“Boleh…ibu tunggu je okey…kami akan usaha sehabis baik…kan sayang?.” Iskandar memandangku.  Aku membulatkan mata dan kami ketawa bersama.


****

“Abang…jom pergi rumah saya kejap…nak ambil barang sikit-sikit la…” Aku memberi Iskandar pendapat sedang kami duduk berdua di buaian dihalaman rumah ibunya.
“Boleh…jomlah…pergi sekarang sempat lagi…nanti dah malam sangat…” Iskandar membalas sambil melihat jam ditangannya.

“Besar jugak rumah sewa ni…” Iskandar meninjau sekeliling rumah kerana selama aku menyewa di sini, dia tidak pernah masuk didalamnya.
“Bolehla…tapi duduk sorang, boring jugak…lainlah, kita pindah sini…” Aku cuba menduganya.
“Buat apa nak duduk rumah sewa…rumah abang kan ada?.” Iskandar memandangku yang sedang sibuk mengemas baju dialmari.
“Abang dah beli rumah?...kat mana?.” Aku menyoalnya seakan terkejut.
“Kat area rumah ibu…tapi kosong sekarang ni…maybe akhir tahun ni kita pindah sana…for time being, duduk dengan ibu dulu okey?.” Iskandar menambah.
“Sayang…bestla katil ni…” Iskandar merenungku dengan renungan tajam seakan memberikan panahan asmara. Aku hanya tersenyum sinis dan tiba tiba Iskandar menarik tanganku.
“Abang…saya nak kemas bajula…” Aku menolak lembut. Iskandar tidak memperdulikan tolakanku. Dia terus melemparkan panahan asmaranya padaku. Aku menjadi lemas dalam godaanya dan akhirnya akur pada pujuk rayu Iskandar yang bisa membuat diri ini terbang setinggi burung dilangit biru!. Kami bersatu demi cinta dan kasih sayang yang suci murni ini.

Iskandar memang lelaki idamanku!. Jiwanya dan jiwaku bersatu demi sebuah ikatan perkahwinan yang kami bina bersama. Setiap memori indah yang tersemi antara kami merupakan saat yang paling berharga dalam hidupku. Iskandar sememangnya pandai menggodaku dan dia memberikan sepenuh kasih sayangnya pada diriku. Aku seringkali gagal menolak pujuk rayunya itu!.

“Abang betul-betul sayangkan sayang…demi kerana Allah…cinta ni hadir tanpa paksaan…” Iskandar berkata romantis pada malam pertama kami. Kata-kata itu adalah azimat buat diriku yang pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.


****

Majlis kenduri kesyukuran perkahwinan kami berjalan dengan sangat lancar. Ramai sanak- saudara sama-sama hadir memeriahkan majlis. Tidak terkecuali rakan-rakan aku dan Iskandar, mereka juga turut hadir memberikan sokongan. Aku amat terharu dengan pelbagai ucapan tahniah baik dari sanak-saudara mahupun rakan-rakan kami.

“Najwa busy ke sekarang ni?...bila exam?.” Aku menyapa adik Iskandar, Najwa yang sedang mengikuti Ijazah Doktor Perubatan.
“Tak busy pun…” Najwa menjawab seperti acuh tak acuh.
“Jarang nampak Najwa balik sini sebab tu akak tanya…akak ingat Najwa tengah busy…tak sempat nak borak-borak…” Aku menambah sambil kami menyusun pinggan di dapur.
“Ada effect ke kalau tak borak dengan saya?.” Najwa memandangku sinis seraya berlalu meninggalkanku. Aku tergamam dengan sikap dinginnya terhadapku, kakak iparnya sendiri. Aku jadi gusar dengan keadaan ini.

“Abang…saya nak tanya something boleh?.” Aku berkata sambil memandang Iskandar yang sedang membelek kertas di atas meja belajar dibilik kami.
“Yup…apa?.” Iskandar menjawab ringkas.
“Kenapa Najwa macam tak suka saya?.” Aku bertanya terus terang tanpa berselindung.
“Ye ke?...dia sibuk tu…dengan abang pun dia jarang tegur…student medhic memang macam tu kot?.” Iskandar menambah seraya duduk disebelahku.
“Saya rasa dia tak suka saya sebab bila saya nak sembang dengan dia…dia macam taknak cakap dengan saya.” Aku mengeluh padanya.
“Janganlah fikir yang bukan-bukan…Najwa tu memang pelik sikit perangai dia…Isman okey tak?.” Iskandar memujukku.
“Isman okey…Cuma, saya risaukan Najwa…nak tahu jugak kenapa dia tak suka saya?.” Aku kembali mengeluh.
“Biarlah dia…orang baru nak masuk alam dewasa…macam tu la…” Iskandar menambah sambil mengusap belakang dadaku. Aku hanya tersenyum memandangnya. Tetapi, hati kecil ini masih mencari jawapan terhadap persoalan yang timbul antara aku dan Najwa.


****

Kami kembali bekerja setelah seminggu bercuti atas tiket melangsungkan perkahwinan. Aku bersyukur kerana dianugerahkan oleh Allah seorang lelaki yang baik dan penyayang dan juga membimbing aku ke arah jalan yang lebik baik dari sebelum ini.

Iskandar mempunyai banyak tugasan terbengkalai setelah seminggu meninggalkan pejabatnya. Kes-kes lama dan baru yang perlu di telitinya masih belum dapat disemak sepenuhnya. Walaupun dia bercuti seminggu, adakalanya dirumah dia sibuk meneliti fail-fail clientnya. Aku kagum dengan semangat kerjanya. Iskandar pernah memberitahuku bahawa setiap kes yang diadilinya merupakan seperti sebutir peluru didalam senapang. Hanya sebutir itu yang ada dan dia perlu menembak tepat ke arah sasarannya. Itu perumpamaan yang Iskandar sering gunakan tatkala berdepan dengan setiap kes pelanggannya.

Aku juga masih sibuk di pejabat tetapi tidaklah sesibuk Iskandar. Bulan ini adalah bulan ulangkaji pelajaran bagi semua pelajar di kolej tempatku mengajar. Mereka akan menghadapi minggu peperiksaan pada dua minggu akan datang. Aku hanya akan sibuk selepas peperiksaan tamat dimana waktu itu aku harus menanda semua kertas jawapan pelajar dan memberi markah yang selayaknya untuk mereka. Selepas selesai urusan menanda kertas, aku telah memohon untuk bercuti selama seminggu kerana Iskandar berjanji ingin membawaku berbulan madu di Pulau Sibu, johor.


****

“Ibu tengok kamu berdua ni busy betul…tak pergi honeymoon ke?. Dah sebulan kahwin ni…” Ibu Iskandar memulakan bicara ketika kami sedang menikmati makan malam bersama.
“Ada plan ibu tapi lagi 2 minggu kot…kan sayang?. Sebab Is dengan Kathy masing-masing tengah betul-betul busy…Is tengah handle kes Dato’ Harith.” Iskandar menjawab pertanyaan ibunya sambil menjamah makanan yang terhidang.
“Kes apa Dato’ Harith tu?.” Ibu bertanya lagi.
“Kes saman dia pada press la ibu…belum settle lagi…lepas habis court ni baru kami pergi honeymoon…ibu jangan risau okey?.” Iskandar membalas lembut sambil tersenyum memandangku.
“Najwa dan Isman tak balik ibu?.” Aku menanya ibu Iskandar.
“Janganlah tanya diaorang tu…mananya nak balik…dah ibu sibuk-sibuk call barulah nampak batang hidung sorang-sorang…” Ibu mengeluh panjang dan dahinya berkerut mengingatkan perihal mereka berdua.
“Diaorang mana kisah sayang…balik sebulan sekali je…padahal campus bukan jauh pun…” Iskandar menambah.
“Najwa ada call semalam…katanya malas nak balik sebab boring…ibu pun tak fahamlah dengan dia tu…sejak awak kahwin ni dia macam taknak cakap dengan ibu…sepatah ibu tanya, sepatah dia jawab…” Ibu kembali mengeluh, kali ini hanya melibatkan perihal Najwa. Aku hanya pandang ibu dengan pandangan simpati.
“Is kan ada ni ibu?. Is akan duduk rumah dengan ibu…jangan risaulah…” Iskandar memujuk ibunya.
“Ibu harap korang tak pindah mana-mana…duduk jelah kat rumah ni temankan ibu.” Ibu merayu pada kami. Aku hanya tersenyum.
“Ibu jangan risau…Is dan Kathy akan duduk di sini temankan ibu okey?.” Iskandar menyentuh tangan ibunya. Kami berpandangan dan tersenyum. Aku hanya mengangguk tanda setuju.

“Sayang…kita duduk rumah ibu jelah…abang kesianla tengok ibu tu…rasa tak sampai hati nak pindah tinggalkan dia sorang-sorang walaupun makcik Esah ada temankan dia…” Iskandar memberikan pendapatnya ketika kami sedang menonton televisyen di bilik.
“Saya tak kisah…saya ikut abang je…abang kena utamakan ibu berbanding saya…” Aku membalas lembut kata-kata Iskandar.
“Itu yang abang makin sayang dengan sayang sebab sayang ni sangat memahami…” Iskandar tersenyum memandangku.
“Syurga saya dibawah tapak kaki abang tapi syurga abang bawah tapak kaki ibu tau…abang kena ingat tu.” Aku menasihatinya.
Thanks sayang…I love you so much…lagi 2 minggu kita pergi honeymoon okey?.” Iskandar mencium tanganku tanda terima kasihnya kerana aku benar-benar memahaminya.
It’s okey…tak pergi pun takpe…kat rumah ni pun saya dah rasa macam hari-hari kita honeymoonyou made my day!.” Aku berkata dengan nada lembut sambil bersandar di bahunya. Sesungguhnya, Iskandar benar-benar membuatkan hari-hariku sangat istimewa. Kami bahagia bersama dan aku sering berdoa agar perkahwinan ini adalah perkahwinan yang terakhir dalam hidupku.


****

Hari ini merupakan hari yang indah dan sangat bahagia bagi diri aku dan Iskandar. Kami berpeluang menghabiskan masa cuti kami dengan bercuti di Pulau Sibu. Iskandar telah menempah khas percutian ini selama 3 hari 2 malam. Inilah pertama kali dalam sejarah hidupku, seorang lelaki membuat kejutan padaku dengan menghadiahkan sebuah percutian yang tidak pernah aku impikan sebelum ini. Perkahwinan aku yang dahulu pun hanya aku yang merancangnya kerana Khalil tidak berminat untuk keluar bercuti.

“Abang…bila kita nak pergi honeymoon?.” Aku memberikan pendapatku kepada Khalil ketika kami sedang makan malam dirumah.
“Perlu ke kita honeymoon?...abang sibuklah…tapi kalau sayang nak pergi jugak…abang follow je.” Khalil menjawab seraya memandangku.
Actually saya dah survey tempat…rasanya kita pergi Langkawi okey kot?. Abang setuju?.” Aku kembali memberikan pendapatku.
“Okey je…berapa lama?...3 hari cukuplah…kita dah 2 bulan kahwin…dah takde maknanya honeymoon tu semua.” Kata-kata Khalil mengecilkan hatiku.
“Takpelah…nanti saya book terus…” Aku hanya menjawab ringkas.
“Okey…abang follow je…” Khalil menjawab pantas. Aku merasa sangat terkilan kerana Khalil memandang enteng perkahwinan kami walaupun dibina atas dasar kasih sayang kami yang bercinta walaupun hanya 2 bulan. Disebabkan kegagalan itulah hati ini agak sukar untuk menerima lamaran cinta Iskandar walaupun sudah bertahun dia cuba memiliki hatiku.

“Hai sayang…jauh termenung…apa yang difikir tu?.” Iskandar menyapa aku yang dari tadi termenung. Tanpa disedari, airmata ini mengalir.
“La, kenapa ni sayang?...abang buat sayang menangis ke?.” Iskandar menambah sambil menyentuh pipi kecilku. Dia lalu mengesat airmataku yang berkaca.
“Takde apa…saya teringatkan Khalil…dia tak pernah menghargai saya…dia mengahwini saya hanya kerana nafsu…” Aku memandang Iskandar yang sedang membelai rambutku.
“Sayang…apa nak fikir benda yang dah lepas…sekarang ni abang ada untuk jaga sayang…abang akan sentiasa menghargai sayang…you are everything for me!.” Iskandar memujukku. Ditariknya badanku untuk berada dalam dakapannya.
“Abang…saya harap abang takkan abaikan saya…dalam dunia ni, saya hanya ada abang dan kakak saya…” Aku berkata manja.
Please quoted my word…abang takkan tinggalkan sayang…abang hanya akan tinggalkan sayang bila abang dah takde nyawa lagi…you are my wife and I really love you…” Iskandar sekali lagi memujukku. Aku tersenyum memandangnya. Alangkah bahagianya hidupku kini dengan adanya seorang insan bernama Iskandar yang sedia menerima apapun status diriku.
I love you too…” Aku memeluk erat suamiku, Iskandar Naim.

Aku berharap agar dapat melupakan apa juga kisah penderitaan, kesedihan dan kesulitanku sebelum ini. Walaupun penahan petir diwaktu pagi tetapi kini Allah telah menganugerahkan sebuah pelangi yang sangat indah dan cantik diwaktu petangnya. Aku  harus bersyukur dengan pemberian dari Ilahi.


****

“Assalamualikum kak…buat apa tu?.” Aku menelefon kakakku di New Zealand. Iskandar ada disebelahku waktu ini.
“Waalaikummussalam dik…akak tengah baking cakela…awak macam mana?.” Kakakku menjawab sambil menyoalku.
“Saya happy sekarang…” Aku menjawab ringkas. Aku hanya menunggu reaksinya.
Well…lupa nak wish congrats for your doctorate…bangga akak…so, how’s your life now?.” Kakak mendugaku.
“Ni saya nak beritahu akak…saya dah berkahwin…” Aku tersenyum pada Iskandar ketika memberitahu kakakku akan berita baik ini.
What?...dah rujuk dengan Khalil or someone else dik?.” Nadanya agak terperanjat.
“Takla…takkan la nak rujuk dengan orang yang dah tak hargai kita…ni dengan seorang lawyer yang kacak and sangat caring…” Aku lalu memberikan telefonku kepada Iskandar untuk menyambung perbualan bersama kakakku.
“Hai kak…ni saya, Iskandar…salam berkenalan…panggil saya Is je…” Iskandar memperkenalkan dirinya. Seketika, talian terdiam dan berkali juga Iskandar memberikan isyarat ‘hello’.
“Err…hai…hai Is…why Kathy tak maklum akak before you all kahwin?...and, bila majlis you all?.” Kakakku seakan sugul dengan penjelasanku.
“Kami dah nikah hampir 2 bulan…nikah simple je…just nikah and majlis doa kesyukuran.” Iskandar menjawab ringkas.
Thanks Is sebab awak sudi terima adik akak…tolong jaga dia baik-baik and please hargai dia…kami dah takde sesiapa Is…just 2 of us…” Kakak memberikan nasihatnya pada Iskandar. Nadanya agak sebak ketika ini.
“In Sha Allah kak…don’t worry…saya akan sentiasa sayang dia sampai bila-bila…” Iskandar menjawab ikhlas dan tersenyum memandangku lalu menyerahkan kembali talian itu kepadaku.
“Kak dah cakap dengan Is…okey tak suara dia?.” Aku menduga kakakku.
“Akak tak tahu nak cakap macam mana tapi akak doakan supaya awak sentiasa dilindungi Allah…nanti send me his picture okey?.” Kakak menjawab ringkas.
“Okey…nanti saya bagi gambar nikah kami…” Aku menambah. Perbualan kami tamat disitu dan aku berpuas hati kerana kakakku telah sudi menerima Iskandar menjadi sebahagian dari keluarga kecil kami.


****

Langsai percutian berbulan madu di Pulau Sibu, aku dan Iskandar kembali meneruskan kelangsungan hidup seperti biasa. Kami masih tinggal di rumah ibu Iskandar memandangkan ibunya tiada siapa yang meneman kecuali orang gaji mereka, Mak Esah. Mak Esah adalah orang gaji yang sangat taat dan setia dengan keluarga Puan Sri Zuriah semenjak Iskandar berusia 5 tahun. Mak Esahlah yang menjaga dan membelai Iskandar ketika ibu dan bapanya sibuk mengembangkan perniagaan mereka. Sehingga kini, mak Esah masih setia menjadi pembantu dalam rumah tangga Puan Sri Zuriah. Aku sangat kagum pada keperibadian mak Esah yang masih belum berkahwin sehingga kini.

“Abang…esok kita jumpa Shu nak?.” Aku memulakan bicara ketika Iskandar sedang meneliti fail clientnya.
“Buat apa?. Sayang nak jumpa dia ke?.” Iskandar menyoalku.
“Yelah…dah lama tak jumpa dia…” Aku menjawab lesu. Sebenarnya, aku cukup sedih dengan sikap dingin Shuhada pada diriku setelah aku berkahwin dengan Iskandar.
“Sayang…dia dah tak pedulikan kita…buat apa nak susah-susah jumpa dia?.” Iskandar menambah.
“Tak boleh macam tu abang…dia banyak tolong saya masa saya susah…saya nak minta maaf dengan dia…” Aku mengeluh pilu.
“Sayang nak minta maaf pasal apa?.” Iskandar memandangku. Dia agak terkejut.
“Minta maaf sebab saya kahwin dengan abang…” Aku tersenyum dengan kata-kataku sendiri. Iskandar memandangku dengan pandangan sinis.
So…nyesallah ni kahwin dengan abang?.” Iskandar terkedu dan mukanya serius.
“Mana ada…” Aku mengeluh. Dari riak wajah Iskandar, aku seakan dapat mengagak yang dia sedang marah denganku. Aku lalu menyentuh lengannya.
“Abang merajuklah…” Iskandar kembali membelek fail kerjanya.
“Janganlah macam tu…macam budak-budaklah abang ni…kita pergi je rumah dia esok…kalau dia takde, takpelah…” Aku memujuk Iskandar sambil merapatkan kepalaku ke bahunya.
“Macam tulah nak pujuk abang…” Iskandar memelukku. Dia kembali ceria dan tersenyum padaku. Aku membalas senyumannya.
“Dahlah…abang nak tidur…jom tidur…” Iskandar menarik tanganku ke katil kami. Aku terkedu seketika.
“Ish…awal lagilah…baru pukul 10 malam ni…” Aku menunjuknya waktu di jam dinding bilik kami.
“Abang nak tidur awal sebab nanti nak kerja keras malam ni…” Iskandar mengusikku. Aku terdiam.
Sorry…saya uzur…” Aku tersenyum memandangnya.
“Ya Allah…takde rezeki malam ni…aduhai…” Iskandar menepuk dahinya. Aku tergelak dengan kelakuannya. Iskandar memang pandai berjenaka.
“Nak kena tunggu seminggu ni…abang nak puasalah…” Iskandar menambah.
“Poyolah abang ni…” Aku kembali tergelak dengan usikkan Iskandar. Kami sama-sama tertawa.


****
Aku dan Iskandar ke rumah Shuhada pagi ini. Aku mengharapkan agar dapat bertemu dengannya demi menjelaskan perihal perhubungan kami selama ini. Persahabatan kami sangat terjejas sejak aku mengambil keputusan mengahwini Iskandar. Tetapi, hakikatnya aku sangat menyayangi sahabatku ini. Dia telah banyak bersusah payah denganku ketika aku mengalami ujian dan dugaan dalam hidup. Shuhada tidak pernah jemu memberikan pertolongannya padaku ketika aku bertungkus-lumus menyelesaikan masalah hidupku.

“Hai Shu…” Aku menegur apabila Shuhada keluar setelah aku menekan loceng rumahnya.
“Hai…ada apa ni Kathy?.” Shuhada menyoalku. Dia hanya berdiri di hadapan pintu pagarnya tanpa ada usaha membukanya untuk mempelawa aku masuk ke rumah.
“Aku nak jumpa kau…lama tak jumpa.” Aku menjawab jujur. Iskandar hanya menunggu di dalam kereta.
“Takpelah Kathy…aku sihat je…aku rasa kau tak perlu nak tanya aku…kau dah ada orang yang jaga.” Shuhada seolah memperliku dengan kata-katanya itu.
“Jangan cakap macam tu Shu…kau tetap kawan aku. Is pun kawan kau kan?.” Aku cuba menyelami hatinya.
“Kalau kawan, kau takkan sanggup buat aku macam ni?...aku tak sangka kau ni rupa-rupanya kejam…” Shuhada meninggikan suaranya.
“Shu…apa yang kau cakap ni?. Ini dah jodoh aku Shu…aku tak berdaya melawan takdir yang Allah dah cipta untuk aku.” Aku membalas lembut. Hati ini mula berkaca.
“Kau dari dulu cakap macam tu…takdir…takdir…ini takdir yang kau cipta sendiri!. Kau goda Is kan?.” Suaranya semakin meninggi. Iskandar tiba-tiba keluar dari kereta, mungkin kerana dia mendengar perbualan kami.
“Apa yang kau cakap ni Shu?...kau cakap macam orang takde iman.” Iskandar memandang kami. Aku membuat isyarat menggeleng kepala padanya dengan tujuan agar Iskandar tidak mencampuri urusan aku dan Shuhada.
“Eh…sudahlah korang…aku dah muaklah kawan dengan korang…mulai dari harini, tolong jangan datang dan cari aku…biar aku hidup dengan cara aku…mulai sekarang korang bukan kawan aku…get lost!.” Shuhada menghalau kami. Suaranya sangat tinggi seolah menengking. Aku tidak semena-mena menangis dengan tindakan Shuhada. Sampai hati dia membuang aku dari hidupnya sedangkan kami sudah berkawan baik sejak dari dulu lagi.
“Sudahlah…” Iskandar menjawab kata-kata sinis Shuhada sambil menarikku untuk masuk ke kereta. Kedengaran pintu dihempas kuat oleh Shuhada. Aku dan Iskandar hanya mampu memandang kelakuannya yang sangat pelik dan ganjil sejak dia mengetahui status hubungan kami.
“Biarlah dia sayang…dah orang taknak kawan dengan kita…tak luak apa-apa pun.” Iskandar memujukku. Aku hanya memandangnya. Airmata ini terus mengalir deras, tidak tergambar dengan kata-kata betapa sedihnya hati ini dengan sikap dan tindakan Shuhada tadi.

Aku hanya mampu termenung mengenangkan peristiwa yang baru saja berlaku antara aku, Shuhada dan Iskandar. Ya Allah, ujian apakah pula kali ini yang harus aku terima?. Shuhada adalah satu-satunya kawan baikku di muka bumi ini. Dialah tempat aku bergantung ketika aku hilang arah tujuan. Jika selepas ini Iskandar juga melakukan perkara yang sama dilakukan oleh Khalil pada diriku, siapakah sahabat yang sudi dan mampu untuk membantuku. Ya Allah, aku berdoa padaMu agar Iskandar adalah pilihan yang tepat untuk menjadi suami dan sahabatku dunia dan akhirat.

Walaupun Shuhada sudah membuangku dari menjadi sahabatnya, aku masih terus berdoa agar suatu hari nanti dia kembali menerimaku. Semoga Shuhada dibukakan pintu hatinya untuk menerima apa juga yang telah ditentukan oleh Ilahi dan bersedia menerima ketentuan bahawa aku dan Iskandar sudah menjadi suami dan isteri. Aku masih berharap agar Shuhada diberi ketenangan dan hidayah oleh Allah untuk menerima semua kenyataan ini dengan hati yang terbuka. Shuhada, aku masih menyayangimu sahabatku!.


****

Ibu Iskandar akan berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah bersama adik bongsunya, Zaharah. Sebuah majlis doa selamat akan diadakan bagi mendoakan perjalanan selamat pergi dan kembali dari mengerjakan umrah.

“Kathy…sepanjang ibu takde ni…tolong tengok-tengokkan rumah okey. Kalau rajin, masaklah…jangan malu-malu. Inikan rumah Kathy jugak.” Ibu menyapaku yang sedang sibuk memasak didapur.
“Eh…takde masalah ibu…saya okey je…cuma, kadang-kadang Is lebih suka masakan makcik Esah.” Aku membalas sambil menjeling makcik Esah dan tersenyum padanya.
“Puan Sri…Dr Kathy ni masak sedap tapi tuan Iskandar tak bagi ke dapur, rosak tangan dan jari nanti katanya…” Makcik Esah mengusikku.
“Yelah tu Is tu…mana ada ibu…” Aku menempelak usikan makcik Esah. Kami ketawa bersama.
“Ada apa ni…macam dengar ada orang tengah mengumpat Is je?.” Iskandar tiba-tiba mencelah.
“Mana ada…perasan!.” Aku menolaknya yang seolah-olah ingin mencium pipiku. Ibu dan makcik Esah hanya memandang dan tersenyum. Mereka beredar setelah melihat Iskandar membuat aksi-aksi romantiknya padaku. Aku tersipu malu dengan tindakannya.
“Kalau ye pun nak beromen…pergilah masuk bilik…bukan kat sini…meluat tengok!.” Najwa tiba-tiba bersuara. Kasar juga usikannya itu.
“Apehal awak ni Najwa?...period ke?...tiba-tiba nak sound pulak?.” Iskandar memandang Najwa dengan pandangan emosi.
“Abang tu la…takde taste!.” Najwa menjeling seraya berlalu. Iskandar menunjukkan isyarat ingin menamparnya. Aku memujuknya supaya bersabar. Iskandar dan aku menjadi kelu dengan sikap Najwa sebentar tadi. Ianya menjadi seribu tanda tanya mengapa dia bersikap sedemikian.

“Abang…saya rasa nak tanya sendiri dengan Najwa, kenapa dia macam tak berapa suka pada saya?.” Aku bertanya pada Iskandar sedang kami duduk di birai katil.
“Abang pun confius dengan Najwa tu…pelik!.” Berkerut dahi Iskandar.
Maybe sebab saya ni janda…or sebab saya ni dah takde saudara-mara or sebab saya ni pernah ditangkap ambil rasuah?...” Aku cuba mengagak.
“Entahlah…esok abang tanya dia.” Iskandar membalas.
“Saya rasa lainlah dia layan saya macam ni…risau pulak saya…” Aku mengeluh. Sememangnya aku merasa begitu aneh dengan sikap dan layanan Najwa padaku semenjak Iskandar memberitahu keluarganya ingin memperisterikan diriku. Sebelum ini, semasa aku menjadi pemandu pelancong bagi keluarga mereka semasa bercuti di Japan, Najwa melayaniku dengan baik dan mesra.
“Sayang jangan risaulah…nanti abang tanya…leraikan setiap persoalan.” Iskandar memandangku lalu tersenyum. Kasihannya dia pada diriku tidak berbelah bagi. Iskandar sangat sayang pada keluarganya. Aku belum pernah melihatnya meninggikan suara pada adik-adiknya.


****

Di pagi hari ahad ini, Iskandar tidak mempunyai apa-apa aktiviti melibatkan tugasannya sebagai peguam. Kedua-dua adiknya juga masih belum pulang ke universiti masing-masing. Ini mungkin kerana, malam ini keluarganya perlu ke KLIA untuk menghantar Puan Sri Zuriah dan adik bongsunya belepas ke Mekah. Iskandar cuba mencari jalan untuk bersembang bersama Najwa yang dari tadi sibuk membelek komputer macbook pro airnya.

“Najwa…boleh abang nak sembang kejap?.” Iskandar menghampiri Najwa. Najwa langsung tidak memperdulikan sapaan abangnya.
“Ehmmm….ehmmm…hello…ni orang pekak ke bisu?.” Iskandar mengusiknya lagi.
“Sibuklah abang ni…ada apa?.” Najwa membengis.
“Amboi…garang betul adik perempuan abang yang seorang ni kan?...tanya pun dah tak boleh…dah ada boyfriend ke?.” Iskandar terus dengan usikannya. Najwa mendengus tanda marah.
“Najwa ada pakwe ke…makwe ke…abang apa peduli?...pergilah jaga and sayang kat wife pilihan hati abang tu…” Najwa bersuara lantang. Iskandar terpaku dengan kata-kata Najwa sebentar tadi.
“Apa Najwa cakap ni…boleh abang tanya…kenapa Najwa tak suka kat kak Kathy?...apa salah dia pada Najwa?.” Iskandar cuba merendahkan suaranya.
“Ada Najwa cakap tak suka ke?...Najwa cuma meluat…faham?.” Najwa mengetap bibirnya seolah-olah menahan sabar.
But why meluat?...i need to know because she is my wife and you’re my sisterI love both of you…” Iskandar seolah memaksanya untuk menjawab.
“Abang Is…pleaseI don’t want to talk about this…” Najwa menjawab sinis seraya berlalu pergi meninggalkan Iskandar. Iskandar terdiam dan terpana dengan tindakan dan sikap Najwa yang meninggalkan seribu satu persoalan. Najwa perlu berterus-terang dalam hal yang melibatkan perasaan antara hubungan keluarga dan sikap mementingkan diri sendiri.

“Apa Najwa cakap pada abang?.” Aku menyoal Iskandar. Wajahnya kelihatan sayu dan pilu.
“Entahlah sayang…abang bingung dengan dia…dia tak jawab pun soalan abang…” Iskandar membalas lesu.
“Takpelah abang…maybe she need a time to accept me…yelah, saya ni siapa…tak setaraf dengan family abang…” Aku merendah diri dan akur dengan siapa aku berkahwin.
“Sayang jangan cakap macam tu…abang tak suka…sayang kahwin dengan abang, bukan taraf family abang…” Iskandar memujukku.
“Saya berdoa semoga Najwa boleh terima saya seadanya…ini dah jodoh saya…” Aku membalas lembut sambil mata ini seakan ingin berkaca.
“Dahlah…kita sama-sama berdoa…takde yang boleh halang kuasa Allah…doa tu senjata kita…” Iskandar menyentuh jari-jemariku dengan lembut. Dia tersenyum memandangku. Aku membalas senyuman manisnya itu.
“Abang sayangkan sayang…hanya Allah yang boleh pisahkan kita kalau itu sudah takdirNya…” Iskandar menambah.
“Abang…hati saya hanya untuk abang seorang…thanks abang sebab sudi jadi suami dan sahabat saya.” Aku memandangnya. Iskandar memelukku dengan erat. Kami sesungguhnya memang saling sayang menyayangi dan perasaan ini hadir tanpa sebarang paksaan. Cuma yang menjadi tanda tanya buat diriku adalah sikap pelik Najwa terhadapku. Dia tidak pernah memberitahu apa-apa mengenai samada dia tidak selesa dengan kehadiranku di dalam keluarganya ataupun tidak. Hanya sikap acuh tidak acuhnya saja yang membuatkan aku menjadi sangsi dan keliru. Ya tuhan, Kau lindungilah aku dan berilah aku kekuatan untuk menempuh segala apa jua onak ranjau kehidupan ini.


****


Dari dulu lagi aku sering menjadi bahan kutukan keluarga lebih-lebih lagi keluarga sebelah arwah ayahku. Ibuku juga sering merajuk hati dengan sikap dan perangai adik-beradik dan sanak saudara keluarga arwah ayahku. Ayahku menikah dengan ibuku ketika ibuku sudah mengandungkan kakakku 3 bulan. Menurut ayah, pada waktu itu ibu telah dirogol oleh sekumpulan lelaki mabuk dikampungnya. Ayah langsung tidak mengenali ibu apatah lagi bersua muka dengannya. Ibu merupakan seorang pelayan kelab malam dari Negara Filipina. Ayah mengahwini ibu kerana berasa simpati dengan nasib yang menimpanya. Semenjak dari itu, ayah sering dihina dan dibuang oleh adik-beradik dan sanak saudaranya dikampung. Hanya aku sahaja anak sebenar dari benih arwah ayahku tetapi, arwah ayah tidak pernah membezakan kasih sayang antara aku dan kakakku. Sehinggalah kakakku mendapat tahu akan cerita sebenar akan keadaan dirinya, dia terus membawa diri pergi merantau ke New Zealand sehinggalah kedua arwah ayah dan ibu meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur. Waktu itu aku sedang mengandungkan anakku, Zara enam bulan.

Aku kehilangan segala-galanya waktu itu. Hanya Khalil tempatku mengadu sedangkan kakakku kembali ke New Zealand dan berkahwin selepas itu. Keluarga Khalil juga kurang selesa dengan kehadiranku sebagai salah seorang ahli keluarga yang baru. Ini kerana Khalil adalah anak pertama dalam keluarga yang menyara sepenuhnya adik-adiknya yang masih bersekolah pada waktu itu.

“Khalil kalau kahwin dengan budak tu…elaun mama dan adik-adik ada berubah tak?.” Mama Khalil bersuara tegas ketika dia membawaku berjumpa dengan keluarganya.
“Mama…apa cakap macam ni…jangan risaulah…Kathy ni bukan tak bekerja.” Iskandar membalas telahan mamanya.
“Mama taknak dengar duit tak cukup ke apa ke…yang mama tahu, semua settle…” Mamanya menjeling ke arahku yang sedang diam membisu.
“Mama ni takde kerja…duduk kat rumah flat ni…faham-fahamlah ye Kathy…adik Khalil ni ada 3 orang masih bawah tangungan dia…” Mamanya menambah sambil membetulkan rambutnya yang mengerbang tu. Adik-adik Khalil semuanya masih bersekolah di peringkat menengah dan rendah. Mama dan papanya sudah bercerai ketika adik bongsunya berusia 3 tahun. Sehingga kini, Khalil masih belum berjumpa papanya yang telah menghilangkan diri setelah bercerai dengan mamanya.
“Mama…sudahlah…Khalil ada hati, nafsu, perasaan…takkan sebab nak sara mama, adik-adik Khalil tak boleh berkahwin?.” Khalil mendengus. Nadanya agak hiba dengan sikap mamanya itu.
“Takpelah mama…mungkin ini dah jodoh kami…Kami Cuma mohon restu mama…itu saja.” Khalil membalas lembut sambil mencium tangan mamanya. Aku hanya memandang Khalil dengan pandangan kasihan kerana Khalil sungguh-sungguh dengan pendiriannya untuk memperisterikan aku.

“Hai Dr Khatijah…termenung jauh nampak?.” Tiba-tiba aku disapa oleh Dr Vincent, teman sepejabatku. Beliau juga seorang pensyarah di kolej ini.
“Eh…mana ada…bila you datang office I ni?...sorry, tak perasan.” Aku tersipu-sipu malu.
“Yelah…you dari tadi dok menongkat dagu…I ingat you tak sihat, then I masuk la office you.” Dr Vincent menambah.
“Takdelah…I okey…cuma rasa pening sikit…” Aku memberikan alasan.
“Wow…you pregnant ke?...congratulation my friend…” Dr Vincent membuat muka terpaku. Aku jadi kaget dengan mimic mukanya.
“Mana ada…you ni…” Aku menggeleng-gelengkan kepalaku tanda memerlinya sikapnya.
“Ala…kalau ya, apa salahnya…janganlah segan nak beritahu…” Dia sekali lagi mengusikku. Aku jadi kaku dengan gurauannya. Jika benar aku mengandung, Iskandar adalah orang pertama yang aku beritahu bukan kau!.
Nothingla…” Aku membalas ringkas.
“Okeylah…taknak cakap, it’s okey…” Dr Vincent membuat muka sedihnya lantas berlalu meninggalkanku. Aku ketawa sendirian. Kalut betul minah ni, nama saja ada PhD!.


Tetapi, memang benar hari ini aku betul-betul pening kepala mungkin kerana kurang tidur dan berehat. Sejak ketiadaan ibu Iskandar dirumah, semua kerja-kerja memasak aku cuba ambil alih walaupun ditegah oleh makcik Esah. Aku masih ingat pesan ibu Iskandar agar selalu masak untuk anak kesayangannya, Iskandar. Mungkin juga aku terlalu memikirkan kerja-kerja di pejabat yang menimbun untuk disemak dan diteliti. Tugasku sebagai seorang pensyarah bukan sahaja menyemak kertas jawapan pelajar ketika peperiksaan tetapi aku juga perlu menyiapkan kertas kajian ke atas bidang kepakaranku. Oleh sebab itu, banyak juga dateline yang perlu disiapkan demi tuntutan tugas dan kepentingan kolej tempat aku mencari rezeki ini.

No comments:

Post a Comment