Thursday 4 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 6

Bab 6


Pagi yang indah dibumi bertuah, KUALA LUMPUR!. Hari ini genap 3 hari aku berada di Malaysia, tanah tumpah darahku. Aku bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah untuk meneruskan kehidupan di tanah tempat kelahiranku ini. Aku masih lagi menumpang di rumah Shuhada, kawan dan sahabat karibku sementara belum mendapat pekerjaan.

“Hai Shu…good morning…” Aku menyapa Shuhada yang tergopoh-gapah dari tadi.
“Hai…morningsorry Kathy, aku dah terlambat…pagi ni dahla ada meeting…aku pergi dulu…kalau nak keluar, kunci pintu semua okey…bye…” Shuhada melambaiku seraya memasuki keretanya. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatahnya. Shuhada, nasib baiklah kau belum kahwin, boleh juga aku menumpang di rumah kau ni!

New whatsapp message

Sayang…buat apa tu?

Buat bodoh je…hehe

La…dah jadi doktor takkan buat bodoh…jom lunch, nanti I pick up you jam 1 ni…

It’s okey Is…jauh kan dari office you nak ke sini…

Tak, I ada kat area Subang ni…siap-siap, I ambil you jap lagi… J

Okey…

Alamak, dia ni memang suka tau ajak dating masa aku tengah mengelamun. Ke dia saja je cari alasan nak jumpa aku, lepas tu beritahu yang dia memang berada di kawasan sini. Huh! Memang banyak alasan.


****

“Macam mana harini?.” Iskandar memulakan bicara ketika aku sedang menyarungkan tali pinggang kereta.
“Okey…pagi tadi saya ada email Sunway College, tanya pasal job.” Aku menjawab sambil melemparkan senyuman pada Iskandar. Dia membalas senyumanku.
I ada good news untuk sayang…sure sayang suka…” Iskandar menambah.
What?.” Aku seolah tidak sabar dengan berita baik dari Iskandar.
“Nantila…masa makan I beritahu…” Iskandar menduga kesabaranku. Apakah berita baik tersebut?.

Iskandar membawaku makan tengahari di restoren yang pernah menjadi salah satu restoren kegemaranku. Inilah restoren yang menjadi titik pertemuan diantara aku dan Khalil. Ah!, itu cerita lama, apa yang penting, makanan di sini sememangnya sedap dan enak-enak belaka. Sudah sekian lama aku tidak menjamah masakan melayu asli!

“Sedapnya…dah lama tak makan asam pedas ikan patin…” Aku menyepetkan mataku tanda keenakkan lauk yang sedang aku nikmati.
“Sayang pandai masak ikan pathin ni?.” Iskandar menyoalku.
“Boleh la…pandai jugak…tapi saya suka ikan pathin yang dari sungai Pahang…aduh, sedap betul, lagi-lagi masak lemak tempoyak…” Aku sekali lagi melakukan aksi ‘sedap tidak terkata’. Iskandar tersenyum melihat gelagatku.
“Yela tu…nanti I belikan ikan pathin dari sungai Pahang, lepas tu sayang masak okey…tunjuk kat ibu skill masak sayang tu…” Iskandar mengarahkan aku. Aku tersentak dengan kata-katanya.
“Ish…saya tak bersedia lagi la…please give me a time to think…boleh?.” Aku berkata sambil menghirup kuah asam pedas itu tadi. Iskandar terdiam sambil memandangku. Dia kelihatannya tidak berpuas hati dengan jawapan aku sebentar tadi.
“Sayang…I dah dapatkan you job kat college tempat kawan arwah ayah I…Dia nak offer you terus jadi full time lecturercollege tu kat Damansara.” Iskandar menukar topik perbualan kami.
“Itulah good news yang I nak beritahu you…” Iskandar menambah tetapi tidak memandangku sebaliknya dia hanya tunduk sambil menjamah makanannya. Aku perasan akan kelainan sikapnya. Selalunya dia tidak begitu, sentiasa tersenyum padaku. Mungkin kerana kata-kataku sebentar tadi telah mengguris hatinya.
“Is…saya minta maaf…saya tak bermaksud nak kecilkan hati awak…” Aku menyentuh lengannya. Iskandar hanya terdiam, dia seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang sedang aku ucapkan padanya.
“Habiskanlah nasi you tu…lepas ni I hantar you balik.” Iskandar menarik nafasnya sedalam-dalamnya dan terus bangun untuk membasuh tangannya. Nasi dipinggannya belum pun sempat dihabiskan. Iskandar terus ke kaunter untuk membayar bil dan aku jadi tergamam dengan sikapnya. Aku juga turut bangun dan membilas tanganku. Asam pedas ikan patin belum sempat aku habiskan. Buntu juga dengan kelakuan Iskandar, dia seolah-olah sangat marah padaku. Oh Iskandar, maafkan keterlanjuran kata-kataku tadi!

Kami masing-masing diam membisu ketika di dalam kereta. Aku pula tidak pandai memulakan bicara. Aku jadi buntu dan bingung dengan sikap Iskandar semenjak dari hari konvokesyenku sehingga ke saat ini. Apabila aku cuba berdalih dengannya dalam soal cinta dan perkahwinan, dia cepat merajuk dan terasa hati. Iskandar, dengarlah rintihan hatiku, kalau boleh saat ini juga aku ingin berkahwin denganmu tetapi, hati ini mengatakan yang aku belum bersedia, aku belum bersedia untuk kembali menjadi seseorang yang bergelar isteri. Peristiwa lalu antara aku dan Khalil, kegagalan perkahwinan kami, semua itu masih kekal utuh dalam hati dan sanubariku. Mana mungkin dengan begitu mudah untuk aku mendirikan kembali mahligai yang aku sendiri pernah gagal membinanya?. Ketahuilah wahai Iskandar, aku juga sedang cuba untuk memujuk hati kecilku untuk menyintai dirimu. Sesungguhnya, kau adalah insan terbaik yang mampu memiliki hati mana-mana wanita pun!.

“Is…saya minta maaf…” Aku memulakan bicara setelah masing-masing diam membisu.
It’s okey…I faham…” Iskandar menjawab dengan nada terpaksa.
Anyway, thanks sebab awak tolong dapatkan kerja untuk saya…” Aku memandangnya yang sedang kusyuk memandu. Sikit pun tidak dialihkan pandangannya padaku. Barangkali Iskandar sudah bosan dengan sikap acuh tak acuhku padanya.
“Esok you kena ke college tu…ada sikit interview…ni ambil butiran lanjut…semua ada dalam envelope tu.” Iskandar menunjukkan sampul coklat di tempat duduk belakang keretanya. Aku mencapai sampul tersebut.
You isi form tu…esok pergi college tu jam 10 pagi.” Iskandar menambah.
“Okey...saya akan call cab esok.” Aku juga menjawab ringkas. Takut juga ingin bertanya lanjut.
You nak I hantarkan ke?...boleh je…” Iskandar memberikan pendapatnya. Aku terkedu.
“Eh, tak perlulah…saya pergi naik cab je…it’s okey…saya nak berdikari.” Aku tersenyum dengan jawapanku. Iskandar hanya tersenyum sinis. Dia hanya mengangguk tanda setuju.

****
“Kathy…aku nak tanya kau something la…sebenarnya, dari dulu-dulu lagi aku nak tanya…tapi, aku takut kau kecil hati…” Shuhada memulakan bicara setelah kami selesai makan malam.
“Nak tanya apa?...tanyalah.” Aku berkata seraya duduk di kerusi ruang tamu.
“Kau dengan Iskandar ada apa-apa special ke?...sebab aku tengok korang mesra je…” Shuhada teragak-agak bertanya.
“Mana ada…teman tapi mesra je…kenapa tiba-tiba ke situ soalan kau?.” Aku cuba menolak tanggapan Shuhada terhadap hubungan kami walaupun secara jelasnya, Iskandar memang ingin memperisterikan aku.
“Wah…teman tapi mesra tu…yelah, aku tanya sebab, sanggup Iskandar ke Japan masa hari konvo kau…mestilah kau ni istimewa di mata dia…tak gitu?.” Shuhada mengomel panjang.
“Hah…itu yang kau tak tahu pengorbanan seorang sahabat…kau tu, aku ajak datang taknak…sibukla…apalah…sudah tu, Iskandar la yang temankan aku…” Aku sekali lagi mengalih pandangan Shuhada terhadap hubungan kami.
“Jangan-jangan Iskandar suka kat kau tak?.” Shuhada mendugaku.
“Mana ada…aku bukan taste dia la…aku ni janda, siapa yang nak…” Aku merendah diri, sedar akan kekurangan diri.
“Eh, mana tahu beb…kalau Allah kata itu jodoh kau, siapa kau untuk menolak…Iskandar tu dahlah handsome, kaya tu bolehla…lepas tu ada kerjaya tetap…apa lagi yang kita nak?.” Shuhada menambah ngomelannya.
“Kalau macam tu…apa kata kau ngorat dia…manalah tahu kalau-kalau Iskandar tu jodoh kau?.” Aku dan Shuhada terketawa dengan ayatku sebentar tadi.
“Ala, dia tak suka kat aku…sebenarnya, aku pernah beritahu kat dia yang aku suka kat dia tapi dia kata hanya anggap aku bestfriend je…sebab tu aku malu kalau jumpa dia.” Shuhada mengeluh. Rupa-rupanya cintanya pada Iskandar tidak kesampaian.
“Eh, esok aku nak pergi interview kat college Damansara…Iskandar yang tolong carikan aku kerja…berdebar rasanya…” Aku berkata seraya memegang dadaku yang tiba-tiba berdebar.
“Ye ke…alhamdulillah…eh, Iskandar carikan kau kerja?...ni sure ada apa-apa antara korang…” Shuhada terus mendugaku. Dia sekali memancing hubunganku dengan Iskandar. Tidak! Shuhada tidak perlu tahu akan hasrat hati Iskandar pada diriku. Aku tidak mahu mengecilkan hatinya setelah Iskandar menolak hasrat cintanya.
“Mana ada…kebetulan, college tu milik kawan arwah ayah dia…lagipun memang diaorang nak pensyarah yang ada PhD, so Iskandar offer pada aku.” Sekali lagi, aku cuba mengelak jawapan yang boleh membuat sahabatku ini terasa hati. Shuhada hanya tersenyum.

****

Aku ke Damansara menggunakan khidmat teksi di kawasan perumahan Shuhada. Teksi itu terus membawaku berpandukan alamat yang diberikan oleh Iskandar. Aku tiba di kolej ini seawal jam 9:30 pagi. Keadaan di sini agak lengang kerana bangunan pentadbiran dipisahkan dari bangunan tempat kelas para pelajar. Kolej ini agak moden dan mempunyai ciri-ciri dinamik sebuah kolej swasta. Aku juga kagum dengan struktur ukiran bangunan yang dicipta indah melambangkan seakan sebuah hotel bertaraf lima bintang.

Aku menunggu di bilik khas yang disedikan sementara menunggu pengarah kolej untuk hadir menemu ramahku.

“Assalamualikum Dr Khatijah binti Ismail.” Tiba-tiba aku disapa oleh seorang lelaki berpakaian kemas berkot dan usianya dalam lingkungan awal 60-an.
“Waalaikumussalam.” Kami bersalaman dan lelaki itu mempersilakan aku duduk. Bilik ini sebenarnya adalah bilik mesyuarat kerana terdapat meja panjang dan bilangan kerusi yang banyak disekeliling meja.
“Saya Tan Sri Dr. Kamarudin bin Ahmad, pengarah kolej dan salah seorang ahli lembaga syarikat…selamat datang ke Kolej Cermai Damansara.” Lelaki ini memperkenalkan dirinya. Aku terperanjat kerana beliau adalah seorang yang berstatus Tan Sri tetapi mempunyai gaya bahasa yang sangat sopan dan merendah diri.
“Maafkan saya Tan Sri…terima kasih kerana menjemput saya hari ini.” Aku membalas ucapannya.
It’s okey…saya kawan baik ayah Iskandar. Kawan baik semenjak dari Royal Malay College. Tapi, sayangnya dia pergi dulu dari saya…college ini sebahagian dari hasil ideanya.” Beliau menambah. Aku hanya mengangguk mendengarkan penerangannya.
“Okey…straight to the point…kolej kami memang tengah mencari pensyarah-pensyarah dari apa jua lapangan bidang untuk menyertai kami sebagai tenaga pengajar…selalunya kami akan ambil pensyarah yang telah menamatkan pelajaran di peringkat Master dan PhD.” Beliau sekali lagi menambah. Aku hanya terdiam mendengarnya.
“Dr Khatijah baru habis pengajian di peringkat PhD di Japan kan?. Boleh saya tengok resume dan CV?.” Beliau meminta. Aku lantas menghulurkan resume dan CV yang telah pun aku keluarkan dari dalam beg galasku. Beliau membelek dan membaca satu persatu resume dan CVku. Aku hanya memandangnya dan sesekali menjeling pandang pada buku nota disebelahnya yang tertulis perkataan ‘URGENT’.
“Okey…saya dah baca…boleh doktor beri penerangan tentang resume dan CV ini secara terperinci?.” Beliau mengarahkan aku untuk memberikan penerangan.
“Saya memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dari UTM, seterusnya saya menyambung  pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Mekanikal Bioproses di UKM dan akhirnya saya berjaya menghabiskan pengajian di peringkat PhD di Meiji Universiti dalam bidang Mekanikal bahan khusus dalam bidang pengurusan kualiti menggunakan teknik Taguchi.” Aku memberikan penerangan satu-persatu.
“Bagaimana dengan pengalaman dalam bidang kerja?.” Beliau menyoal kembali.
“Selepas tamat pengajian diperingkat Ijazah Pertama, saya bekerja di kilang SONY dan setahun selepas itu, saya memohon pekerjaan di dalam kerajaan dan saya berjaya menjadi pegawai penyelaras sistem baik pulih kerajaan di Kementerian Dalam Negeri. Saya berkhidmat di sana selama enam tahun dan selepas itu berhenti dan meneruskan pengajian saya ke peringkat PhD.” Aku sekali lagi menambah. Dalam hati ini risau dan takut juga kalau-kalau beliau tahu akan kesku sebelum ini. Tapi, jika beliau tahu, aku bersedia menerima apa jua kemungkinan.
So memang tiada pengalaman mengajar la?.” Beliau sekali lagi menambah.
“Tiada.” Ringkas jawapanku sambil menggelengkan kepala.
“Okey macam ni…saya terima awak bekerja di sini tetapi harus melalui proses training untuk mencari feel dan mood mengajar. Untuk mengajar ni, skill kena ada. Kadang-kadang ada sesetengah pensyarah syok sendiri bila mengajar, ilmu tak sampai pada pelajar. Sebab itu, di kolej kami ni, semua pensyarah yang diterima masuk harus melalui proses in-house training yang mana, sessi training akan diajar oleh pensyarah-pensyarah senior di kolej ini.” Beliau menambah sambil memberikan pendapatnya. Aku mengangguk tanda bersetuju.
“Awak boleh mula kerja esok…tapi minggu ni mungkin buat dulu proses admin seperti mengisi borang SOCSO, KWSP, penyata gaji dan sebagainya. Kami akan keluarkan surat tawaran pada esok hari. Selamat bertugas, kita jumpa lagi esok.” Beliau bingkas bangun dan bersalaman denganku seraya meninggalkan bilik mesyuarat ini. Aku tersenyum gembira. Akhirnya aku berjaya mendapat pekerjaan, terima kasih Iskandar!


****

Sudah seminggu aku berkerja di Kolej Cermai Damansara ini. Ketika ini aku masih lagi dalam minggu latihan sebelum benar-benar dibenarkan mengajar. Aku ditempatkan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Di sini, aku juga berkenalan dengan pensyarah-pensyarah lain dan kami sering bertukar-tukar pendapat mengenai pelajar dan kajian kami yang berkaitan. Buat masa ini, aku ke kolej menggunakan khidmat teksi kerana sememangnya aku tidak mempunyai kenderaan sendiri. Dimasa aku bekerja dahulu pun, aku hanya menggunakan motorsikal dan sebuah kereta kancil 660cc. Aku bersyukur atas apa juga pemberian Allah pada diriku dari dulu sehinggalah ke saat ini.

Iskandar sudah seminggu tidak menghubungiku. Aku ada juga cuba menghubunginya dan menghantar pesanan whatsapp, tetapi tidak berangkat dan berjawab. Adakah dia merajuk dengan diriku?. Dikala ini, entah mengapa wajah Iskandar sering bermain difikiranku. Ah!, adakah aku sudah bersedia untuk menjadi isterinya?. Itu belum lagi terlintas difikiranku. Masih panjang rasanya perjalanan hidup ini.

New whatsapp message

Assalamualaikum Kathy…apa khabar? – Haikal

Waalaikumussalam…my old friend, lama tak updated khabar?.

Oh, saya okey je…awak macam mana?

Saya, Alhamdulillah…baru seminggu masuk kerja…saya mengajar di kolej di Damansara…oh ye, mana awak dapat nombor phone saya ni?.

Congrats for your new work!. Saya dapat dari kak Zeta…marah ke?

Eh…takdelah, takkan saya nak marah…its okey, at least saya dapat updated awak… J

Anyway Kathy…next month saya akan ke KL, ada conference di Istana Hotel…bolehla jumpa awak nanti…

Oh, ye ke…boleh je, takde masalah…nanti inform saya bila awak dah ada di sini ya?.
All right…thanks Kathy… J

Terkejut juga aku dengan pesanan whatsapp dari Haikal. Dia masih sudi mencari dan bertanya khabar tentang diriku. Haikal juga merupakan seorang pensyarah di Singapore. Jadi, tidak mustahil jika dia sering menghadiri conference yang dianjurkan oleh institusi-institusi pendidikan dimana-mana.


****

“Shu…kau ada dapat apa-apa story dari Iskandar?.” Aku menyoal Shuhada yang sedang tersandar di kerusi urut ‘magoya’.
“Takde…kenapa tanya?. Dia tak telefon kau ke?.” Shuhada menjawab ringkas.
“Takde telefon la ni sebab tu aku tanya kau…aku call dia tak angkat, whatsapp tak balas…risau pulak aku…” Berkerut juga dahiku sambil mundar-mandir memegang telefon.
“Eh…pelik aku…haritu kata takde apa-apa…la ni kenapa risau pulak?.” Shuhada mendugaku.
“La…kan kitaorang teman tapi mesra?...hehe…” Aku tak tahu bagaimana mahu mengelak.
“Ok ye…kelmarin dia ada updated kat whatsapp group sekolah kitaorang…dia upload gambar dia dengan salah seorang kawan kitaorang, Mira…dia tu lawyer jugak…” Shuhada menambah sambil bingkas bangun mendapatkan telefon bimbitnya. Dia seraya menunjukkan gambar yang di upload oleh Iskandar bersama seorang wanita.
“Dia ni kawan sekolah kitaorang…baru habis Master kat Australia…baru balik, lepas tu jumpa Iskandar kot?...aku pun tak sure.” Shuhada sekali lagi menambah. Berdebar juga hati ini mendengarnya. Adakah Iskandar sudah tidak menghiraukan aku?.
“Hai…kenapa kau ni?...resah je aku tengok…kata teman tapi mesra, tapi gaya macam kekasih…cemburu ke?.” Shuhada mendugaku sambil tersenyum. Aku tidak membalas senyumannya malahan muka aku seakan berpeluh meskipun duduk di hadapan kipas.
“Takdelah…dah seminggu aku contact dia…nak cakap thanks sebab beri aku peluang bekerja kat kolej ni.” Aku mengalih jawapan.
“Okey…kalau macam tu, biar aku try call dia…tengok dia respond ke tidak?.” Shuhada berkata seraya menekan kekunci telefon bimbitnya. Aku hanya memerhatikannya dengan penuh kerisauan.

“Hello Is…kau kat mana?. Tengah makan dengan Mira ke?.” Shuhada memulakan bicara setelah Iskandar mengangkat taliannya. Shuhada kemudian membesarkan suara di kekunci pembesar suara di telefon bimbitnya. Jadi, aku turut sama boleh mendengar perbualan mereka.
“Yup…malam ni aku date dengan Mira…kenapa tanya?.” Iskandar menjawab ringkas. Dari suaranya kedengaran sedang bersama seseorang.
“Saja je…kirim salam Mira okey…” Shuhada membalas. Dan, selepas itu kedengaran Iskandar bercakap dengan kawan yang dimaksudkan Shuhada. Kedengaran juga Mira membalas lembut. Aku terkedu seketika.
“Kau dah makan ke?.” Iskandar menyoal kembali.
“Baru tadi…wah, bestla korang…lepas ni aku dapat makan nasi minyakla kan?.” Shuhada mengusik Iskandar.
“In Sha Allah…doakan kami…” Balas Iskandar. Dan jawapan itu saja sudah meruntun dan merobek hati kecilku ini.
“Ni aku nak tanya…kenapa kau tak jawab call dari Kathy…whatsapp dia pun kau tak reply?.” Shuhada bertanya.
“Kau tanyalah dengan dia…aku no comment…eh, okeylah…kau ganggu date akulah…bye…” Iskandar membalas seraya meletakkan telefonnya. Aku lantas berjalan ke bilik, tak sanggup rasanya untuk aku berhadapan dengan Shuhada dalam keadaan aku yang sedang ‘suam-suam kuku’ nak menangis ni.
“Kathy…awalnya masuk bilik…takkan sedih kot Iskandar nak kahwin?.” Shuhada terjerit padaku. Aku biarkan saja dan…
Bamm
Pintu bilikku tutup dengan sekuatnya. Hendak saja aku menjerit pada waktu dan ketika ini. Mengapa semua lelaki sama, suka mempermainkan hati dan perasaan wanita?. Iskandar, kau mainkan perasaan aku setelah kau cuba mencuri hatiku.

Di bilik, aku sekali lagi menangis semahu-mahunya. Kali terakhir aku menangis adalah sewaktu hari konvokesyenku kerana terkenangkan arwah anakku, dan kini, airmata ini sekali lagi mengalir. Kali ini ia mengalir disebabkan perasaan cinta, sayang dan kasih yang tiba-tiba dapat aku rasakan hadir dalam hatiku. Iskandar, aku amat menyayangimu!. Sesungguhnya, kaulah sumber cahaya dan kekuatanku ketika ini. Mengapa sukar untuk aku berterus-terang padanya?. Ya, aku cemburu dan sangat cemburu apabila mendengar Iskandar bersama wanita itu!.


****

Kini sudah sebulan aku bekerja sebagai seorang pensyarah di Kolej Cermai Damansara. Aku selesa dengan keadaan kolej yang tenang dan aman damai. Pelajar-pelajarku juga terdiri dari kalangan anak-anak orang berada. Maklum sajalah, kolej ini merupakan kolej swasta yang agak gah di mata masyarakat terutamanya dikalangan orang-orang berada. Aku tidak pernah fikir dan kisah akan semua itu, apa yang penting, aku dapat menyampaikan ilmu sebaik mungkin.

Aku masih lagi menumpang di rumah Shuhada kerana masih belum bersedia untuk tinggal seorang diri. Aku juga telah berjaya membuat pinjaman pembelian sebuah kereta yang agak ringkas untuk kemudahan aku ke kolej. Tiada apa yang akan ku kejar buat masa sekarang, hati ini hanya mahu membuka lembaran buku kehidupan yang baru dengan nafas yang baru. Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar sentiasa memberkati perjalanan hidupku ini.

“Haikal…lama ke awak kat sini?.” Aku memulakan bicara. Ketika ini Haikal sedang berada di Kuala Lumpur.
“Tak lama…conference 4 hari, saya stay seminggu…rasanya nak jalan-jalan around KL…awak boleh bawak saya Dr Khatijah?.” Haikal menjawab sambil tersenyum.
“Takde masalah tapi sabtu dan ahad je la…sebab weekdays saya mengajar…flight balik Singapore bila?.” Aku kembali menyoalnya.
Flight saya isnin depan tapi terus ke Indonesia, ada meeting di sana…” Haikal membalas sambil menghirup coffe lattenya.
“Okey…kalau macam tu, sabtu dan ahad kita boleh jalan-jalan la…nanti saya jemput awak di sini…” Aku memberikan pendapat sambil memandangnya.
“Boleh juga tu…saya habis hari khamis…so, hari sabtu awak bawak saya jalan…tapi, nanti boyfriend tak marah ke?.” Haikal tersenyum. Soalan itu mendugaku untuk memberikan jawapan dengan ikhlas.
“Manalah saya ada boyfriendstudent ramai la…mengarutla…” Aku memberikan jawapan. Tapi sememangnya aku takde pakwe. Cinta Iskandar padaku sudah beralih arah.
“Ye ke…boleh percaya ke ni?...tak kan orang comel macam awak takde boyfriend…” Iskandar memandangku dengan jelingan sinis. Aku tergamam, segan pun ada.
“Haikal…saya ni janda okey…siapa yang nakkan saya?...dahla, layan awak ni stress saya…” Aku cuba mengalih perhatian. Haikal hanya tersenyum. Perbualan kami terhenti disitu kerana Haikal ingin membuat persedian terakhir sebelum membentangkan kertas kajiannya manakala aku perlu menyiapkan kerja rumah untuk sessi pembelajaranku pada esok hari.


****

Malam ini suasana sangat sepi dan pilu. Aku tiba-tiba teringatkan Iskandar yang memang sudah melupakan diriku. Sudah sebulan dia langsung tidak menghubungiku. Aku cuba juga memberinya pesanan whatsapp bertanya khabar dan ada kalanya aku mengajaknya keluar makan bersama, tapi tidak pernah dijawabnya. Selama sebulan ini, aku agak sibuk di makmal dan disebabkan itu, aku terlupa akan Iskandar. Tetapi, mala mini aku akan cuba juga untuk menghubunginya. Aku akan terus juga mendail sehingga Iskandar marah!

Aku telah cuba mendail nombornya sehingga 40 kali percubaan. Iskandar tetap berdegil tidak mahu mengangkat telefonnya. Kali ini aku cuba pula menggunakan telefon bimbit Shuhada.

“Hello Shu…ada apa?.” Iskandar menjawab.
“Hai…assalamualaikum Is…saya ni…Kathy…” Aku menajwab lembut. Iskandar terdiam membisu.
“Tak baik tak jawab salam saya…” Aku menambah. Shuhada tersenyum dari jauh.
“Waalaikummussalam…ada apa call malam-malam ni?.” Kedengaran tegas suaranya.
“Is…I miss youplease…” Terkeluar juga kata-kata itu. Aku perlu menjelaskan padanya akan perasaan aku diketika ini.
“Kenapa awak buat saya macam ni Is?...dulu awak kata awak sayang saya?.” Aku sekali lagi menambah kerana Iskandar tidak berkata-kata.
“Awak tolak cinta saya…” Iskandar menjawab lembut. Aku turut terdiam.
“Is…please, saya nakkan kepastian…awak betul-betul dah ada wanita lain ke?.” Aku cuba menduganya.
“Kathy…pleasenot now…” Iskandar menjawab kembali.
I need to know…sebab awak dah tawan hati saya!.” Aku terpaku dengan kenyataanku sendiri. Akhirnya aku berjaya menyatakannya.
“Kenapa dulu awak mainkan hati dan perasaan saya?...awak acuh tak acuh dengan saya…Kathy, saya ada hati dan perasaan…” Iskandar mengeluarkan kata-katanya yang penuh dengan emosi kemarahan.
“Is…kita kena jumpa untuk berterus-terang atas semua perkara ni…Is, awak dah buat saya gila tau…saya jadi tak tentu arah sebab asyik teringatkan awak…please…” Aku merayu padanya.
“Kathy…saya nak awak tahu…saya dah….” Iskandar terdiam.
“Dah apa Is?...dah ada Mira?.” Aku menduganya. Saat ini jantungku sedang berdegup kencang menunggu jawapan darinya.
“Bukan itu maksud saya…” Iskandar membuntu.
“Habis apa Is?...can we meet tonight?.” Aku melihat jam di tangan. Sekarang baru jam 9:00 malam, sempat lagi rasanya jika aku berjumpa dengannya.
“Okey…awak tunggu, saya datang rumah Shu…kita keluar kejap…” Iskandar memberikan pendapatnya.
“Okey…saya tunggu…thanks Is…” aku membalas lembut. Iskandar mematikan telefonnya. Aku menjadi semakin berdebar. Berdebar dengan kenyataan yang bakal aku terima dan hadapi sebentar lagi. Tapi, aku cuba pujuk hati kecilku agar bersedia dalam apa jua keadaan. Jika Iskandar memang sudah ditakdirkan oleh Allah adalah jodohku, ia takkan kemana-mana. Sebaliknya, jika dia bukan jodohku, aku bersedia menerimanya dengan redha dan tabah walaupun hati ini sudah mula jatuh cinta pada dirinya.

“Kathy…kenapa kau rahsiakan semua ni dari aku?.” Shuhada menyoalku. Mukanya menampakkan yang dia sedang berperasaan tidak berpuas hati denganku.
Sorry my friend…aku nak setllekan dulu hal aku dengan Iskandar…lepas habis kitaorang jumpa, malam ni jugak aku akan beritahu semuanya pada kau.” Aku menjawab lembut. Risau juga jika Shuhada terasa hati denganku. Dia hanya merenungku dengan renungan tajam, tidak menjawab sepatah pun selepas kenyataan aku tadi. Aku menggenggam jarinya tanda mohon maaf.


****

Iskandar membawaku ke restoren mamak 24jam di sekitar kawasan perumahan Shuhada. Kali ini aku dapat melihat wajahnya yang pucat seperti orang sedang dilanda masalah besar.

“Is…kenapa ni…awak nampak pucat…” Aku memulakan bicara.
“Takde apa…banyak kerja di office…” Iskandar menjawab ringkas. Matanya tidak memandangku sebaliknya sibuk memandang skrin layar televisyen yang dipasang oleh restoren ini.
“Is…I am sorry….boleh awak maafkan saya?.” Aku cuba menyentuh tangannya yang sedang diletakkan di atas meja. Iskandar terus memandangku lalu tersenyum. Aku membalas senyumannya itu.
“Kathy…saya yang nak minta maaf pada awak…” Iskandar membalas senyumanku. Senyuman yang sudah sebulan tidakku lihat. Oh! Aku memang merindui senyuman itu.
“Is…saya yang perlu minta maaf sebab saya dah lukakan hati awak…saya tak sepatutnya selfish…saya mengaku, memang saya sayangkan awak…I love you so much sayang.” Aku merayu padanya. Ingin saja aku menangis diwaktu dan ketika ini tapi malu juga di restoren yang terbuka seperti ini. Iskandar memandangku dan dia lantas menyentuh bahuku.
“Sayang…saya yang perlu minta maaf sebab ego!. Dah sebulan saya tak tentu arah tujuan…buat apa semua tak kena…ibu jadi risau dengan saya…ibu ingat saya meroyan teringatkan arwah isteri…” Iskandar berkata sambil tersenyum.
“Mira?.” Aku menyoalnya.
She’s only my old friend…dia pun lawyer…saya bantu dia mana yang patut…saja nak bagi sayang jelous…” Iskandar tersenyum lagi dan kali ini dia menyentuh lembut jari-jemariku. Aku tergamam dan terdiam.
“Sangat jelous tau…tak baik tau…” Aku membalas manja.
“Habis tu…sayang asyik jual mahal je…saya nak tunggu lagi sebulan, kalau sayang masih takde usaha nak pujuk saya…ingat nak suruh ibu lamar je Mira tu…” Iskandar mengusikku. Aku tersenyum dengan usikannya itu.
“Huh…lepas tu awak boleh tengok saya jadi sasau kat hospital gila…sasau sebab orang yang dia sayang dah kahwin dengan orang lain…” Aku pula mengusiknya. Iskandar tersenyum mendengar usikanku.
“Sayang…I love you…” Iskandar berkata sambil membuat isyarat love.
I love you tooso much…” Aku membalas sambil berbisik. Kami sama-sama tergelak besar.
“Okey…kalau macam tu…dah ready nak jumpa ibu?.” Iskandar menyoalku. Aku tiba-tiba panik dengan soalannya.
“Eh…kan saya dah pernah jumpa ibu?.” Aku cuba mengalihkan jawapan.
“Itu dulu…kena jumpa ibu sebab nak minta restu dia…nak kahwin takde masalah sebab saya duda, sayang janda…hehe…” Iskandar membalas lembut.
“Ibu tahu tak hubungan kita?.” Aku menyoalnya kembali.
“Tak…saya tak pernah beritahu…saja nak buat surprise…tapi, ibu pernah bagi suggestion kahwin dengan sayang…” Iskandar membalas.
Really?. Memang pun, dulu masa kenduri arwah Zara, ibu ada cakap pada saya…terimalah Iskandar yang handsome ni…hehe…” Aku mencuit pinggangnya sambil tersenyum. Iskandar mengerang kesakitan. Kami tergelak bersama.
“Tapi…saya takut nak maklumkan pada Shu…” Tiba-tiba aku teringatkan Shuhada.
“Takpe…biar saya settlekan…nanti sampai rumah, saya beritahu dia.” Iskandar menjawab ringkas. Aku mengangguk tanda setuju.
“Is…saya nak panggil awak abang boleh?.” Aku menduganya.
“Mana boleh…kena panggil sayang la..” Iskandar mengusikku.
“Mengadalah…” Aku membuat memek muka merajuk.
“Ala, merajuklah tu…memang abang nak sayang panggil abang…abang…sejuk dengar…” Iskandar memegang dadanya seperti sedang dalam kesejukkan.
“Yela…abang…abang tak nak balik ke?. Esok nak kerja…” Aku menyakatnya sambil mencekak pinggang menyebut panggilan abang. Iskandar tersenyum memandangku.
“Ala, office tu abang punya…suka hatilah nak datang awal ke…lambat ke…tapi sayang tak boleh sebab sayang kerja under orang…kena ikut masa.” Iskandar sekali lagi mengusikku. Aku hanya tersenyum dengan usikannya seraya menarik lengannya untuk bingkas bangun menghantarku pulang.

“Sayang…minggu ni abang bawak jumpa ibu eh?.” Iskandar berkata lembut sambil tersenyum memandangku. Kami masih dalam perjalanan untuk menghantarku pulang ke rumah.
“Minggu ni tak boleh…saya kena bawa kawan saya jalan-jalan di KL, dia kawan semakmal saya semasa di Japan.” Aku menolak lembut.
“Siapa?...lelaki ke perempuan?.” Iskandar menyoalku.
“Lelaki…nama dia Ammal Haikal…orang Singapore…datang Malaysia sebab ada conference kat Istana Hotel.” Aku menjawab penuh walaupun tidak disoal Iskandar.
“Nanti sayang jalan berdua je dengan dia?...abang jelous la…” Iskandar menyentuh tanganku. Aku terdiam dan seakan terpesona dengan kemesraan Iskandar.
“Takpe…saya kan akan jadi milik abang…saya kena tolong dia sebab dia banyak tolong saya masa kat Japan dulu…” Aku menjawab manja.
“Taknak abang teman ke?.” Iskandar memberikan idea. Oh tidak, nanti apa pula kata Haikal, mesti dia tak jadi nak jalan-jalan dengan aku.
“Takpela…abang rehat dulu…next week kita jumpa and terus bincang pasal kahwin.” Aku merayunya.
“Kalau boleh…malam ni abang nak kahwin dengan sayang…” Iskandar merenungku dengan renungan manja. Aku terpesona dengan panahan asmara Iskandar.
“Sabarlah…takkan lari gunung dikejar…abang, fokus pada driving tu…” Aku mencuitnya kerana dia asyik mengalihkan padangannya pada diriku sedangkan dia sedang memandu.
“Nanti abang rindu…sebab tu nak tengok wajah sayang lama-lama.” Iskandar bermain kata-kata. Aku hanya tersenyum dengan kata-kata manjanya itu.

“Shu…aku bak beritahu kau sesuatu…” Iskandar memulakan bicara setelah Shuhada menyuruhnya duduk di kerusi ruang tamu rumahnya.
“Ada apa?...nak beritahu hubungan teman tapi mesra korang ke?.” Shuhada menduga.
“Err…sebenarnya, aku dengan Kathy rancang nak nikah!.” Iskandar membuat muka terkejut. Shuhada juga terkejut lalu memandang aku dan Iskandar silih berganti.
What?...biar betul korang ni?...bila masa korang falling in love?...Kathy tak pernah cerita dengan aku pun?.” Shuhada menonjolkan biji matanya seakan terkejut yang amat dahsyat!.
“Ala…rilexla kawan…apa panic?...ini realiti, memang kami rancang nak kahwin. Kau janganlah terkejut sangat.” Iskandar menambah sambil menyentuh jari-jemariku. Aku dan Iskandar berpandangan dan kami tersenyum.
“Kathy…apa semua ni?...aku tak fahamla?...” Shuhada menggelengkan kepalanya dan tertunduk seperti memikirkan sesuatu.
“Betul apa yang Is cakap tu Shu…aku minta maaf sebab berahsia dengan kau. Sebab, selama ni aku belum bersedia dengan lamaran Is, tapi sekarang…” Aku belum sempat menghabiskan ayatku Shuhada membantah.
“Kau tipu aku Kathy…aku kawan kau, kenapa kau rahsiakan selama ni?. Kau tahu kan, aku pernah…?.” Shuhada tidak berdaya menghabiskan ayatnya. Dia terdiam seketika.
“Shu…rilexla…aku faham kau. Tapi, mungkin kita memang takde jodoh untuk bersama…Allah nak beri kau jodoh lebih baik dari aku.” Iskandar cuba menenangkan Shuhada yang tiba-tiba terdiam.
“Bila korang nak nikah?.” Shuhada tiba-tiba bersuara, lemah nadanya.
Maybe secepat yang boleh…kena bincang dengan ibu dulu.” Iskandar menjawab ringkas. Aku hanya mengangguk setuju.
Wellcongrats for both of you…aku takde apa nak cakap…” Shuhada bingkas bangun dan berlalu.
“Kau taknak balik ke Is?...maaf, ni rumah wanita…nanti tak pasal-pasal kena tangkap khalwat…sorry, bukan aku menghalau tapi esok aku nak kerja, takut bangun lewat…Kathy, nanti kunci pintu, aku nak naik tidur.” Shuhada terus berjalan ke biliknya tanpa menghiraukan kami berdua. Aku dan Iskandar berpandangan dan kami terdiam dengan sikap dan tindakan Shuhada.
“Takpela…biarlah dia…tunggu dia tenang, baru sayang cakap dengan dia…abang taknak sayang gaduh pulak dengan Shu…ingat okey…she’s still our friend…” Iskandar menasihatiku dengan penuh ketenangan.
Thanks abang…drive carefull okey.” Aku menghantar Iskandar ke kereta. Sejurus selepas Iskandar berlalu pergi, aku menutup dan mengunci pintu. Hatiku masih keliru dan curiga dengan sikap da tindakan Shuhada sebentar tadi. Hal ini perlu aku selesaikan secepat yang mungkin.


****

Sudah seminggu Shuhada tidak menegurku. Aku yang terhegeh-hegeh menegur dan kadangkala menyiapkan juadah untuk kami makan malam. Shuhada langsung tidak memperdulikan sapaanku malahan dia sering mengunci dirinya di dalam bilik. Aku perlu bersemuka dengannya demi hubungan persahabatan kami ini.

“Shu…please…aku nak bercakap dengan kau.” Aku mengetuk pintu bilik Shuhada. Tiada sebarang jawapan yang ku dengar.
“Shu…kalau kau tak suka aku duduk dan tinggal dirumah kau…aku boleh keluar. Malam ni jugak aku keluar kalau kau taknak cakap dengan aku…please Shu…” Aku merayunya dengan sepenuh hati.
Sejurus selepas itu pintu dibuka. Shuhada keluar dengan keadaan mata sembab dan muka merah kerana menangis.
“Shu…aku minta maaf sangat dengan kau…” Aku menyentuh bahunya.
“Kathy…aku dah tak sanggup nak terima kau sebagai kawan aku…aku minta maaf. Kalau kau betul-betul nak keluar dari rumah aku, kau keluarlah…tapi, kau carilah rumah dulu dan jangan ingat aku paksa kau…itu keputusan kau sendiri.” Shuhada memandangku sambil menangis. Aku merenungnya dengan pandangan simpati.
“Shu…kenapa kau tak suka hubungan aku dan Is?...apa salah aku dan apa salah Is pada kau?.” Aku menyoalnya dengan nada yang cukup lembut.
“Korang takde salah apa-apa…Cuma, aku tak sangka kau boleh belakangkan aku dalam hal ni…aku malu Kathy…malu dengan Iskandar…” Shuhada semakin teruk menangis seperti kehilangan sesuatu yang amat berharga.
“Aku tak belakangkan kau dalam hal ni. Sebab itu Iskandar nak terangkan keadaan sebenar haritu. Aku sendiri sebelum ni, tak pernah mengaku yang aku cinta atau sukakan dia…Tapi, perasaan tu tiba-tiba datang selepas Iskandar mendiamkan diri sebulan yang lalu…” Aku cuba menerangkan kepadanya. Mataku juga berkaca dan saat ini perasaanku sangat bergejolak.
“Sudahlah Kathy…aku dah malas nak bercakap dengan kau…biar masa menentukan segalanya…anggaplah aku tidak pernah kau kenali…maaf Kathy…” Shuhada kembali menutup pintu biliknya. Aku tergamam dengan perbuatannnya kerana aku berdiri betul-betul dihadapan pintu biliknya. Aku mengucap panjang!.
Dugaan apakah kali ini yang bakal aku terima. Walau apa pun dugaannya, aku tetap menerima seadanya kerana diri ini sudah lali dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Sesungguhnya dugaan dan cabaran itu sangat mematangkan aku!.


****

Hatiku dirundung sepi yang tidak menjanjikan kebahagiaan buat diriku. Aku masih memikirkan keputusan yang telah aku buat iaitu bersedia menerima Iskandar sebagai bakal suamiku dan hubungan persahabatanku bersama Shuhada. Aku tersepit dipersimpangan dilemma antara perasaan cinta dan sayang juga persahabatan. Dalam hal ini, hanya Allah tempatku bergantung dan mengadu. Aku memohon agar diberi hidayah dan kekuatan dalam memberi peluang kepada kebahagian samada dipihak aku, Iskandar dan Shuhada.

“Apa termenung tu?...okey ke rumah sewa tu?.” Iskandar menyoalku yang dari tadi melayani perasaan. Dia memasang lagu Jamal Abdillah ‘kau kekasih awal dan akhir’ di dalam keretanya. Kami ketika ini sedang dalam perjalanan ke rumah Iskandar untuk bertemu dengan ibunya.
“Mana ada termenung…berangan je…” Aku membalas lembut.
“La…berangan apa?...tak sabar nak pakai baju nikah?.” Iskandar mengusikku.
“Ish…ke situ pulak…saya just teringatkan Shu…” Aku memandangnya.
“Biarlah dia sayang…abang malas nak cakap pasal dia…kalau dia betul kawan sejati kita…dia takkan buat macam ni kat kita…” Iskandar menambah. Wajahnya tenang sambil memandu.
“Tapi…Shu banyak tolong saya masa saya tengah susah dulu…dialah satu-satunya kawan yang sudi bantu saya masa tu…dan, sampai sekarang pun dia still sudi tumpangkan rumah dia…” Aku cuba memberi penjelasan pada Iskandar.
“Itu abang tahu…apa kata kalau kita terus berdoa…semoga Allah boleh buka pintu hatinya untuk terima hubungan kita ni?.” Iskandar memberikan nasihatnya. Aku terdiam dan tersenyum dengan kata-katanya. Iskandar memang hebat bermain dengan kata-kata.

“Assalamualikum makcik…kenal saya lagi?.” Aku menghulurkan tangan sambil tersenyum. Kami bersalaman dan ibu Iskandar menjemputku masuk.
“Waalaikummussalam…mana boleh tak kenal…Kathy apa khabar?...dengar cerita, dah masuk dua bulan balik Malaysia tapi tak pernah nak datang rumah makcik?.” Ibu Iskandar mendugaku. Aku panik dengan tujahan soalan itu justeru memandang Iskandar.
“Ibu ni…dia sibuklah…lagipun Kathy takde kereta nak berjalan…baru je dapat buat pinjaman baru-baru ni…” Iskandar menjawab bagi pihak aku. Peguam memang begitu lagaknya. Petah berkata-kata.
“Ibu faham…saja nak mengusik Kathy…” Ibu Iskandar tersenyum memandangku.
“Maaf makcik…saya betul-betul rasa bersalah sebab tak datang dari awal…” Aku cuba menyokong hujahan Iskandar.
“Ala…takpela…makcik tak kisah…” Ibu Iskandar sekali lagi tersenyum. Aku turut tersenyum.
“Jom makan…lauk masih panas…nanti dah sejuk tak sedap pulak…” Ibu Iskandar menambah sambil mencuit Iskandar agar mengajakku bersama.

“Sedapnya ikan pari ni makcik…dah lama saya tak makan ikan pari asam pedas…” Aku memuji lauk masakan ibu Iskandar.
“Ini kegemaran Iskandar kalau Kathy nak tahu…” Ibu Iskandar menjawab. Iskandar tersenyum bangga.
“Aah…betul tu…ibu kena ajar Kathy macam mana nak masak macam ni…” Iskandar berkata sambil mencedokkan kuah asam pedas ke pingganku. Ibu Iskandar hanya memerhatikan kami.
“Boleh…takde masalah dengan syarat kena jadi menantu ibu…” Ibu Iskandar mendugaku. Aku hampir tersedak!. Iskandar tersenyum memandangku.
So, ibu dah restulah hubungan kami?.” Iskandar menyoal ibunya.
“Ibu takde masalah Is…terpulang pada kamu berdua…ibu sokong je…baik pada kamu, baiklah pada ibu…” Ibu Iskandar, puan Zuriah berkata lembut. Kami berpandangan dan tersenyum.
“Kalau macam tu…next weekla Is nak kahwin…boleh ibu?.” Iskandar membuat isyarat manja pada ibunya.
“Gelojohnya awak Is…malu la sikit dengan Kathy…awak nak berlaki macam ni Kathy?.” Ibu Iskandar menyoalku. Aku lantas menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
“Yelah…kami nak nikah je pun…bukan nak buat majlis grand…cukup sekadar angkat nikah.” Iskandar menambah.
“Taknak buat majlis ke?...at least buatlah kenduri kesyukuran sikit…” Ibu Iskandar memberikan pandangannya.
“Kenduri kesyukuran tu okeylah…tapi kami memang taknak buat majlis kenduri kahwin tau…just nikah and kenduri kesyukuran dan doa selamat…that’s all…” Iskandar menerangkan apa yang telah kami bincangkan sebelum bertemu ibunya.
“Ye…ibu faham…Kathy macam mana?...setuju?...macam mana kami nak jumpa family or saudara mara Kathy?.” Ibu Iskandar menyoalku kembali.
“Saya janda makcik…keputusan atas tangan saya…tidak perlu tunggu jawapan dari sesiapa…dan, family saya dah takde…saudara mara pun dah lama saya lost contact…yang ada kakak saya je, itupun dia kat New Zealand.” Aku menerangkan satu-persatu.
“Ibu…benda ni small matterla…Is dengan Kathy boleh nikah kat pejabat kadi je…” Iskandar memberi persamaannya.
“Ish kamu ni…takkanlah nak nikah kat pejabat kadi…rumah ibu ni apa?.” Ibu Iskandar membidas ayatnya tadi.
“Takelah…itu perumpamaan…so, lepas settle permohonan kami kat pejabat agama, kami dah boleh nikah…bukan nak tunggu masa berbulan-bulan pun…harini daftar pernikahan, minggu depan dah boleh nikah.” Iskandar sekali lagi menerangkan kepada ibunya. Aku hanya tertunduk diam. Tiada alasan dan pendapat waktu ini untuk aku utarakan.

Perbincangan terhenti di sini. Ibu Iskandar telah menetapkan tarikh pernikahan dan majlis kenduri kesyukuran kami. Alhamdulillah, kami akan bernikah pada bulan hadapan dan seminggu selepas itu, majlis kesyukuran pula akan diadakan. Aku berdebar saat ini kerana bakal menjadi isteri kepada Iskandar Naim bin Tan Sri Mohamed. Aku bersyukur dengan takdir yang telah Kau berikan Ya Allah!.


Debaran kian terasa kerana aku bakal menamatkan zaman jandaku!

No comments:

Post a Comment