Wednesday 3 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 5

Bab 5


Aku tiba di LCCT seawal jam 6:30 waktu Malaysia. Aku sempat menunaikan solat subuh di bilik khas yang disediakan di sini. Aku masih tercari-cari kelibat Iskandar yang berjanji ingin menjemputku tetapi tidak berjumpa.

“Assalammualakikum sayang…” Tiba-tiba suara Iskandar memeranjatkan aku yang sedang berpinar mencarinya.
“Waalaikumussalam…ish…terperanjat saya…” Aku menjawab sambil memegang dada. Aku memang benar-benar terperanjat dengan sapaan Iskandar sebentar tadi.
“Ini je beg yang you bawa?.” Iskandar membuat muka terperanjat kerana aku hanya membawa beg galas sahaja.
“Aah…saya balik tak lama, seminggu je…” Aku menjawab lesu.
“Okey, jom ke kereta saya…” Iskandar mengajakku. Kami berjalan menuju ke tempat parking kereta.
“Jenazah Zara macam mana Is?.” Aku menyoalnya sejurus kami memasuki kereta.
“Alhamdulillah, semalam MAS Kargo sampai jam 7:45 malam…saya dan van jenazah Masjid kawasan rumah saya dah tunggu…semua settle…pagi ni jam 9 kita akan kebumikan arwah…” Iskandar menerangkan satu-persatu padaku. Matanya tersenyum melihat aku dan dari riak wajahnya aku tahu, dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpaku.
Thanks Is…kalau awak tak tolong, tak tahu la saya…” Aku memegang tangannya. Iskandar melihat aku dengan pandangan penuh simpati.
Don’t worry…saya akan uruskan semua…jenazah sekarang ada di rumah saya…” Iskandar membalas lembut. Aku terdiam dan terpaku dengan bantuannya.
“Oh ya…Shu pun akan datang pagi ni…katanya jam 7 pagi nak datang…tapi tak sure la makcik tu…” Iskandar menambah. Aku hanya tersenyum.

Sepanjang perjalanan dari LCCT ke rumahnya, kami hanya terdiam. Mungkin Iskandar juga ingin menjaga hatiku yang sedang bersedih. Kami tidak bercakap sepatah kata pun.

Setibanya di rumah Iskandar, aku lihat ramai orang berkumpul masing-masing dengan berpakaian baju melayu dan kurung. Masing-masing mata tertumpu ke arahku tatkala aku turun dari kereta. Sangkaanku mungkin mereka-mereka ini adalah orang-orang masjid yang akan menguruskan urusan pengebumian jenazah arwah anakku.
“Kathy…” Shuhada menghampiriku seraya memelukku. Aku tidak mampu untuk bersuara. Shuhada menangis semahu-mahunya.
“Sudahlah Shu…Kathy baru sampai…bagi dia relax dulu…” Iskandar meleraikan aku dan Shuhada. Kami berpandangan dan airmataku mula mengalir.

“Kita akan semadikan arwah Zara sebelah kubur arwah ayah saya…” Iskandar menerangkan kepadaku. Dia seterusnya berlalu untuk berbincang bersama penduduk tamannya yang menguruskan pengebumian jenazah.

“Sabar banyak-banyak nak…ini semua ujian Allah…” Ibu Iskandar menenangkanku. Aku hanya mampu menangis dan menangis.

Tepat jam 9 pagi, arwah anakku, Zara selamat dikebumikan di perkarangan tanah kubur Taman Tun Dr Jalil. Sempat aku melihatnya buat kali terakhir. Wajahnya mulus dan tulus tersenyum seperti orang yang sedang bergembira. Sungguh tidakku menyangka Zara akan meninggalkan aku dalam waktu yang cukup singkat. Dia hanya didapati sakit selama 7 bulan dan akhirnya terus pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Kini, hanya tinggal aku sendirian tanpa ada sesiapa yang menemani.


****

“Maaf makcik nak bertanya…Kathy takde saudara mara lain ke kat sini?.” Ibu Iskandar memulakan bicara.
“Ada makcik tapi semuanya saya dah lost contact sebab mereka memang dah taknak jumpa saya dan kakak lagi.” Aku menjawab dengan jujur.
“Oh ye ke…kakak kat mana?.” Dia menambah.
“Kakak kat New Zealand…sekarang, saya memang seorang diri…” Aku cuba manjawab dengan ikhlas.
So, suami Kathy mana?...maksud makcik, bekas suami?.” Ibu Iskandar menyoalku lagi. Aku sebenarnya malu ingin menjawab pertanyaan itu. Adakah perlu untuk aku berterus terang ataupun bagaimana?. Aku buntu dengan jawapan yang bakal aku katakan.
“Makcik…jangan tanya suami Kathy ni…lelaki tak bertanggungjawab…” Shuhada menjawab bagi pihak aku. Aku memandangnya dengan pandangan sinis.
What?...kenapa pandang aku macam tu?...Khalil tu memang tak guna kan?...dah anak sendiri meninggal pun dia tak ambil kisah…ayah apa macam tu?.” Shuhada mengomel panjang.
“Betul ke Kathy?...makcik tumpang simpati…sabarla nak…ini semua dugaan Allah…setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya…redha la…” Ibu Iskandar memelukku. Dia mengusap lembut belakangku dan dalam bisikannya dia berkata padaku.
“Terimalah Iskandar…mungkin dia boleh bahagiakan Kathy…In Sha Allah…” Tergamam aku dengan bisikan ibu Iskandar. Adakah Iskandar telah memberitahu ibunya akan hasrat hatinya padaku?. Aku terdiam tidak mampu untuk menjawab.

Malam ini ibu Iskandar sekali lagi mengadakan majlis tahlil untuk arwah anakku. Besar sungguh jasanya pada diriku yang sudah tidak mempunyai keluarga ini. Aku sangat terhutang budi dengan keluarga Iskandar.


****

“Malam ni tidur rumah makcik je la Kathy…tak payah ikut si Shu tu balik…” Ibu Iskandar menasihati aku. Iskandar tersenyum dan mengenyitkan matanya apabila mendengar penjelasan ibunya itu.
“Aah…betul tu…rumah Shu tu dah la kat Subang…jauh tu…” Iskandar menambah pendapat ibunya.
“Ikut suka kau la Kathy…aku tak kisah…lagipun esok aku kerja…nanti kau boring pula…kat sini anak ibu Is…” Shuhada pula menambah perisa. Aku sebenarnya segan untuk bermalam di rumah ibu Iskandar ini kerana aku tidak biasa dengan keluarga mereka yang agak berada.

Tapi akhirnya aku akur dengan pendapat ibu Iskandar. Aku bermalam di rumah Iskandar dan berharap esok dapat kiranya aku membantu ibu Iskandar untuk mengemaskan rumahnya.

“Sayang…tak nak tidur ke?.” Iskandar menyapa aku yang dari tadi membatu di kerusi.
“Err…mata tak boleh pejam lagi…awak tidurlah dulu…sekejap lagi saya tidur…” Aku menjawab sugul.
“Kathy…kadang-kadang kan dalam hidup ni…kita kena percaya satu perkara…Allah sebenarnya sedang menguji kita, walau dalam apa bentuk keadaan sekalipun…suka, duka, kaya, miskin, bijak ataupun pandai…” Iskandar menyandarkan badannya dikerusi berhadapan denganku.
“Ye…saya tahu tu…” Aku menundukka kepalaku.
“Habis…dah tahu semua tu…tapi mengapa mesti terus bersedih…” Iskandar menambah.
“Habis…awak nak saya ketawa ke…Is, anak saya baru meninggal…please understand me…” Aku terus bingkas bangun dan berlari menuju ke bilik. Tak sanggup rasanya aku berdepan dengan Iskandar dalam keadaan begini. Aku tahu niat hatinya ingin menenangkan hatiku tetapi aku masih tidak dapat menerima kenyataan yang aku kini sudah kehilangan anakku, Zara.

Di bilik, aku menangis sepuas-puasnya. Aku melepaskan semua kesedihan ini semahu-mahunya. Tidak ada lagi upaya untuk aku meneruskan kehidupan ini. Semuanya hilang bagai ombak menghempas ke pantai. Hatiku menjadi sayu dan hiba atas dugaanMu ya Allah.


****

“Awak tak kerja hari ni Is?.” Aku menyoal Iskandar yang sedang membaca surat khabar di laman rumahnya.
“Tak…saya off seminggu…awak balik Japan bila?.” Iskandar pula menyoalku.
“Hari rabu depan…” Aku menjawab ringkas.
So, ada 5 hari lagi awak kat sini…takyah pergi rumah Shu la…duduk kat sini je, okey?.” Iskandar tersenyum dengan pendapatnya.
“Lagipun, kita ada 3 hari lagi nak buat kenduri tahlil arwah…kena buat sampai 7 hari ibu cakap…” Iskandar menambah.
“Aah…ibu ada cakap haritu…tapi hari esok Shu ajak pergi rumah dia…tapi, saya serba salah pulak, kat sini nak buat kenduri, takkan saya nak tinggalkan…” Aku membalas sambil dahiku berkerut.
“Takyah saya cakap…nanti hari rabu, saya hantar awak ke airport.” Iskandar menahanku dengan lembut. Aku hanya menganggukkan kepala tanda setuju.

Setiap hari Iskandar membawaku untuk menziarahi kubur arwah anakku. Sungguh tulus dan ikhlas hatinya membantuku. Tidak pernah sedetik pun dihatinya mengatakan yang aku ini menyusahkannya. Malahan, dia dan ibunya sanggup bersusah payah mengadakan kenduri tahlil buat arwah anakku. Sesungguhnya, aku amat terhutang budi pada keluarga Iskandar.
****

Hari ini genap seminggu pemergian arwah anakku, Zara. Lusa aku akan bertolak pulang ke Japan bagi meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang pelajar doktor falsafah. Hidup ini perlu diteruskan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran perlu aku tempuhi. Hanya berbaki setahun setengah sebelum aku menghabiskan pembelajaranku di sana. Aku akan pulang semula ke Malaysia dan berusaha untuk membina hidup baru.

“Sayang…I harap you jadi seorang yang tabah dan cekal…jangan biarkan diri kita sentiasa bersedih…kita kena ingat, kita adalah khalifah Allah…hidup perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi.” Iskandar menasihatiku ketika kami sedang duduk dibuaian diluar laman rumahnya.
Thanks Is…awak banyak tolong saya…saya banyak terhutang budi dengan awak…” Aku membalas lembut sambil ikhlas memandangnya. Iskandar tersenyum.
“Okey, kalau awak rasa terhutang budi…kenalah kahwin dengan saya…saya janji akan jaga awak sampai akhir hayat saya…” Iskandar menangkat tangannya dan tersenyum.
“Is…bukan saya taknak…tapi, biarlah lepas saya habiskan pengajian saya ni…lagipun, saya masih sedih dengan kematian Zara.” Aku menolak lembut pelawaan Iskandar. Aku berharap agar Iskandar dapat memberiku ruang untuk memikirkannya.
“Kalau macam tu…lepas grad as a doctor PhD…kita terus kahwin…it’s means year after next year la…” Iskandar menghitung jarinya. Aku hanya tersenyum dengan gelagat lucunya.
“Macam tu la…kenalah senyum sikit…” Iskandar mengusikku.
“Is…saya tak pernah terfikir yang awak boleh suka pada saya…yelah, selalunya orang berpengaruh macam awak ni, mana nak pandang orang jahat macam saya ni…” Aku menduganya.
“Awak jahat ke?...siapa cakap awak jahat?...itu bukan salah awak…” Iskandar menjawab ringkas sambil tersenyum lagi.
“Dah la…lupakan semua yang dah berlaku…past is past…kena buka buku baru…orang yang berjaya selalunya pernah gagal berkali-kali…awak kena ingat tu…” Iskandar menganggu-anggukkan kepalanya. Ayat ‘biasa’nya sebagai seorang peguam.
“Tapi, dalam kamus hidup saya…saya sering gagal dan terus gagal…saya gagal dalam semua hal baik keluarga, hidup, kerjaya, perkahwinan malahan gagal jugak dalam hal membesarkan Zara…” Aku kembali berkaca. Iskandar melihat aku yang terdiam dengan kata-kataku sebentar tadi. Dia mengelap airmataku yang mengalir dipipi.
Please sayang…saya tak nak dengar dah perkataan gagal lagi…lepas ni, saya nak jumpa bakal isteri saya dengan panggilan Dr Khatijah binti Ismail…that’s your aim now…” Iskandar kembali menasihatiku.

Tiada daya dan usaha untuk aku melawan takdir dari yang Maha Esa. Yang nyatanya kini, aku perlu terus mengorak langkah meneruskan kehidupan selagi nyawa dikandung badan. Segala penderitaan yang pernah aku alami akanku jadikan tauladan buat peneman masa depan. Semoga Allah sudi memberikan sinar harapan yang baru dalam hidup ini. Semua yang berlaku ada himahnya, bak kata Iskandar sendiri, orang yang berjaya, pernah gagal berkali-kali dalam kehidupannya. Aku kena kuat!


****

Hari ini aku kembali ke makmal setelah hampir dua minggu aku tidak menjengahnya. Buku-buku yang bersepah di atas mejaku, telahpun aku kemas. Aku menukar susun atur mejaku agar kelihatan baru dari sebelum ini.

“Hai Kathy…” Haikal menyapaku yang dari tadi terbongkok-bongkok menyapu.
“Eh…hai…” Aku membalas lembut.
“Bila awak sampai?.” Haikal menyoalku.
“Pagi semalam…oh ye, Haikal…awak ada cadangan kat mana saya boleh menyewa bilik?...saya ingat nak pindah…” Aku meminta pendapat Haikal. Secara jujurnya, aku ingin berpindah dari rumah yang aku sewa sekarang kerana apabila berada di dalam rumah, aku asyik terbanyangkan Zara.
“Kenapa nak pindah?...” Haikal bertanya lanjut.
“Err…saya rasa macam Zara masih ada depan mata saya bila dalam rumah tu…saya tak boleh la…” Aku menjawab pantas.
“Oh, ye ke…sabar Kathy…okey, nanti petang saya try tanyakan kawan saya…awak nak area rumah saya ke?.” Haikal cuba untuk membantuku.
“Tak kisahla…asalkan harga sewa okey…maybe not more than 50,000yen sebulan?.” Aku memberikan pendapatku.
“Ehmm…kalau area rumah saya, tak dapat harga tu…tapi, nanti saya usahakan…will updated you soon…” Haikal berkata lantas memohon untuk ke makmal sebelah. Perbualan kami berakhir disitu. Aku mengagumi Haikal yang terus ingin berkawan denganku walaupun aku pernah menolak hasrat cintanya padaku.


****

Di rumah, aku tidak boleh melelapkan mata. Bayangan Zara seperti ada di sebelah pembaringanku. Aku dapat merasakan pergerakkannya mundar-mandir dimeja tulisnya, asyik dan leka menyiapkan kerja sekolahnya. Sesekali dia menghampiriku dan memohonku untuk membancuhkannya air. Hilai tawanya seakan aku dengari, bagaimana dia sedang bermain bersama-sama rakan-rakannya di ruang tamu rumah kami. Sememangnya semua kenangan bersamanya tidak akan dapat aku lupakan sehingga ke akhir hayatku.

Kring kring

“Hello…Kathy…dimana you kebumikan mayat Zara?.” Kedengaran suara bengis Khalil di talian viber pada saat ini.
“Di tanah perkuburan Taman Tun Dr Jalil.” Aku menjawab ringkas. Sebenarnya, kalau boleh aku tidak mahu bercakap dengannya lagi.
“Batu nisan ada nama dia ke?.” Khalil menyoalku kembali.
“Ada…” Aku menjawab sambil mengeluh sendirian. Inikah yang dinamakan seorang ayah?. Langsung tidak mengendahkan kematian anaknya.
“Okeyla…next time kalau ada masa I pergi melawat…ni, you dah ada boyfriend ke?...habis siapa yang uruskan arwah haritu?, boleh pulak tanam kat kawasan orang kaya.” Khalil seolah mendugaku.
“Awak jangan tanya la hal tu…apa awak peduli?...nasib baik ada hamba Allah yang nak bantu, kalau harapkan awak…tak tahula apa nak jadi pada arwah…” Aku menjawab sinis.
“Hei…Zara mati sebab kau tau…terlalu egois…I suruh hantar balik Malaysia, degil…nak jugak jaga di Japan…sekarang tengok apa dah jadi?...sebab itu I tak nak bertanggungjawab…” Khalil meninggikan suaranya. Aku tertekan dengan kata-kata Khalil.
“Sudahla…kalau awak telefon semata-mata nak gaduh dengan saya, baik takyah telefon…saya runsingla…” Aku meletakkan talian viberku. Tak sanggup rasanya untuk aku terus bercakap dengan orang yang tidak pernah nak menghormati orang lain.

****

Kak Zeta membantuku mengemaskan semua pakaian dan peralatan Zara. Semuanya akanku sedekahkan kepada kawan-kawan yang mempunyai anak seusianya di sini. Di samping itu juga, aku turut mengemas semula semua pakaian dan barang-barang keperluanku kerana aku akan berpindah ke rumah sewa yang baru pada minggu hadapan.

“Jauhlah rumah Kathy tu dari sini…susahla kita nak jumpa…” Kak Zeta memulakan bicaranya.
“Ala akak ni…bulan Mac ni akak nak grad dah…lepas tu balik Malaysia…lagi 3 bulan je akak kat sini…takde apa la…” Aku memberikannya pendapat.
“Yela…lepas akak balik, Kathy tinggal sorang…boleh ke dik?.” Kak Zeta membuat muka seolah kesian dengan nasibku.
“In Sha Allah…ganbatte kudasai….boleh, saya boleh!.” Aku menunjukkan isyarat kuat pada kak Zeta. Dia tersenyum menampakkan giginya. Aku jua turut tersenyum.
“Macam tu la…akak dah taknak tengok Kathy sedih-sedih lagi…senyum sokmo tau…” Kak Zeta menambah.
“Yela…In Sha Allah…hidup harus diteruskan walau apa jua rintangan yang dihadapi…Khatijah boleh!.” Aku terjerit. Tiba-tiba aku terasa malu dengan tindakan tadi. Kak Zeta terus mentertawakan aksi spontanku tadi. Dan, akhirnya kami sama-sama tergelak.


****

Aku telah berpindah ke kawasan yang diberi nama Mukogakuayuen. Di sini aku hanya menyewa sebuah bilik kecil dengan harga 50,000yen sebulan. Aku tidak memikirkan keselesaan, hanya cukup sekadar untuk tidur, masak dan mengulangkaji pelajaran kerana banyak masaku habiskan di makmal. Kalau dulu, aku memilih untuk menyewa rumah yang agak selesa kerana aku mahu Zara hidup dalam keadaan yang sempurna. Tetapi kini tidak, rumah hanya sekadar tempat aku meletakkan diri untuk berehat setelah penat seharian di makmal.

Aku perlu lebih kuat untuk mengharungi cabaran getir bergelar pelajar PhD tahun akhir. Masaku banyak dihabiskan dengan kerja-kerja kajian di makmal. Aku juga sudah tidak melakukan kerja-kerja sambilan sebagai pemandu pelancong. Harianku tertumpu kepada penghasilan kajian secara menyeluruh ke atas bidang yang sedang aku dalami ini.
Namun, dalam kesibukkanku, kadang kala masih juga terbayang dan teringat memori-memori silam ketika aku bersama dengan Zara. Sesungguhnya, amat sukar untuk aku melupakan segala kenangan bersamanya. Dari saat aku melahirkannya ke dunia ini sehingga dia di semadikan di dalam liang lahat, tidak tergambar dengan kata-kata akan perasaanku. Segala-galanya pantas berlaku dan kini aku kembali keseorangan tanpa teman disisi sepertimana Zara menemani aku sewaktu hayatnya.

“Hai…jauh termenung…ingatkan siapa tu?.” Haikal tiba-tiba menyapaku.
“Eh…bila masuk sini?.” Aku buat-buat terkejut.
“La…dia yang suruh orang datang sini…dari tadi lagi saya dah ada…tapi tadi saya tengok projek Naoki…” Haikal membuat muka tak puas hati. Aku sebenarnya yang menyuruhnya datang ke makmal aku kerana ingin menanyakannya mengenai status kertas kajian yang akan aku bentangkan pada minggu depan.
“Ye la…tau la orang tu dah settle semua…tinggal nak konvo je…” Aku menukar tajuk.
“Alhamdulillah…awak tu pun In Sha Allah…kena kuatkan semangat…nanti saya dah balik Singapore, siapa nak tolong-tolong tengok research awak tu…” Haikal memuncungkan bibirnya.
“Ye la sifu…ni, Haikal saya nak tanya macam mana status paper saya?...ada feedback tak?...sebab saya dah nak hantar lusa ke British Journal tu sebab malam tadi saya dapat email dari diaorang.” Aku menjawab panjang. Risau juga jika kertas kajianku belum habis disemak oleh Haikal.
“Ni hah…dah siap…sila betulkan mana yang saya dah tanda.” Haikal mengeluarkan file dari beg galasnya. Haikal memang sangat baik kerana dialah yang selalu menyemak kertas kajianku sebelum dihantar ke meja supervisorku.
Thanks Haikal…awak memang kawan baik saya dunia dan akhirat.” Aku memujinya. Haikal tampak malu dan segan dengan kata-kata pujianku.
Thanks je?...takde nak belanja makan ke…minum ke…” Haikal membulatkan matanya. Aku tersenyum dengan gurauannya.
“Boleh…apa salahnya….weekend ni kita makan kat Roponggi nak?.” Aku memberikan pendapat. Haikal mengangguk tanda setuju.

Aku kadang kala kasihan melihat Haikal yang tungkus lumus membantu kerja-kerja makmalku. Dialah yang banyak memperbetulkan kesalahanku dan mengajarku erti pengorbanan seorang pelajar PhD. Tetapi, aku tidak berdaya menipu diriku apatah lagi dirinya bahawa aku hanya menganggapnya sebagai seorang kawan, tidak lebih dari itu. Sikap Haikal yang matang kadang kala membuatkan aku tidak sampai hati untuk menolak cintanya. Tetapi, Haikal faham dan tidak pernah memaksaku untuk menerima cintanya. Haikal juga sudah cukup dewasa menerima status cinta yang tidak kesampaian.

“Kathy…saya minta maaf sebab…” Tidak habis kata-kata Haikal, dia terdiam seketika.
“Minta maaf sebab apa awak?.” Aku membalasnya.
“Maaf sebab saya jatuh cinta dengan awak…saya tak sepatutnya luahkan pada awak…” Haikal tersipu dengan alasannya.
“Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak sebab terpaksa menolak cinta awak…bukan sebab saya dah ada orang lain atau apa…tapi, sebab saya dah anggap awak kawan baik saya…” Aku cuba menerangkan keadaan sebenar.
It’s okey Kathy…saya faham…cinta tak boleh nak dipaksa…ia perlu wujud dari hati yang jujur dan ikhlas…” Haikal meruntun pilu. Aku juga turut bersimpati.
“Haikal…kalau dah jodoh, ianya takkan kemana-mana…” Aku memberinya harapan kerana pada aku, kita tidak berhak menolak sebuah ikatan jika itu sudah tertulis oleh Ilahi.
“Jangan risau Kathy…saya still kawan dengan awak…saya hormati keputusan awak…” Haikal, seorang lelaki cekal yang tidak pernah patah semangat. Walaupun aku menolak cintanya, dia tidak pernah menolak untuk membantuku apabila aku memerlukan pertolongannya. Padanya, apa yang dilakukan adalah ikhlas tanpa meminta apa-apa balasan dari aku.

Aku sangat kagum dan begitu menghormati sikap dan pendirian Haikal. Sehingga kini, aku masih berkawan baik dengannya. Kami masing-masing bersikap tidak mementingkan diri sendiri, saling mengambil berat antara satu sama lain. Kini, hanya berbaki sebulan untuk Haikal membantuku di makmal. Dia akan pulang ke Singapore setelah selesai hari konvokesyennya di sini. Aku akan hanya tinggal keseorangan bertemankan sepi dan kerinduan pada kawan-kawan dan kampung halaman meskipun tiada saudara mara yang masih mempedulikan nasibku.


****

Hari ini 26 Mac, adalah hari penganugerahan ijazah kedoktoran kepada dua sahabat karibku di sini, kak Zeta dan Ammal Haikal. Aku juga turut teruja dengan hari penganugerahan ini. Sempat juga aku membeli dua set jambangan bunga khas buat dua sahabat karibku ini. Terpampar seraut wajah gembira diwajah mereka berdua. Setiap saat dan waktu pada masa ini, mereka mengukir senyuman indah tanda mereka sangat berpuas hati dengan apa yang mereka kecapi sekarang. Aku turut bergembira di atas apa jua kegembiraan mereka.

Kini gelaran doktor itu sudah muktamad menjadi milik kak Zeta dan Haikal. Mereka tidak sudah-sudah mengambil gambar bagi mengabadikan saat kegembiraan di sini.

“Kak…Haikal…congrats for both of you…sekejap je masa berlalu, dah grad pun you all…” Aku mengukir senyuman ke arah mereka berdua.
Thanks Kathy…nanti giliran awak pulak…” Haikal membalas lembut.
“Aah Kathy…next year Kathy pulak…study betul-betul tau…habiskan cepat, nanti kita jumpa kat Malaysia…” Kak Zeta pula bersuara. Kami tersenyum sesama sendiri.
“In Sha Allah…you all doakan saya…risaulah tinggal sorang-sorang…” Aku mengomel panjang. Haikal dan kak Zeta tersenyum melihat gelagatku.
“Dulu ada Zara…ada jugak teman…ni dah tinggal sorang lepas ni…ehmm, tak tahu la…” Aku merintih sedih dan pilu.
“Ala Kathy…masa sekarang ni kejap je berlalu…pejam celik je, tup-tup awak dah ada kat Malaysia…don’t worry…” Kak Zeta memegang tanganku. Kami berpelukan dan masing-masing terpana dengan perasaan yang tidak dapat dirungkaikan dengan kata-kata.


****

Kini hanya tinggal aku sendirian di sini bertemankan buku, jurnal dan peralatan-peralatan kajianku di makmal. Hatiku diulit sepi lantaran kepulangan kak Zeta dan Haikal kembali ke negara masing-masing. Aku perlu cekal meneruskan kelangsungan hidup sebagai seorang pelajar di sini. Tiada lagi gelak ketawa rakan-rakan baik dan aku bagikan sang pungguk rindukan bulan.

New whatsapp message

Sayang…kak Zeta dah pass kat I your gift…thanks!

Welcome…suka tak baju tu?

I really like it!...sangat match dengan I yang handsome ni… J
Yela tu…handsome ke?

Yela…I tak handsome sebab tu la orang tak nak kan?

Ala, merajuk…macam budak kecil je..

I really miss you…8 bulan lagi nak tunggu sayang balik sini…I dah prepared hantaran ni…

Ish…suka mengarut…jangan kuat beranganla encik Iskandar… J

Mana ada berangan…I bukan nak kahwin dengan anak sultan…I nak kahwin dengan puteri kayangan je…

Banyak la puteri kayangan awak…saya tengah buntu…next week nak ke Kobe…ada conference…

Ye ke…be strong…you can do it…I know my sayang seorang yang hebat dan gagah perkasa…betul tak?

Banyaklah gagah perkasa awak…orang tengah serabut dia buat lawak pulak…

I nak bagi you semangat…ke nak I datang sana bagi semangat?...boleh je, malam ni boleh book tiket online…takde masalah…

Ish…takde maknanya…kalau awak datang, makin serabut saya nanti…

Makin serabut ke makin suka?...hehe

Takde maknanya!...please la…jangan perasan yang saya nak kahwin dengan awak…no way!

Tak baik mungkir janji…haritu dah janji nak kahwin dengan I…sekarang cakap lain pulak…sampai hati you kan?...mempermainkan hati dan perasaan I?

Uwekk…saya tak janji, saya cakap kalau ada jodoh…jangan berharap sangat…jodoh, ajal, maut, pertemuan, perpisahan semua Allah yang tentukan…awak jugak yang cakap!

Itu memang betul tapi I dah semangat nak jadi husband, daddy dan grandfather untuk my wife, child and also our grandchild… J

Sudahla…saya nak sambung menulis my paper ni…see you next time…

Iskandar memang pandai mengambil dan mencuit hatiku. Dia juga pandai berkata-kata, maklumlah seorang peguam. Kadang-kadang aku terlena dan terleka dengan kata-katanya. Terfikir juga akan keputusan yang bakal aku letakkan diantara persimpangan ikhlas mahupun terpaksa. Adakah aku perlu menerimanya kerana budi baiknya pada diriku selama ini ataupun aku telah jatuh cinta padanya?. Ah!...tak mungkin kerana ketampanannya ataupun kesegakkannya berbicara membuatkan aku mudah jatuh cinta padanya?. Kalau dibandingkan Iskandar dan Haikal, mereka sama saja. Mereka sama kacak, berpendidikan, segak bergaya, pandai mengambil hati dan keduanya banyak membantuku waktu aku dalam kesulitan dan kesusahan. Tetapi, kenapa hatiku sulit mengatakan ‘ya’ pada Haikal?. Dengan Iskandar tidak pula aku katakan ‘ya’ tetapi dari sikap dan perbuatanku, dia dapat mengagak yang aku sukakannya. Tetapi, pada hakikatnya, aku belum membuat sebarang keputusan.

Jika aku menerima Iskandar, bagaimana dengan hati dan perasaan Haikal?. Sedangkan, Haikal adalah insan pertama menyatakan hasrat hatinya pada diriku. Dan, Iskandar, dia insan kedua selepas Haikal, mula menaruh hati padaku. Aku buntu memikirkan semua ini. Pada Haikal aku menolak dan pada Iskandar aku belum bersedia lagi mengatakan ‘ya’!. Hati dan perasaan tidak boleh dipaksa, ia akan datang sendiri. Terpulang pada kehendak dan kemahuan kita, bak kata pepatah ‘tepuk dada tanya selera’.

Ah! Kenapa aku mesti memikirkan semua ini dalam pada aku sedang bertungkus lumus menyiapkan tugasan akhirku. Aku harus benar-benar lulus dengan cemerlang di tahun akhir pengajianku ini.  Jika tidak, 20% dari nilai keseluruhan biasiswa yang ditawarkan harusku bayar. Aku mesti lulus dengan cemerlang, demi Zara, anakku dunia dan akhirat!


****
Hari ini dalam sejarah, aku berjaya menghabiskan sessi pembelajaranku di Tokyo Japan. Hari ini juga Iskandar datang bagi meraikan hari bahagiaku bergelar Dr Khatijah binti Ismail. Alhamdulillah, segala jerih lelah telah berjaya aku lalui bersama peritnya kenangan semalan yang agak sukar untuk aku melupakan.

“Tahniah Dr Khatijah binti Ismail…I really proud of you…” Iskandar menguntumkan senyuman machonya padaku. Aku turut tersenyum. Seketika, aku termangu terkenangkan arwah anakku lantas mata ini berkaca.
“La…kenapa ni…waktu gembira macam ni, janganla nangis-nangis…I tak pandai la nak pujuk…” Iskandar memandangku dengan pandangan manjanya.
“Tak…saya teringatkan arwah Zara…kalau dia ada, mesti lagi best kan?.” Aku merintih sayu. Malu rasanya menangis dalam keadaan begini.
“Sudahla…yang dah pergi, kita redhakan…doakan yang terbaik untuk arwah…please, janganlah macam ni…” Iskandar memegang kedua bahuku. Dia cuba juga memujukku. Aku hanya mampu tersenyum memandangnya.
Thanks Is sebab awak sudi datang temankan saya konvo…kalau tak, saya konvo dengan kawan-kawan semakmal je la…” Hatiku beransur reda, mungkin setelah Iskandar cuba memujukku.
“Ala…small matterI kenalah hadir hari bahagia you…sebab I sayangkan you…” Iskandar mencuit daguku. Aku tertunduk malu dengan sikap manjanya. Sememangnya Iskandar seorang yang sangat prihatin dan manja.
Thanks…” Itu saja yang mampu keluar dari mulutku, kata-kata biasa. Iskandar hanya tersenyum dan mengangguk.

Iskandar membantuku untuk mengemas semua keperluan yang perlu aku bawa pulang ke Malaysia. Sementara menunggu lagi dua hari untuk kami pulang ke Malaysia, sempat juga aku membawa Iskandar berjalan sehingga ke Odawara, Hakone dan Gunung Fuji. Kami menghabiskan masa yang tinggal dengan berjalan melihat keindahan ciptaan yang Maha Esa.

“Is…awak tahu tak…dalam wishlist Zara, dia teringin sangat nak pergi Hakone ni…dia nak naik cable car kat sini…” Aku mengukir senyuman lantaran teringatkan anakku yang manja itu. Ketika ini kami sedang menaiki cable car di kawasan sulfur gunung berapi di Hakone.
“Oh…ye ke…kenapa awak tak bawa dia?.” Iskandar menyoalku.
“Ehmm…masa tu duit tak cukup…even saya buat business jual nasi lemak pun tak cukup…so, saya tangguhkan…ingat nak bawa dia bila saya dah kumpul duit…” Aku merenung ke luar jendela cable car sambil tersenyum.
“Sudahla…takde rezeki sayang nak bawa Zara ke sini…” Iskandar meredakan hatiku. Dia menggenggam erat kedua tanganku.
“Lepas ni kita ke Gotemba sekali la…ibu kirim beg furla…kat situ murah kan?.” Iskandar mengalihkan perbualan kami.
“Aah…kan premium outlet…murah sangat…dulu ada juga saya bawa satu family dari Malaysia ke Gotemba…banyak gile diaorang shopping…” Aku berkata setelah terhenti dari lamunan.
“Ibu yang beritahu…dia whatsapp tadi…siap bagi gambar lagi, beg macam mana dia nak…hehe…” Iskandar menunjukkan gambar beg furla yang dihantar oleh ibunya.
“Kalau awak nak tahu…sepanjang 3 tahun saya kat Japan ni…saya belum pernah beli apa-apa beg berjenama…kecuali beg coach ni…itupun kawan semakmal saya yang beri hadiah…” Aku berkata padanya.
“Siapa…orang Japan ke…dia suka kat awak ke?.” Iskandar menyoalku bertubi-tubi, barangkali dia cemburu.
“Err…kawan baik saya, orang Singapore…nama dia Ammal Haikal…kenapa, jelous ke?.” Aku mengeyitkan mataku padanya. Dia terlopong tidak berkata.
“Ini yang saya nak marah…orang lain boleh belikan sayang saya beg!.” Iskandar berpeluk tubuh mahu dipujuk. Mengadalah dia ni!
“La…takkan kawan baik tak boleh nak bagi hadiah?...it’s on my birthday la…” Aku memujuknya.
“Okey, kalau macam tu…kita beli terus beg yang sayang nak…satu untuk hantaran and satu untuk birthday present…” Iskandar seolah memberikan arahan padaku.
“Ish…taknakla…saya tak cakap pun yang saya nak beli beg…saya tak kisah pakai beg apa pun…janji beg…” Aku mencebik. Iskandar tersenyum dengan gelagatku. Dan kami sama-sama tersenyum. Pada saat ini, Iskandar benar-benar membahagiakanku!


*****

Kami sama-sama sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita untuk berlepas pulang ke Malaysia. Ketika ini, hatiku sangat sayu dan pilu. Adakah aku masih mempunyai peluang untuk kembali ke sini, samada untuk bercuti mahupun apa saja tujuannya. Aku sangat berpuas hati kerana berjaya menjejakkan kaki ke bumi matahari terbit ini. Banyak juga daerah di sekitar Japan telah berjaya aku jejaki walaupun hanya dengan kerjaya part timeku sebagai pemandu pelancong. Aku sangat puas dan kagum cumanya, kejadian mimpi ngeri dimana di sinilah anakku menghembuskan nafas terakhirnya, di bumi matahari terbit ini!. Itu sudah takdirnya, kini aku bersedia menerima semua ketentuan Allah dengan hati yang redha. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. ‘Man jadda wa jadda’, sesiapa yang berusaha pasti boleh berjaya!

“Sampai Malaysia nanti, sayang nak tinggal dimana?.” Iskandar menyoalku ketika kami sudahpun berada di dalam perut pesawat Malaysia Airlines.
“Tak plan lagi…for time being nak tinggal rumah Shu kot…” Aku menjawab seakan terpaksa. Yang sebenarnya, aku belum pun menetapkan apa-apa perancangan apabila tiba di Malaysia nanti.
“Itulah…I rasa baik kita cepat-cepat kahwin…you boleh tinggal dengan I…okey?.” Iskandar membulatkan matanya seraya melihat aku memandangnya dengan sinis.
“Ke situ pulak awak ni…” Aku mencubitnya. Iskandar mengeluh manja. Aku lantas tersenyum dengan gurauannya.
“Karang I peluk kang…malu pulak…ni cubit I ni ingat tak sakit ke?...sakit tau…nanti I cakap dengan ibu…” Iskandar mengomel.
“Mengada…anak mak…duduk bawah ketiak mak…tak malu!.” Aku mengejeknya.
“Biasalah…I kan anak kesayangan ibu…” Iskandar menambah mesra. Dia meletakkan kepalanya dibahuku. Aku jadi malu dengan gelagatnya.
“Ish…orang tengokla…malula sikit…” Aku menolaknya.
“Nak manja-manja pun tak boleh…yelah…” Iskandar mengangkat semula kepalanya lantas berpeluk tubuh. Kami terdiam.

“Ala, merajuk pulak dia…dah tua la nak merajuk…lagipun saya tak pandai nak pujuk…kalau pujuk Zara bolehla, bagi ice-cream settle…” Aku memandangnya. Iskandar tidak membalas pandanganku, dia memalingkan kepalanya di luar jendela pesawat. Aku kaget dengan gelagatnya lantas ku diamkan saja. Memang aku tidak pandai memujuk rayu kerana itu bukan sikapku!. Aku diamkan saja Iskandar merajuk, nak tengok juga sampai bila dia nak merajuk?.

No comments:

Post a Comment