Monday 1 February 2016

Kerana Cinta Memaksa...Episod 3

Bab 3


You got an email.

“Hai Kathy. Sihat ke awak kat sana?. Saya baru balik dari honeymoon kat Pulau Redang. Harap awak tak rindukan saya. Okey, Bye…” – iskandar_naim@gmail.com

Gila apa dia ni. Bagi aku email macam ni. Baru balik honeymoon pun nak beritahu aku. Ish..macam physco je aku rasa. Dia ingat aku nak cemburu ke dia pergi honeymoon macam tu?. Ala, dulu pun Khalil bawa aku honeymoon kat Langkawi. Eh! Tak, aku yang bawa Khalil bercuti sebenarnya!.

New whatsapp message.

Kathy, ni I…Iskandar..

Yeah, I know..but, why you text me?..bukan ke you tengah honeymoon?

La, takkan tak boleh tanya khabar my bestie ni?...sombongnya sejak duduk Jepun ni?

Mana ada…saya tetap macam ni tapi tak bestla awak dok email, text saya tanya khabar..awak kan dah kahwin?..

Wife I sporting…dia tak kisah…J

Yelah tu…memang dia kata tak kisah tapi you kena hati-hati, jangan kecilkan hati dia…I dah rasa macam mana kecewa menjadi seorang isteri yang diabaikan suami…

Sorry for that…tak sengaja…okay la…continue next time, nak makan..bye.. J

Bye…


****

“Hai, awak ke student PhD kat sini?.” Sapa seorang lelaki secara tiba-tiba mengejutkan aku yang dari tadi asyik termenung.
“Err…yup, awak siapa?.” Aku menjawab dengan nada terkejut. Sebelum ni belum ada pulak mana-mana lelaki melayu pernah tegur aku kecuali seorang pelajar Ijazah Pertama tapi dia masih hingusan, baru tahun pertama di sini.
“Saya Haikal. Saya pun student PhD kat sini. Saya dah tahun kedua.” Ringkas saja jawapan Haikal sambil tanpa segan silu duduk di kerusi sebelah aku.
“Oh…ye ke…saya tak pernah tahu pulak ada student PhD lain kat sini…I mean dari Malaysia.” Aku cuba menjawab.
“Eh, tak…saya dari Singapore, bukan Malaysia…” Haikal menjawab sambil tersenyum. Agak bodoh juga aku sebab terus meneka yang dia berasal dari Malaysia, ingat semua orang melayu berasal dari Malaysia ke?. Aku terdiam sebab malu dengan jawapan Haikal sebentar tadi.
“Awak tinggal kat area mana?.” Haikal terus menyoal aku.
“Saya menyewa di Shibata Mansion kat Kawasakhi-Shi…” Pendek jawapan aku. Terkelu sebab Haikal beriya-iya menanyakan aku itu dan ini.
“Saya menyewa di kawasan sini je…di Golden Palace.” Aku tak tanya pun dimana dia tinggal tapi Haikal sudi memberitahu. Tapi dia tinggal di Golden Palace tu, pada aku itu tempat yang sewanya agak mahal. Aku mengagak dia ni anak orang berada dari Singapura.
“Awak dah makan ke?. Salam berkenalan dari saya.” Haikal menambah kerana pelik melihat aku yang terdiam dari tadi.
“Err…dah tadi, kat café…” Aku tergumam dan lidah terbelit pula nak bertanya hal lain.
“Ni nombor phone saya. Kalau ada apa-apa, call la saya. Sensei saya sure awak kenal…dia paling terror Taguchi method kat Japan ni.” Haikal berkata sambil menghulurkan business card nya.
“Alamak…dia ni ke yang aku pernah email dulu bertanyakan pasal university ni…malunya aku…” Tertunduk aku kerana teringatkan email yang pernah aku berikan padanya untuk bertanyakan berkenaan kajian yang bakal aku dalami di sini.
“Ala, apa nak malu…saya yang search awak dari awal awak datang, tapi baru hari ni saya jumpa…” Haikal seolah membahasakan aku.
Sorry sebab dalam alamat email awak tulis nama Ammal…” Belum sempat aku habiskan ayat, Haikal mencelah.
“Nama penuh saya Ammal Haikal…”

*****
Ammal Haikal, sedap nama tu. Handsome juga orangnya. Apa yang aku mengelamun ni, aku kan janda?. Ke situ pulak yang difikirkan. Tapi, aku tidak mungkin bercinta lagi setelah apa yang pernah terjadi dalam hidup aku. Banyak sangat kekecewaan yang aku alami. Hidup aku sekarang hanya ada Zara, satu-satunya anak aku yang amat aku sayangi.

“Apa yang mengelamun tu cik Kathy?.” Kak Zeta menyapa aku. Terkejut juga aku kerana sedang asyik terfikirkan lelaki bernama Ammal Haikal ni.
“Ish akak ni…cuba bagi salam…terkejut saya…” Ngomel aku pada kak Zeta yang suka buat aku terkejut. Tapi, kak Zeta la yang banyak bantu aku semasa mula-mula aku menjejakkan kaki di bumi Nihon ni. Dari aku keluar dari pintu ketibaan lapangan terbang Narita sehingga prosess mendapatkan Resident card, insurance dan rumah sewa semuanya atas bantuan kak Zeta. Aku banyak terhutang budi dengannya. Tapi sayangnya kak Zeta masih belum berkahwin mungkin dia terlalu memikirkan komitmennya pada karier.
“Assalamualaikum cik Kathy…” Kak Zeta seoalah memperli aku. Mukanya mencuka mungkin sebab aku macam endah tak endah dengan kehadirannya.
“Waalaikummussalam akak…dah makan?” Aku membalas ringkas.
“Saya bawa bekal ni. Pagi tadi saya masakkan Zara untuk bawa ke sekolah, masak lebih sikit.” Aku menambah sebelum sempat kak Zeta menjawab pertanyaan aku.
“Akak diet la dik…hehe…” Kak Zeta menjawab. Biar betul kak Zeta ni, sudahla dia ni sangat kurus, nanti kena penyakit anorexia pulak.
“Mengadalah akak…ni jom makan…saya masak kari ikan salmon.” Aku mempelawa kak Zeta sambil menghulurkan bekal makanan yang aku bawa dari rumah.
“Kak…akak kenal tak Ammal Haikal?.” Itu soalan aku yang terkeluar semasa kak Zeta tengah sedap menjamah makanan.
“La Kathy…sapa tak kenal Haikal tu…student dari Singapore tu kan?.” Kak Zeta menjawab dan memang tepat apa yang kak Zeta maksudkan.
“Dia tu ramai peminat...orang Jepun pun minat kat dia…haha…” Kak Zeta menambah tapi membuatkan aku musykil.
“Kenapa saya tak kenal dia kak?. Dah sebulan saya kat sini…Masa orientasi hari tu dia takde ke?.” Soalan aku semula pada kak Zeta.
“Aah…masa Kathy orientasi hari tu dia ada conference kat Nagoya.” Kak Zeta menjawab dengan ringkas.
“Eh, kenapa Kathy tanya…minat kat dia ke?.” Kak Zeta menambah. Aku terkejut dengan kenyataan kak Zeta tu. Aku minat kat Ammal Haikal?. Oh tidak, itu tidak mungkin berlaku. Aku hanya bertanya kerana teringatkan email yang pernah aku kirimkan padanya sebelum ini. Haikal membalas kiriman email aku dengan sangat sopan dan baik. Balasan emailnya memang amat membantuku untuk menyiapkan kajian aku.
“Kathy, kau ni mengelamun…kenapa?.” Kak Zeta menambah lagi kerana melihatkan aku yang terdiam dari tadi.
“Eh…takde apa la kak…semalam Haikal tu ada sapa saya…itu yang saya tanya akak…” Aku cuba berdalih. Tak mahu kak Zeta bertanya lanjut. Sebenarnya sejak kejadian yang memalukan aku sebelum ini telah membuatkan aku menjadi seorang yang tidak banyak bercakap, kurang bergaul dan berasa malu untuk bercampur dengan rakan-rakan. Mungkin kerana aku segan dan khuatir dituduh dan difitnah dengan cerita-cerita lain yang menyesakkan batinku untuk menerimanya.

Aku dan kak Zeta berkawan baik semenjak aku mula menjejakkan kaki di bumi matahari terbit ini. Tetapi, apa juga perkara yang berlaku pada aku sebelum ini, belum pernah aku ceritakan padanya. Pada aku, buat apa untuk aku ungkit kembali apa yang telah berlaku. Apa yang telah terjadi, biarlah ianya tersemadi dalam lipatan sejarah aku dan Khalil. Cuma apa yang ku ceritakan padanya hanyalah soal perceraianku dengan Khalil kerana kehadiran orang ketiga dalam hidup kami. Kak Zeta mengerti dan dia tidak pernah bertanya lanjut mengenai hal itu, mungkin kerana dia tidak mahu mengecilkan hatiku.

Cumanya sekarang, aku perlu kuat. Tumpuan aku harus pada pembelajaranku sekarang yang baru saja bermula. Dan di sini juga aku perlu memulakan hidup baru sebagai seorang pelajar Cuma yang bezanya kali ini aku seorang pelajar yang mempunyai anak.

“Akak ni kuat kan?. Belajar sambil jaga anak…kalau saya tak tahu la boleh concentrate ke tidak?.” Tegur salah seorang pelajar di university aku.
“Takdelah kuat sangat…orang nampak macam kuat tapi akak lemah jugak…penat…tidur tak cukup hari-hari…masak lagi ikut tempahan orang…” Aku menempis telahan orang yang mengatakan aku seorang yang kuat. Aku memang kuat tetapi itu demi Zara, anak aku dan Khalil walaupun Khalil hanya memberi nafkah sebanyak 500ringgit sebulan.

****

Sudah 6 bulan aku di sini, di negara yang asing dari Malaysia. Bahasa perantaranya yang berbeza, kadangkala membuatkan aku putus harapan dan semangat. Nasib baik aku diterima masuk kelas bahasa Japan, jadi sekarang tiadalah masalah sangat untuk aku bercakap dan membaca dalam bahasa Japan. Aku juga sekarang sudah membuat sikit-sikit perniagaan kecil-kecilan dengan memasak tempahan kawan-kawan di universiti. Mereka faham dengan keadaan aku yang mendapat biasiswa dengan nilai yang sedikit.

“Kak Kathy, esok saya nak makan nasi lemak okey. Oh yea…saya nak beli 10 bungkus sebab ada orang lain suruh tolong belikan…” Sapaan salah seorang rakan makmalku.
“Wah…bagusla awak adik…selalu support business akak…banyak order ni, ramai ke orang melayu nak makan nasi lemak?.” Aku cuba bertanya padanya.
“Abang Haikal yang suruh saya beli 10 bungkus…dia nak bagi kawan lab dia kot…orang Japan pun makan nasi lemak la kak…” Haikal yang nak makan?. Oh, jadi selama ni awak beli nasi lemak saya sebab Haikal kirim?. Sebab apa dia tak beli terus dari aku?. Bukannya dia tak boleh jumpa aku kat makmal ni. Makmal aku dan dia dalam satu bangunan yang sama.

****

“Sedap nasi lemak ni…” Haikal datang tiba-tiba.
“Err…thanks Haikal…” Aku terjawab dengan nada lembut. Malu kot sebab Haikal selalu beli nasi lemak aku dengan kuantiti yang banyak.
“Saya dah lama tak makan nasi lemak. Nasi lemak awak tu saya makan sampai 3 bungkus…sedap sangat…” Haikal memberikan pujian. Aku tersipu-sipu dengan pujiannya.
“Mana ada…biasa-biasa je…apa yang sedapnya…bahan tak cukup tu sebab mana nak dapat cili kering sehebat di Malaysia?.” Aku merendahkan diri.
“Serius…sedap sangat…tapi kalau dapat free lagi sedap…hehe…” Haikal tergelak. Apa?, nak percuma masak sendiri la.
Sorry, saya gurau je…” Haikal menambah. Dia serba salah mungkin kerana melihatkan aku tak senang duduk dengan ayatnya.
“Nak free kena masak sendiri la…hehe…” Aku mula mengusiknya sambil tersenyum.
“Awak senyum nampak macam pelakon Fazura tu…comel sangat…” Haikal mengusik aku pula.
“Eh, mana ada…dia yang macam saya sebab saya lagi tua dari dia…uwekk…” Aku jengkel dengan usikan Haikal.
“Ye la tu…Fazura tu yang macam awak…weekend ni tak ke mana-mana ke?.” Haikal menyoal aku.
“Ehmm…tak sure lagi…why?.” Pendek jawapan aku.
“Jom kita jalan-jalan kat Ueno, kan ada pasar kat situ…boleh beli udang, ikan fresh-fresh tau…” Haikal mengajak aku.
“Jauhnya nak beli ikan…kat sini pun ada cik abang, murah jugak…” Aku cuba berdalih. Haikal memandang aku dengan pandangan yang pelik.
“Ye la…itu saya tahu…tapi ikan kat Ueno tu fresh…” Haikal menambah seakan tidak puas hati dengan jawapan aku.
“Hari sabtu ke ahad?.” Aku bertanya sebab malas pula nak dengar tambahan jawapan dari Haikal yang boleh buat aku pening kepala.
“Macam tu la…awak ada anak kan?...bawa la dia sekali…hari sabtu nak?.” Haikal tahu aku ada anak?. Dia ni penyiasat persendirian ke?. Tak pernah pulak aku cerita kat dia pasal diri aku ni. Alamak, segannya kalau dia tahu yang aku pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah. Ya Allah, mohon dilindungi aibku ini.
“In Sha Allah…nanti jumpa kat Eki station…jam berapa?.” Aku pula menanyakannya.
“Dalam jam 8 pagi okey?...nanti lewat pasar tutup pulak…” Haikal memberikan pendapatnya.
“Okey…nanti jumpa…” Aku menjawab ringkas sambil menutup computer ribaku.

****

“Cukup ke dengan business masak-masak awak tu untuk cover daily life awak dan Zara?.” Haikal memulakan bicara pagi ini.
“Ehmm…kalau ikutkan memang tak cukup tapi saya nak buat macam mana…so far itu je yang mampu saya buat.” Aku menjawab dengan nada sedih. Sememangnya tidak cukup tetapi aku pandai berjimat.
“Saya ada kawan yang buat part time tourist guide…awak nak?.” Haikal memberi idea.
“Eh…okey jugak tu…boleh ke?.” Aku bercakap dengan nada seorang yang terkejut dan gembira.
“Ya…saya boleh kenalkan awak dengan dia…tapi kena ada upah la…betul tak Zara?.” Haikal mengujiku sambil mencuit pipi Zara.
“Apa maksud awak?...kena upah apa pulak?...kalau dah kerja tentu dapat upah…” Aku berdalih.
“Hari-hari sebelum pergi lab kena message ke…whatsapp ke…kat saya…” Sambil matanya mengerling padaku.
Kenapa pula aku nak kena buat macam tu pulak. Dia ingat dia siapa, mentang-mentangla dah tolong aku, kena ikut cakap dia pulak.
“Kenapa saya kena buat macam tu pulak?...confius la awak ni…” Aku mencebik.
“Sebab…takde apa la…saya just joke…main-main je…” Haikal tersenyum pada aku. Aku pula tersipu malu. Ingatkan apalah tadi, ingatkan Haikal ni dah jatuh cinta dengan aku, rupanya aku je yang perasan sorang-sorang.
“Lepas beli ikan dan udang ni kita lunch kat Sushiro nak?...makan sushi.” Haikal menukar topik dan kali ini dia mengajak aku dan Zara untuk makan sushi. Aku kalau ikutkan memang taknak makan di luar sebab sumber kewangan yang terhad, lebih baik aku masak saja di rumah.
“Jangan risau…saya nak belanja la…apa yang difikirkan tu?.” Haikal menundukkan sedikit mukanya untuk melihat muka aku yang dari tadi memandang ke bawah.
“Err…tak perlu la kot…awak pun dapat scholar…kita sama-sama dapat…so, tak perlulah pakai duit awak…saya ada duit…” Aku berdalih.
“Awak ni tak sporting la…bila saya nak belanja, ada je alasan awak kan…” Haikal mencebik.
Please la…” Dia menambah sambil tangannya dilekapkan ke mukanya. Nampak kesian pula bila aku tengok. Tak sampai hati rasanya nak mengecilkan hatinya.

Hari ini memang kami makan dengan sangat kenyangnya di Sushiro, salah satu restoren yang menyediakan hidangan sushi yang sangat sedap di bandaraya Tokyo ini. Haikal nampak sangat gembira. Dia melayan Zara, menyuapkannya dan itu membuatkan aku serba salah. Apa sebenarnya tujuan Haikal berbuat baik dengan aku.

****

“Haikal…boleh saya tanya awak sesuatu…?.” Aku memulakan bicara setelah masing-masing mendiamkan diri.
“Yup…tanyalah…” Haikal menjawab tetapi mukanya tidak diarahkan pada aku, tangannya sibuk menaip di laptop macbooknya.
“Saya tak pernah kenal awak…boleh saya tahu latar belakang awak?.” Terkeluar juga ayat yang sudah sekian lama aku pendamkan. Sudah dua bulan kami berkawan tetapi bukanlah sebagai pasangan yang sedang bercinta, hanya sebagai rakan semakmal. Kami banyak bertukar-tukar pendapat mengenai kajian masing-masing.

Haikal tersentap dengan soalan aku lagaknya. Dia terdiam dari menaip dan matanya memandang ke arah aku. Aku juga memandangnya tetapi kami terdiam.

“Hai…takde angin, tiba-tiba tanya kenapa ni?...” Haikal tersenyum. Dan senyuman itu membuatkan aku cair. Melting dan damn, aku suka kat dia ke?.
“Okey…habis saya menaip ni, kita dating…okey?...saya nak siapkan abstrak ni, my sensei nak saya hantar sebelum jam 2 petang ni.” Haikal menambah sambil meneruskan menaip. Eh, kenapa nak sampai dating pulak?. Aku hanya nak tanya pasal dia. Tapi Haikal memang seorang yang sangat memberi komitmen terhadap semua kerjanya. Tidak hairanlah, dia adalah antara pelajar kesayangan pensyarah-pensyarah di sini. Aku hanya mengangguk tanda setuju. Haikal tersenyum dan kembali menaip. Aku juga meneruskan kerjaku tanpa mempedulikan apa yang sedang Haikal lakukan. Handsomenya dia persis pelakon Aaron Aziz.

“Okey…apa yang awak nak tanya pasal saya?. Apa yang awak nak tahu pasal saya?...tanyalah…” Haikal tersenyum. Mungkin dia bangga sebab aku yang nak tahu sangat pasal dia.
“Umur awak berapa?.” Itu soalan aku. Sebenarnya bukan itu soalan aku. Ish aku ni…
“Umur saya 33 tahun. Saya masih single, belum berpunya dan sedang mencari pasangan untuk menjadi awek saya.” Agak sinis juga jawapan Haikal. Sampai ke situ pula jawapan dia dan itu membuatkan aku terpinga-pinga.
“Ke situ pulak awak ni…saya just nak tahu umur awak…” Aku berdalih sambil dahi berkerut.
“Awak tak nak tanya apa-apa kat saya ke?.” Aku dengan tidak berasa malu, menyuruhnya bertanya padaku. Malu juga tapi sebenarnya aku ingin bergurau.
“Tak perlu kot…sebab saya banyak tahu pasal awak…hehe.” Haikal menjawab selamber sambil tersengih macam kerang busuk.
What??...apa yang awak tahu pasal saya?...” Aku terpaku. Haikal tahu semua benda tentang aku, maksudnya dia tahu lah pasal kes rasuah aku tu.
“Aaah…maybe 80% pasal awak saya tahu…yang lagi 20% tu saya sedang searching…” Haikal menjawab sambil kepala mengangguk-angguk seperti mendugaku.
“Mana awak tahu pasal saya dan kenapa awak kena tahu pasal saya?...” Soalan aku yang agak keliru. Aku menggelengkan kepala, risau dan keliru.
“Kathy, kalau awak tak salah buat apa awak nak risau…Allah sentiasa bersama orang yang benar…In Sha Allah, saya percayakan awak…” Haikal tersenyum dan mula mendekati aku yang dari tadi memeluk tubuh.
“Itu yang saya tak suka…nama saya dah glamour dan sejarah hitam tu tak mungkin boleh hilang begitu saja…” Aku mencebik sambil tangan masih memeluk erat tubuhku. Aku seakan merajuk dan hilang mood.
“Eh…kenapa ni…jangan la macam ni…tak comel…mari saya pujuk…” Haikal cuba meleraikan tangan aku yang berpeluk tubuh. Haikal membuatkan aku serba salah dan aku cuba memandangnya. Tergamam dengan tindakannya padaku, berani dia buat macam tu, sentuh tangan aku. Dia ingat dia siapa?, tapi kenapa aku pun diam?. Seolah-olah aku merelakan perbuatannya.
“Kathy, awak kena tahu…hidup ni tak selalunya indah dan tak selalunya gelap gelita…setiap dugaan Allah tu pasti ada hikmah disebaliknya…” Haikal memujukku.
“Boleh tak awak jangan ungkit perkara yang dah terjadi?. Saya jadi pening bila fikir…” Aku berkata seolah merayu padanya agar dia tidak bercakap mengenai perkara yang dah lepas. Haikal mengangguk dan kami terdiam seketika. Masing-masing berdiam mungkin kerana mahu menjaga hati dan perasaan.


****

“Kathy, how was Japan?.” Shuhada menelefonku malam itu.
“Mimpi apa makcik, dah 6 bulan aku kat sini baru nak call?.” Aku seakan merajuk kerana selalu juga aku whatsapp dia tapi selalu tidak dibalasnya, telefon apatah lagi.
“Ala…sorry la…aku pergi Egypt, ada kursus kat sana. Terus terlupa nak updated kau.” Shuhada membalas minta simpati aku.
“Ye la tu…pergi 3 bulan je kan…aku tengok status facebook kau…” Aku masih merajuk.
“Ala…maafkanlah aku…Zara macam mana?. Okey tak dia?.” Shuhada mengalih soalannya.
“Zara okey je…” Itu saja jawapan aku sebab aku betul-betul berkecil hati dengan sahabatku ini.
“Kathy, aku nak beritahu kau sesuatu ni…wife Iskandar meninggal bulan lepas.” Aku tergamam. Betul ke apa yang Shuhada beritahu ni.
Wife dia meninggal sebab pendarahan semasa anak dalam kandungan dah 4 bulan…” Shuhada menambah. Aku terdiam dan tergamam lagi.
“Kathy…hello…kathy…kau dengar tak ni?.” Shuhada berteriak.
“Err…ye, aku dengar ni…aku terkejut la Shu…Iskandar takde beritahu aku pun?.” Aku menjawab dan nyatanya aku sugul dengan berita sedih itu.
“Yelah…takkan dia nak beritahu kau…seganla kot…” Shuhada memberikan pendapatnya.
“Nanti aku whatsapp dia la…” Itu saja yang aku teringat dan aku berharap Iskandar sudi menjawab pertanyaanku.

Aku terdiam, lidah kelu untuk berbahasa. Terasa diri ini bersalah. Rasa bersalah kerana sebelum ini aku macam acuh tak acuh bila setiap kali Iskandar mengirim email dan pesanan whatsapp pada aku. Mungkin sebab sikap aku yang seperti kacang lupakan kulit inilah, Iskandar tida mahu memberitahu apa yang berlaku ke atasnya sekarang.

Whatsapp message

Assalam Is…Awak apa khabar?. – 9:32pm

Wasalam…Alhamdulillah, saya sihat. – 10:36pm

Lambat juga Iskandar membalas kiriman whatsapp aku. Mungkin dia tidak berasa selesa dengan pertanyaan aku.

Awak macam mana?...Sihat??.

Saya okey je kat sini…Zara je, minggu lepas dia demam maybe sebab perubahan cuaca…sekarang dah nak masuk winter.

Oh, ye ke…Take care awak and Zara…

Saya mengganggu awak ke Is?

Eh, taklah, tadi saya baca surah yassin sedekah untuk my wife…

What happened to your wife?...may I know it?

Allah lagi sayangkan dia Kathy…dia dah meninggal bulan lepas…hard bleeding…

Ya Allah, takziah Is…saya minta maaf…saya langsung tak tahu…

It’s ok Kathy…
Takde rezeki untuk saya jadi daddy untuk anak kami…anak kami pun meninggal sebab semua organ dia tak berfungsi lagi.

Saya sedih dan tumpang simpati…Is, saya harap awak kuat…

In Sha Allah…saya dapat ujian sehebat ini, awak lagi kuat Kathy…

Saya selalu ingat ayat awak Is…Allah uji kita mengikut kemampuan kita…Allah takkan uji kalau kita sendiri tak mampu nak tanggung…betul tak?

Yup….thanks for that words Kathy…

Al-fatihah untuk arwah…

Al-fatihah…thanks Kathy…


*****

Hari ini sudah masuk penghujung bulan disember. Di Japan, salji akan mula turun sekitar akhir bulan januari tetapi bulan disember sudah mudah dirasai kesejukkan musim salji. Aku dan Zara masih belum dapat menyelesakan diri berada di Negara yang mempunyai empat musim, terutamanya musim sejuk. Kami seringkali mengalami alahan kulit dan bibir menjadi pecah-pecah. Tetapi, semua itu tidak mematahkan semangat aku untuk berkerja sebagai pemandu pelancong kerana itulah satu-satunya pekerjaan yang mudah yang boleh menambah pendapatan aku di sini. Selalunya pada musim sejuk begini, ramai pelancong dari Malaysia datang ke sini untuk merasai sendiri keseronokkan musim sejuk.

“Hello…Kathy…apa khabar?.” Iskandar menelefonkan menggunakan talian viber.
“Hai Is…Alhamdulillah, saya okey je…what’s up?.” Kali ini aku sudah tidak segan bercakap dengannya kerana dia sudah kembali solo.
“Saya nak tanya awak…my family nak bercuti ke Tokyo awal januari ni…awak ada idea macam mana nak dapatkan tourist guide?.” Iskandar menyoal. Aku tergaman sebentar, adakah Iskandar tahu yang aku sekarang bekerja part time sebagai tourist guide?.
“Err…awak nak tourist guide yang macam mana?.” Soalku kembali. Rasa risau juga jika keluarganya memilih tentang bab mendapatkan pemandu pelancong ni.
“Kalau boleh nak dapat yang…macam awak…hehe…boleh tak?...saya nak yang comel, cantik dan hot…” Iskandar seolah memerli aku. Siapa yang nak datang bercuti ni, dia ke keluarga dia?. Aku pelik juga dengan sikap Iskandar ni.
“Amboi…gatalnya Encik Iskandar ye…siapa yang nak bercuti ni, awak ke family awak?.” Soalan aku sinis.
“La…kalau family tu maksudnya termasuk saya la…itupun pelik ke?.” Iskandar tergelak seolah-olah memperlekehkan aku. Aku terdiam.
My mom yang sponsor sebab dia nak saya lupakan apa yang telah berlaku pada my wife…” Iskandar menambah. Kali ini nadanya agak pilu. Aku turut bersimpati.
I am sorry Is…saya tak berniat nak kecilkan hati awak.” Itu ayat aku untuk memujuk Iskandar tapi aku rasa aku boleh karang ayat lagi power kot.
It’s okey darling…” Iskadar panggil aku darling?. Oh, tidak. Mana mungkin sebab Iskandar hanya anggap aku kawan baiknya. Aku selalu sangat perasan lebih-lebih.
“Mengadalah you ni…wife you baru 2 bulan meninggal, dah menggatal dengan orang lain…” Oh tidak, apa yang kau cakapkan ni Khatijah?. Perasan tak sudah-sudah. Entah-entah dia saja bergurau, kau yang perasan lebih. Berpeluh jugak aku walaupun sekarang suhu sudah 2 darjah celcius.
“La, panggil darling menggatal ke?.” Iskandar menjawab mungkin sambil tergelak. Aku menjadi malu, rasanya malu dengan kenyataan aku tadi.
“Memanglah wife saya dah meninggal 2 bulan lepas tapi tak bermaksud saya mesti bersedih je sepanjang masa…” Iskandar menambah. Ayatnya seperti meminta simpati aku.
“Okey la…nanti awak bagi butir-butir lengkap mengenai flight bila, berapa hari, nama hotel dan sebangainya…email me.” Aku mematikan ayat. Memang merah padam muka aku. Kalau Iskandar ada di depan aku, mesti aku rasa nak lari ala-ala cerita Cinderella.
Thanks sweetheart…nanti saya email.” Iskandar sekali lagi. Aku jadi kaget dan tersenyum sendiri. Kelakar bila difikir, aku janda, dia duda…apalah nasib.

Malam itu aku tidur sambil senyuman masih terukir dibibir. Pandai juga Iskandar mengambil hati aku. Walaupun dia seorang peguam yang wataknya perlu serius tetapi dia masih mampu buat aku tersenyum. Thanks Iskandar.


****

“Kathy, tak nak pergi mana-mana trip ke winter holiday ni?.” Haikal menyapa aku sewaktu kami baru selesai menyaksikan demonstrasi salah seorang pelajar PhD di makmal.
“Tak kot…sejuklah…Zara tak tahan…” Aku berdalih. Sebenarnya, aku tak mampu nak mengikuti mana-mana trip percutian untuk bermain salji.
“La…alang-alang dah ada kat Negara empat musim ni, rugilah kalau tak pergi winter trip…boleh main ski…betul tak nak?.” Haikal bermain mata.
“Betul la…kenapa, awak ada plan ke?.” Aku saja menyoal Haikal.
“Yup…saya nak ke pulau Hokkaido…last year saya tak pergi sebab demam teruk…nak ikut cik adik manis?.” Haikal menjual minyaknya. Aku rasa pelik dengan ajakannya.
“Takpe…saya ada dua tahun lagi kat sini…next year boleh pergi kan?..,” Aku berdalih. Yang sebenarnya, aku memang teringin sangat nak bawa Zara bermain salji tebal terutamanya di kawasan pulau Hokkaido. Di kawasan Tokyo ni, salji ada tapi tak lebat dan tak boleh pun nak main ski.
“Saya ke sana seminggu je kot…sebab kawan saya orang Japan yang uruskan semua…saya follow je…ingat nak ajak awak sekali…” Haikal menggumal. Kenapa pula dia nak ajak aku?.
“Ye la…start next week lab kita tutup sebulan…nanti saya tak jumpa awak lagi…macam mana?.” Haikal menambah sambil tangannya membelek-belek buku yang memang tengah bersepah di atas meja aku ni. Apa kena dengan dia ni?.
“Mengadalah awak ni…saya bukan awek awak yang awak ngada sangat tu kenapa…lepas habis winter break kita jumpa la…poyo…” Aku pula bersuara sambil menjelingnya.
“Memang betul awak bukan awek saya tapi awak sumber ilham saya…” Haikal tersenyum. Dari riak wajahnya aku nampak dia ikhlas dengan apa yang dia ucapkan.
“Ilham apa pulak ni…” Aku membebel sambil buat-buat menyusun buku yang dari tadi dibelek-belek Haikal. Haikal tiba-tiba menarik tangan aku dan reaksi ini membuatkan aku tergamam. Terkejut juga aku. Apahal Haikal ni…aku janda tau.
“Kathy, saya suka la dengan awak…awak ni jujur pada mata pandangan saya…” Haikal bersuara nakal sambil tangannya membelek jari jemari aku. Aku pun terdiam. Kenapa aku biarkan saja sedangkan kalau ikutkan boleh saja aku tarik tangan aku tu. Siapa Haikal nak pegang-pegang tangan aku ni?. Tapi, aku pun berfikiran waras juga, kena juga tanya dia kenapa dia suka pada aku?.
“Apa maksud awak Haikal?.” Aku bersuara lembut.
“Maksud saya…saya suka awak la…” Haikal membalas lembut. Aduh, sudahlah sekarang ni tengah musim sejuk, menggigil juga aku mendengar rayuan Haikal yang tak semena-mena jadi romantic ni.
“Haikal…maaf, kita tak boleh…” Aku cuba menyatakan kebenaran walaupun sebenarnya aku takut untuk berterus-terang.
“Syuttt…saya tak kisah pun siapa awak…saya benar-benar ikhlas dengan awak…” Haikal berkata lembut. Jarinya diletakkan di bibirku agar menyuruhku diam.
“Ish…jangan la macam tu Haikal…kita kan rakan selab…segan la awak ni…” Aku bicara lembut. Malu dengan tindakan Haikal yang tidak pernah terjangka oleh akalku.
“Kathy…saya tahu awak tak pernah suka saya kan?...ye la…siapa la saya ni…” Haikal mengumam sendirian. Kepalanya ditundukkan dan dia terdiam. Aku turut terdiam. Keadaan senyap sepi seakan mengerti perbualan yang sedang berlangsung antara aku dan Haikal.
“Saya tak pernah cakap macam tu pun…cuma, saya rasa serik untuk bercinta lagi Haikal…” Ku kuatkan juga semangat untuk melepaskan apa sebenarnya yang tersirat dalam hati ini.
“Kita belum cuba, kita tak tahu Kathy…yang sebenarnya, saya memang benar-benar ikhlas dengan awak…bodoh la bekas suami awak tu layan awak macam ni…” Haikal bingkas bangun. Mungkin dia serba salah kerana mengaitkan Khalil, bekas suamiku dalam hal ini.
“Haikal…please…saya tak nak kenang kisah lama…sekarang je dia dah tak suka saya, sebelum tu dia suka saya bagai nak gila…sebab itu saya takut untuk bercinta lagi…hidup saya sekarang hanya untuk Zara…” Aku juga bingkas bangun dan terus berlalu membiarkan Haikal kebingungan sendirian. Kau kena faham Haikal, hati ini pernah dilukai dan disakiti, mana mungkin dengan mudah untuk aku menerima kehadiran mana-mana lelaki lagi. Pintu hati ini benar-benar sudah tertutup. Maafkan aku Haikal.


****

Malam ini aku sendirian. Zara ke rumah kawannya di Ikuta kerana esok dia perlu mengikuti rombongan sekolah ke kawasan utara Tokyo. Ketiadaan Zara membuatkan aku termenung terkenangkan peristiwa silam yang pernah aku lalui. Segala peristiwa hitam itu menerjah dalam ingatanku satu persatu sehingga menitis airmata ini mengenangkannya. Suami yang amatku sayangi dengan mudahnya menduakan aku atas alasan aku ini wanita yang tidak berguna dimatanya. Kesalahan yang bukan aku minta, aku dianiaya Khalil…Tapi Khalil tidak pernah memberi ruang dan tempat untuk aku memberitahu cerita yang sebenar. Dia dengan sewenangnya menghukum aku. Anak kami Zara juga sudah tidak dihiraukannya. Pada aku kau lelaki kejam Khalil.

Kring kring

“Hello Kathy…buat apa tu?.” Suara Iskandar kedengaran membuatkan lamunanku terhenti seketika.
“Eh, hello…assalamualikum tuan lawyer…” Aku menjawab pantas.
Sorry my lady…waalaikumussalam…am I disturb you?.” Iskandar menambah.
“Tak…ada apa tiba-tiba call ni?.” Ringkas jawapan aku. Tapi sebenarnya aku terkejut Iskandar menelefon aku waktu tengah-tengah malam sebegini. Sebelum ni dia tak pernah telefon aku waktu tengah malam.
“La…tak boleh call ke?...nak tanya pasal we all punya trip…okey tak?.” Iskandar menyoalku. Baru aku teringat yang aku belum siapkan jadual percutian Iskandar dan keluarganya.
“Err…lupa la pulak…saya lupa la nak email…” Tersekat juga jawapan aku. Ah, malunya dengan Iskandar. Pasti dia kata aku tak pegang pada janji sedangkan dia sudah email aku semua butiran perjalanannya.
”Ha…tu la dia…entah apa yang diingatkan…semua boleh lupa, macam mana ni…” Iskandar membuntu. Suaranya macam merajuk.
“Okey, esok I promise, I akan email you…Is…sorry okey…” Aku memujuknya.
“Nak merajuk la…” Iskandar bersuara dan terdiam seketika. Suaranya memang mengada-ngada seperti budak merajuk mahu dipujuk dan dipeluk.
“Ala…tuan lawyer mana boleh merajuk…nanti semua client lari…dah tak handsome…” Ayat pujian aku. Tak pandai aku nak mengayat orang apatah lagi Iskandar. Aku segan dengan dia sebenarnya. Dia banyak tahu mengenai aku dan dia jugalah yang membantu aku menyelesaikan kes rasuah aku tu.
“Takdelah…mana ada saya merajuk…nanti email okey…” Iskandar terus bersuara tatkala perbualan kami terdiam seoalah terputus. Iskandar malas nak layan aku lagaknya.
“Okey…sorry Is…” Suara aku dalam nada memujuk. Perbualan kami malam itu hanya setakat itu sahaja. Aku rasa bersalah kerana membuatkan Iskandar seakan merajuk. Tapi, takkan dia merajuk kot, dah tua-tua macam ni, buruk perangai eh…

New whatsapp message

Kathy…I betul-betul merajukla dengan you…

La…tak habis lagi ke?

Yelah…saya nak kena updated ibu esok tau…

Sorry la Is…saya tak sengaja…saya banyak kerja di lab…ni baru start cuti winter…malam ni saya siapkan jadualnya…

Eh, siapa tourist guide ni…why you pulak yang kena buatkan jadual?

Is…saya tourist guide awak…nak ke?kalau tak nak saya cari orang lain…

Wow…it that your part time?...kena bayar lebih ni…

La…kenapa pulak nak bayar lebih?...charge saya sama dengan tourist guide yang lain…tak lebih dan tak kurang…

Yela…susah jugak nak dapat tourist guide yang comel, mengamcam macam you ni…but, I really happy for that…thanks Kathy…

Poyo la awak ni Is…mana ada…it’s my part time okey…awak nak bercuti 5 hari kat sini kan?

Yeah…5 hari je…Tokyo mahal tapi nasib ibu nak sponsor…hehe

Aik…kerja lawyer, selalu masyuk…takkan masih berkira kot…

Eh, mestilah berkira sebab lepas ni I nak kahwin dengan puteri kayangan…nak pakai banyak duit…

Berangan…

Apa salahnya saya berangan?...Puteri kayangan tu sure hidup kekal dan takkan tinggalkan saya lagi…

Janganlah macam tu Is…bunga bukan sekuntum…you still have a chance to get the other one…redha dengan ujian Ilahi…

Yeah…I redha but tak bermakna I akan begini selamanya…I nak kahwin lagi…

Eh, betul ke…kali ni dengan siapa?...bila?

Eh eh minah ni…cakap macam tu pun nak amik serius…mana ada…belum ada calon pengganti la…you carikan boleh?

Jap eh…nak yang macam mana?

Kalau boleh…I nak muka yang macam Fazura pelakon tu… boleh??

Gulp!!!. Terkedu aku. Adakah aku yang dia maksudkan?.

Jap…I think better you jumpa Fazura terus…

Ish…takkan dia nak kat kita ni…lawyer cabuk je…dia artis popular…tak mampu nak tanggung nanti…boleh jatuh miskin…

Haha…tau pun…tapi ada hati nak muka macam artis…pirrrahh…

I ada sorang kawan tu…muka sebijik macam Fazura…memang kelas la tapi I tak tau nak bagitahu dia yang I suka dia…you ada idea?

Cakap je terus terang…barulah macho…tapi jangan lupa bagitau yang awak tu duda…haha…

Gelak eh…lawak ke?...tapi minah yang muka macam Fazura tu janda…

Pui..!!!!...memang aku la yang Iskandar maksudkan. Malunya aku…

Haha…kenapa nak kat janda?...you boleh dapat anak dara la encik Iskandar…

Janda ke…anak dara ke…sama je…janji hati baik…

Eh, tak sama Is…janda dah takde dara…anak dara masih virgin…rugi kalau you kahwin dengan janda…hehe

Pada I itu bukan ukuran…kalau itu as ukuran, nafsu namanya cik Kathy oiii… J

Siapa yang awak maksudkan ni?...may I know?

Haha…ada la…biarlah rahsia… J

Malunya…!!! Kenapa aku tanya macam tu. Ayat aku macam orang perasan. Betul ke muka aku macam Fazura pelakon tu. Kalau orang yang Iskandar maksudkan tu orang lain macam man?. Ingat aku seorang je ke yang muka sama macam Fazura?. Dalam dunia ada 7 orang muka sama tau. Malunya aku pada Iskandar. Harap-harap Iskandar lupa la dengan apa yang aku dah tanya dia tadi.


****

Petang itu aku ke Yoyogi Uehara bersama Zara dan kak Zeta. Kami sama-sama menikmati hidangan nasi beriyani di salah sebuah restoren milik orang Pakistan. Makan nasi beriyani dalam suasana sejuk begini memang begitu mengasyikkan apatah lagi perut kami memang sudah kosong semenjak dari pagi tadi.

So…diantara Haikal dan Iskandar…mana satu pilihan hati?.” Tiba-tiba kak Zeta bertanyakan aku. Terkejut aku. Nasib baik tak tersembur nasi beriyani ni dari mulut aku.
“Eh akak ni…tetiba je…apehal?.” Aku buat-buat terkejut dengan soalannya. Sebenarnya aku pernah bercerita akan keadaan dimana Haikal pernah menyatakan hasrat hatinya pada aku. Sama juga dengan Iskandar, walaupun dia tidak beritahu siapa yang dia maksudkan tapi aku faham, memang aku lah orang yang dimaksudkan.
“Yelah…dua-dua handsome…kalau akak, pening jugak…hehe…” Kak Zeta tergelak.
“Untungla jadi Kathy…ramai peminat…” Kak Zeta menambah. Aku jadi serba salah juga sebab mungkin dia terasa sebab sehingga sekarang dia masih belum berpunya.
“Ala…janganlah cakap macam tu kak…saya tak pernah cakap yang saya nak pilih mana-mana pun…saya masih ingin bersendirian kak…saya takut diaorang hanya suka pada saya tapi tidak pada Zara…” Aku cuba menenangkan keadaan.
“Jangan cakap macam tu dik…jangan dikenang perkara yang sudah…” Suara ka Zeta seakan tersekat. Dia seperti pilu berbaur sedih.
“Bukan macam tu kak…pada saya kalau nak kahwin lagi pun, biarlah tunggu hingga saya habis belajar ni…for time being memang saya tak terfikir pun…” Aku menolak tanggapan kak Zeta sehabis-habisnya. Memang benar apa yang aku beritahu kak Zeta, aku belum bersedia untuk kembali bercinta apatah lagi untuk berkahwin.
“Akak pulak…bukannya akak tak nak kahwin tapi akak rasa akak tak boleh nak jadi isteri dan ibu…” Kak Zeta bersuara memberitahu keadaannya.
“Kenapa pulak?...why not?...kalau dah ada impian hati, apa salahnya?...” Aku pula memberikan pendapat.
“Ke akak ni memilih sangat…hehe…” Aku cuba berjenaka. Kami tergelak bersama.
“Mana ada…takde memilihnya…tapi orang lelaki yang memilih sangat…nak muka yang cantik, badan mengiurkan…pening akak…” Aku terdiam. Tergamam juga dengan kata-kata kak Zeta tadi. Dia dah ada calon yang berkenan di hati ke?.
“Akak…baik akak cakap…akak ada minat somebody ni…?” Aku cuba menekanya. Soalan serkap jarang aku pada kak Zeta kadang-kadang mengena.
“Eh…takdelah…mana ada…akak dah nak balik tahun depan…” Kak Zeta melindungi sesuatu dari aku. Matanya memandang ke tempat lain.
“Akak nak tanya Kathy…Haikal tu Kathy minat ke?.” Tiba-tiba kak Zeta tanya aku soalan itu. Aku cuba mengagak, adakah kak Zeta minat pada Haikal?
“Saya bukan tak minat tapi belum bersedia untuk bercinta…berapa kali saya nak beritahu pada akak?.” Aku cuba lagi menerangkan keadaan sebenar pada kak Zeta.
“Tapi kalau dah bersedia maknanya minat la…betul tak?.” Kak menundingkan jarinya pada aku. Seolah-olah memaksa aku memberikan kata putus hari ini juga.
“Akak…apa ni…takde la…saya takut nak kata saya tak minat…nanti jadi minat…susah juga…Haikal tu orang Singapore…jauh la…” Aku buat-buat termenung sambil mata aku mengerling ke arah reaksi kak Zeta.
“Oh…ye ke…” Ringkas kata-kata kak Zeta. Nadanya seoalah orang yang putus harapan.
“Kalau saya tanya akak something agak-agak akak akan marah tak kat saya?” Aku cuba menyoalnya. Kali ini harapnya jerat aku mengena.
“Apa?...” Kak Zeta berkata sambil mengangkat keningnya.
“Akak suka Haikal eh…!!!” Dengan selumbernya aku bertanya soalan itu pada kak Zeta. Merah padam mukanya. Serba salah juga aku membuatkan kak Zeta malu.
“Apa ni Kathy…mana ada…sorry sikit…he’s not my taste…” Kak Zeta mencebik.
“Ye ke kak bukan your taste?...kalau akak sombong macam ni…sampai bila-bila la akak tak kahwin tau…” Aku memberinya nasihat.
“Memang akak nak kahwin tapi bukanlah dengan Ammal Haikal, orang Singapore tu…dia kan minat awak, takkan akak nak rampas pulak…” Terkeluar juga statement kak Zeta mengenai Haikal.
“Kak…dia yang suka kat saya…tapi saya takde beritahu dia samada saya suka atau tidak…” Aku cuba menepis tanggapan kak Zeta tadi.
“Huh…entahlah Kathy…sebenarnya akak memang suka kat Haikal dari mula-mula akak kenal dia masa minggu orientasi kami.” Kak Zeta mengaku akhirnya. Lega juga aku sebab kak Zeta sudi memberitahu aku akan perasaan hatinya.
“Banyak kali jugak akak cuba mendekati dia…tapi dia tak pernah kisah pun…maybe sebab akak tak cantik, kurus sangat…” Sedih saja nada kak Zeta. Aku bersimpati dengan rintihannya. Selama ini rupanya kak Zeta meminati Haikal. Rasa bersalah juga kerana memberitahunya mengenai perasaan hati Haikal pada aku.
“Akak…janganlah cakap macam tu…dia mungkin tak sedar yang selama ni akak minat kat dia…mungkin akak kena terus terang dengan dia, baru dia boleh tahu hasrat hati akak…akak dengan dia kan sama-sama bujang?.” Aku cuba memberinya harapan.
“Eh jangan Kathy…malulah…mana boleh perigi cari timba…” Kak menjeling aku. Ditolak sekeras-kerasnya pendapat aku itu.
“Kak…zaman sekarang mana ada istilah perigi cari timba lagi…dah takde orang mandi air perigi dah…semua mandi guna shower…tekan je, air terus keluar…haha…” Aku cuba memujuknya. Harapan aku agar kak Zeta boleh menerima pendapat aku agar dia berterus terang saja pada Haikal.
“Ye…itu istilah la…mana boleh samakan…buat lawak pulak dia…” Kak Zeta seakan marah pada aku. Kami terdiam. Aku rasa bersalah pula membuatkan kak Zeta berkecil hati.
“Kak…maafkan saya…bukan itu maksud saya…” Aku memegang tangannya. Kak Zeta memandangku.
“Takdelah…akak okey je…tapi, janganlah beritahu Haikal…malula…akak tak biasa…” Kak Zeta menolak.
“Okey…okey…saya tak beritahu Haikal…” Aku berjanji padanya. Tapi kepala aku ligat memikirkan jalan bagaimana untuk menyatukan dua hati ini.


Sebenarnya bukan aku tidak minat pada Haikal. Siapa yang tidak minat padanya, bertubuh sasa, tinggi, kacak dan sangat mengambil berat. Pada aku, bukan calang-calang perempuan boleh mendampinginya. Tetapi kenapa Haikal memilih aku?. Haikal, kau seorang teruna yang masih punya masa depan bersama seorang wanitta bergelar anak dara, mengapa mesti kau memilih aku yang sudah bergelar janda ini?. Walau macam mana pun, akau akan cari jalan bagaimana untuk menemukan Haikal dan kak Zeta. Itu janji aku pada kak Zeta yang selama ini banyak membantu aku. Kak Zeta la yang selalu menjaga Zara ketika aku keluar bekerja sebagai pemandu pelancong. Tunggu dan lihat saja, I will kak Zeta!!

No comments:

Post a Comment